Thursday, September 29, 2016

SEMUANYA PERCUMA DI PUBLIC GOLD

Setiap kali ada bakal costumer memulakan bicara dengan saya merisik produk-produk public gold, saya perasan semuanya akan bertanya soalan yang sama iaitu, nak jadi ahli macam mana dan berapa kena bayar untuk jadi ahli. Untuk kesekian kali nya saya nak sebut bahawa tiada yuran keahlian untuk menjadi ahli atau membeli produk emas fizikal Public Gold.

Webpage Public Gold boleh diakses oleh sesiapa sahaja
Di Public Gold cukup sahaja dengan pembelian emas minimum 1 gram sudah layak bergelar ahli dengan diberikan nombor kod dan kata kunci yang membolehkan pelanggan tersebut mengekses maklumat-maklumat yang ada dalam web tersebut. Boleh rujuk web Public Gold www.publicgold.com.my. Pelanggan akan dapat jadi ahli dan dalam masa sama, emas 1 gram yang dibeli itu juga akan dapat dan tiada sebarang pengurangan berat. Untuk rekod, keahlian Public Gold hari ini sudah melebihi 80 ribu orang dan sebelum berakhir tahun ini dijangkakan keahliannya mencecah 100 ribu orang!!!!

GAP yang diperkenalkan oleh Public Gold banyak membantu pembeli yang mempuyai modal kecil, belian minimum adalah hanya 1 gram sahaja.
Selain itu antara soalan lazim yang ditanya adalah emas yang dibeli ini hendak disimpan di mana. Di Public Gold pelanggan boleh dapatkan perkhidmatan menyimpan emas secara percuma sahaja. Dengan pembelian melalui cara GAP pelanggan tidak perlu mengambil emas yang dibeli untuk disimpan sendiri. Public Gold akan menyimpan emas pelanggan tanpa sebarang caj sampai emas itu dituntut. Emas tersebut akan disimpan di Public Safe yang beroperasi di Pulau Pinang. Tidak ada had belian, beli lah sebanyak mana pun, emas akan tetap disimpan secara percuma.

Gambar saya bersama-sama rakan dealer Public Gold dari cawangan Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan di hadapan Public Safe yang melawat keteguhan syarikat Public Gold di Pulau Pinang. Kami diberi peluang masuk ke dalam bangunan ini. 
Dengan cara ini masalah penyimpanan emas ini dapat diselesaikan dan pelanggan tidak perlu memikirkan di mana harus disimpan emas yang dibeli. Pilihan lain yang ada adalah dengan menyimpan di mana-mana safe box. Kini selain dari institusi kewangan yang ada menyediakan khidmat safe box, sudah banyak syarikat-syarikat swasta yang menyediakannya dengan dikenakan yuran tahunan mengikut size.

Poster umum Seminar Emas Percuma anjuran Public Gold
Di Public Gold juga menyediakan seminar-seminar emas secara percuma, tanpa apa-apa bayaran. Biasanya seminar-seminar ini diadakan setiap bulan di semua cawangan-cawangannya di seluruh negara. Dalam seminar-seminar ini peserta di dedahkan dengan asas-asas berkaitan dengan emas serta keperluan menyimpan emas serta tips-tips bagi memulakan penyimpanan emas ini. Bukan itu sahaja, malah peserta yang bertuah akan mendapat hadiah cabutan bertuah. Untuk nota, pada 14 September lepas saya telah menjadi Local Speaker seminar percuma ini untuk Public Gold cawangan Kota Bharu.

Menyampaikan hadiah cabutan bertuah berupa 0.5 gram goldbar kepada pelanggan yang bertuah dalam cabutan bertuah pada 14 September 2016 yang lepas di bilik seminar Public Gold cawangan Kota Bharu.
Satu lagi keistimewaan adalah harga belian adalah sama, tiada sistem kasta, dealer dan ahli (pelanggan) akan mendapat harga yang sama seawal pembelian pertama lagi. Pendek kata, seperti tajuk posting ini, semuanya percuma di Public Gold yang tiada di tempat-tempat lain. Apa yang penting adalah untuk memulakan langkah pertama sahaja. Jika memerlukan bimbingan untuk memulakan simpanan emas, jangan malu-malu untuk menghubungi saya. Call/sms/wassap 019 910 3043/ Mohd Rafie bin Yusof/ PG00059749 (Authorised Dealer Public Gold)

