Monday, November 20, 2017

Bila GAP Sudah Disahkan Secara Rasmi Patuh Syariah

Sebelum GAP (lebih dikenali sebagai Akaun Emas Fizikal Public Gold) mendapat Sijil Patuh Syariah dari Amanie Advisors, pandangan saya dan beberapa sahabat yang belajar bidang syariah belian GAP wajib cukupkan 1gram baru patuh syariah. Ini kerana 1 gram goldbar boleh dikeluarkan fizikalnya melalui akaun ini bagi menepati kefahaman kami pada masa tu supaya tidak ada unsur ribawi semasa dibuat pembelian.

GAP memberi peluang kepada pelanggan yang tidak mempunyai bajet besar menyimpan emas
Bila saya mula menyimpan emas, saya libatkan semua sekali isteri dan anak-anak saya. Kesemua mereka telah mempunyai akaun emas fizikal ini (GAP). Malah anak saya paling kecil yang kini berumur hampir 2 tahun, ketika mykid dia siap, saya terus buka akaun emas ini terus atas nama beliau.

Sijil Patuh Syariah fasa satu yang diperolehi oleh Public Gold di mana GAP masih dalam proses audit.

Disebabkan ini, bajet untuk belian setiap bulan bagi semua akaun GAP saya, isteri dan anak-anak yang berjumlah 7 akaun semuanya. Jika 1 gram 1 akaun bajet untuk beli emas bulanan adalah mencecah RM1500 sebulan, memang tak mampu. Oleh itu akan ada beberapa akaun yang tidak dapat ditambah jumlah simpanan setiap bulan. Yang pasti akaun saya lah pilihan utama untuk dikorbankan.


Seminar Emas dan Shariah menampilkan 2 orang tokoh akademik muamalat yang amat berwibawa.
Ketika saya menghadiri Seminar Emas dan Shariah pada 11 November 2017 yang lepas bertempat di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya, telah diisytiharkan bahawa GAP telah mendapat sijil Patuh Syariah pada 29 September lagi.

Full House; Kehadiran pencinta emas yang amat-amat diluar jangkaan.
Berita ini sememangnya amat-amat dinanti-nantikan oleh semua pemegang GAP ini kerana begitu banyak suara-suara di luar yang mendakwa GAP Tidak Patuh Syariah. Malah, hari ini bukan sahaja belian ikut harga gram Patuh Syariah seperti yang saya fahami, malah belian RM100 pun sudah Patuh Syariah.
Sijil Patuh Syariah bertarikh 29 September 2017 yang mengesahkan pembelian GAP (Emas) dan SAP (Perak) Patuh Syariah

Dengan suasana ini saya sudah boleh senyum dan menarik nafas panjang. Yang pasti bermula bulan November 2017, 7 akaun saya sekeluarga akan dapat ditambah saetiap satu secara konsisten setiap bulan dengan belian RM100 sebulan. Apa yang saya perlu buat adalah membuat perancangan agar bajet untuk belian emas ini setiap bulan sebanyak RM700 sebulan dapat dilaksanakan.

Membeli dan menyimpan emas keluaran Public Gold sudah tiada keraguan, semuanya sudah disahkam Patuh Syariah.

Jom, simpan emas.

No comments:

Post a Comment