Tuesday, September 27, 2016

KENAPA SAYA PILIH EMAS, BUKAN BELI HARTANAH SEBAGAI ASET

Ada kawan-kawan saya bertanya dan persoalkan kenapa saya memilih dan fokus kepada emas sebagai aset bukannya hartanah seperti rumah, bangunan perniagaan, tanah dan lain-lain. Mereka berhujah aset-aset dalam bentuk hartanah harganya sentiasa naik dari masa ke semasa. Tidak seperti emas yang ada kalanya naik dan ada kalanya turun.
Gambar Hiasan
Bukan saya tak berkeinginan untuk memiliki semua itu, ada rumah melebihi sebuah seperti hari ini, mempunyai lot-lot gudang serta lot-lot tanah yang luas. Saya rasa semua orang berkehendakkan memilikinya. Sayapun suatu masa nanti jika dipanjangkan umur ingin memiliki semua itu sama seperti orang lain. Biarlah jika saya tinggalkan anak dan isteri nanti, mereka sekurang-kurangnya tidak merempat.

Contoh Jadual Pembiayaan dan bayar balik Pinjaman
Pada pertimbangan saya, untuk memiliki aset-aset seperti di atas memerlukan kewangan yang besar, harga hari ini tidak mampu untuk dibayar tunai, kecuali orang-orang kaya sahaja. Dengan pendapatan saya hari ini semestinya saya tidak mampu memiliki semua ini dengan bayaran tunai. Pilihan yang saya ada adalah dengan membuat Personal Loan (PL) untuk tempoh tertentu. Inilah antara cara yang amat-amat saya tidak suka. Membeli sesuatu dengan menggunakan PL. Harga hartanah yang sudah mahal akan bertambah mahal. Saya akan menambah komitmen baru iaitu membayar ansuran bulanan PL yang saya buat semata-mata untuk mendapatkan hartanah terbabit walaupun ada potensi besar untuk dibangunkan ataupun disewakan bagi mendapat sumber kewangan bagi membayar balik PL. Cukuplah saya dan isteri menanggung bayaran bulanan pinjaman perumahan bagi pembiayaan rumah yang kami sekeluarga duduki sekarang.

Gambar Hiasan: Lot Kedai
Ramai orang berkata dengan adanya hartanah seperti ini, bila nak jual harganya akan naik berganda-ganda dari modal yang dikeluarkan. Pemiliknya pasti akan medapat keuntungan berlipat ganda. Saya akuinya adalah betul dan tepat sekali. Jarang sekali kedengan orang yang melabur dalam hartanah ini mengalami kerugian, jika adapun peratusannya agak kecil. Melabur dalam hartanah akan mendapat pulangan yang besar. Cuma dalam kepala saya ada satu persoalan mudah. Adakah hartanah ini boleh dijual dengan mudah dan ada pembeli "on the spot" dengan harga yang kita tawarkan dengan bayaran juga "on the spot" terutama bila pemilik memerlukan sumber kewangan segera dalam keadaan terdesak.

Gambar Hiasan
Bila memikirkan dua perkara ini, saya memilih simpan emas sebagai alternatif aset saya dan keluarga. Membeli emas tidak memerlukan saya membuat pinjaman. Belian mengikut kemampuan saya. Tahun ini saya tidak pernah terlepas dari membeli emas. Tidak dapat beli dalam jumlah yang besar, saya beli juga sekurang-kurangnya 1 gram setiap bulan. Dalam tulisan yang lepas saya telah tulis dalam blog ini, jumlah simpanan emas saya hanya dalam masa 1 tahun sudah mencapai 400 gram, tidak termasuk 1.5 kilogram perak sebagai pengimbang. Saya tak nak kira lagi nilainya dalam Ringgit Malaysia, kerana saya ada target yang akan saya buat dengan simpanan emas ini nanti.

Gambar Hiasan: Ar-Rahnu di mana tempat untuk dapatkan wang segera dengan memajak emas di sana
Jika berlaku kecemasan dan memerlukan kewangan segera, emas inilah yang akan menjadi cagarannya. Saya boleh bawa emas ini ke mana-mana ar-rahnu untuk digadai buat sementara waktu untuk mendapat tunai segera bagi menyelesaikan masalah kewangan tersebut dan akan ditebus kembali bila keadaan kewangan saya kembali stabil dan normal.

Satu Dinar hari ini masih mampu membeli seekor kambing
Sama seperti hartanah emas sentiasa naik, walaupun ada masa turun, tapi yang pasti kenaikan melebihi penurunan. Contoh mudah saya beli sekeping Dinar Public Gold pada 18 Ogos 2015 dengan harga RM666, setahun yang lepas di mana hari ini harganya telah mencapai RM800. Ini menunjukkan ada kenaikan harga yang agak tinggi. Emas juga mudah untuk dijual. Di Public Gold sebagai contohnya, membeli balik emas jenama Public Gold dan lain-lain jenama diterima. Hanya dalam tempoh 2 hingga 3 hari bekerja, bergantung pada akaun bank penjual, bayaran akan masuk. Sebab tu saya lebih suka beli dan simpan emas berbanding membeli hartanah.

Gambar Hiasan
Pun begitu, saya bercita-cita juga untuk memiliki aset-aset hartanah melalui simpanan emas ini. Pada saya emas adalah salah satu alat saya bagi mencapai hasrat memiliki aset hartanah ini.

Thursday, September 8, 2016

TAWARAN TERHEBAT DARI PUBLIC GOLD

Saya mula membeli emas Public Gold berupa sekeping goldbar 20 gram dan 4 keping 1 dinar pada bulan September tahun lepas dan kemudian buat keputusan menyertai keluarga besar Public Gold sebagai Dealer dua bulan kemudiannya. Pada masa tersebut untuk menjadi Normal Dealer wajib buat pembelian emas melalui GAP sekurang-kurangnya RM10 ribu. Ramai orang kata mahalkan. Ramai orang tanya kenapa Public Gold letak harga mahal. Kenapa tidak boleh direndahkan seperti beberapa syarikat lain.

Inilah poster promosi untuk menjadi Dealer Public Gold ketika saya sertai dulu 
Pada saya harga yang perlu dibayar ini adalah sebagai tiket untuk berjaya kelak. Public Gold serius untuk bantu yang berhajat jadi dealer untuk berjaya mendapat pendapatan pasif minimum 4 angka dalam tempoh 3 tahun sebagai Dealer. Tambahan lagi, pelaburan minima RM10 ribu yang saya buat itu adalah pembelian emas, di mana Public Gold tidak pun mengambil sebahagiannya untuk dijadikan sebagai yuran menjadi Dealer.

Promosi Dealer Public Gold September; Jangan lepaskan peluang ini.
Agak mengejutkan saya dan juga Dealer-dealer lain bila tiba-tiba bulan ini Public Gold membuat tawaran yang amat-amat rendah dan berbaloi untuk pelajar menjadi Dealer dengan hanya pembelian sebanyak RM2,500.00 sahaja manakala kakitangan kerajaan hanya dengan pembelian sebanyak RM5,000.00 sahaja. Untuk rekod, seingat saya promosi Dealer untuk pelajar sebelum ini adalah dengan pembelian sebanyak RM5,000.00. Ini bermakna Public Gold telah memberi potongan sebanyak 50 peratus kepada 2 golongan ini yang berkeinginan menjadi Dealer pada bulan ini sahaja!!!! Yang mengeluh sebelum ni dari dua kelompok ni, harap dapat bertindak segera.

En Razif merupakan dealer pertama bawah saya yang mengambil peluang promosi ini
Kepada yang berminat nak jadi dealer, jangan bertangguh-tangguh lagi. Promosi ini hanya sebulan. Buatlah keputusan terbaik. Ramai di luar sana sudah merebut peluang ini. Sebagai contoh costumer saya ini, En Razif Abdullah, sedang menyiapkan tesis Master. Belian pertamanya dulu adalah sekeping 1 Dinar emas. Pada 1 September lagi dialah antara yang membuat keputusan segera membeli emas minima RM2,500.00 bagi menjadi seorang Dealer.

En Razif merupakan dealer kedua bawah saya yang mengambil peluang promosi ini
Keesokannya (2 September) Ustaz Azuan, seorang guru di Johor telah menyatakan hasrat merebut peluang ini. Dengan bermodalkan minima RM5,000.00 beliau hari ini telah bergelar Dealer Public Gold. Hari ini saya masih dalam proses memberi khidmat nasihat bagi beberapa orang lagi yang amat berminat untuk menjadi Dealer Public Gold dan sekaligus untuk merebut peluang bisnes yang mampu memberi pulangan dalam bentuk pendapatan pasif 4 angka.

Mulakanlah hari ini, peluang tidak datang setiap hari
Kepada yang berminat, anda masih mempunya masa untuk membuat keputusan. Hari ini 8 September, bermakna anda masih ada 22 hari untuk membuat keputusan. Jika anda ada kemusykilan, anda boleh terus hubungi saya samada PM di facebook mahupun whats up terus kepada saya (019-910 3043). Insyaallah saya akan membantu anda semua.

Jangan malu atau takut untuk bertanya

Sunday, September 4, 2016

EMAS BUKAN HARTA?

Seringkali orang menganggap emas adalah harta di mana semakin banyak disimpan semakin banyak harta yang ada pada seseorang itu. Beberapa hari lepas saya terbaca satu posting dari sifu Zaidi Ismail menyatakan bahawa emas bukan harta dari definisi kewangan tetapi sebaliknya emas adalah sebagai penyimpan nilai. Beliau merupakan orang yang berkelayakan dan dipercayai ilmunya dan sentiasa memberi tunjuk ajar berkaitan dengan kewangan.

Nasihat sifu Zaidi Ismail
Saya sangat bersetuju dengan kenyataan dari beliau. Salah anggap tentang emas sebagai harta di kalangan penyimpan mahupun yang belum menyimpan perlu diperbetulkan. Kerana hakikatnya emas bukan harta. Pada kebiasaannya majoriti daripada kita menyimpan dalam bentuk wang fiat, tetapi menyimpan dalam bentuk emas adalah sebagai alternatif. Objektif sama tetapi alat yang berbeza. Walaupun hasilnya juga sama tetapi nilainya tidak sama, wang fiat akan susut nilai dalam tempoh yang lama, manakala emas akan meningkat nilainya.

Tukar wang fiat kepada emas bagi mengekalkan nilai matawang
Bila kita menyimpan emas sebenarnya kita menyimpan nilai matawang dari bentuk wang fiat kepada bentuk emas mengikut nilaian semasa dan nilaian itu akan kekal. Wang fiat yang kita guna sekarang ini jika disimpan nilainya semakin hari semakin susut nilai. Saya pernah penulis dalam posting yang lepas tentang nilaian 20 sen tahun 80-an semasa saya mula memasuki alam persekolah. Saya bandingkan dengan nilai yang sama pada tahun ini. Apa yang boleh dibuat dengan wang sebanyak tersebut hari ini. Boleh rujuk balik tulisan saya dalam bulan Jun yang lepas

Perbandingan nilai emas berbanding USD
Dengan hanya bersandarkan kepada simpanan dalam bentuk wang fiat akan mengakibatkannya semakin susut nilai dari setahun ke setahun berbanding emas yang semakin tinggi nilainya setiap masa atas beberapa faktor antaranya kesan inflasi. Hakikatnya emas bukanlah semakin mahal untuk ditukarkan dengan wang fiat tetapi apa yang berlaku adalah nilai wang fiat semakin menyusut. Oleh itu tukarlah sebahagian simpanan dari bentuk wang fiat kepada emas bagi mengekalkan nilainya.

Aset Emas dan Perak yang saya simpan selama setahun, agak-agak berapa nilaian semasa? Gambar ini diambil sebelum saya letakkan dalam safe box
Pengalaman saya sendiri yang baru memulakan menyimpan emas sebagai alternatif wang fiat mendapati bahawa, selain dari ianya mengekalkan nilai walaupun baru setahun menyimpan. Apa yang lebih menggembirakan saya, sebahagian dari tabiat berbelanja bukan perkara keperluan telah dapat saya bendung. Bila ada sahaja lebihan wang dengan cepat saya tukarkankepada emas. Walaupun saya menyimpan emas, saya juga imbanginya dengan simpanan dalam bentuk wang fiat sebahagian besarnya dalam Tabung Haji. Boleh sahaja menyimpannya di mana-mana sahaja. Setakat ini dengan dividen dan bonus tahunan yang diberikan sekurang-kurangnya menyerap kadar inflasi yang berlaku. Hasilnya nilai simpanan saya masih kekal.