Sunday, September 9, 2018

HARI KEPUTERAAN KDYMM AGONG DAN REPUTASI PUBLIC GOLD

Hari ini seluruh rakyat menyambut Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad ke 5. Bersempena dengan hari istimewa ini seluruh negara diisytiharkan sebagai cuti umum.

Selamat menyambut Hari Keputeraan Rasmi KDYMM SPB YDP Agong

Bersempena dengan Hari Keputeraan ini mengingatkan saya kepada edisi istimewa jongkong emas seberat 1 gram yang telah dikeluarkan oleh Public Gold dua tahun yang lepas yang tercetak di kadnya gambar KDYMM Sultan Muhammad ke 5, seingat saya hanya 30 ribu keping sahaja yang dicetak.

Edisi jongkong emas sempena memperingati pertabalan KDYMM SPB YDP Agong, harga awal RM250/keping

Bila di buka pre-order saya lah antara yang teruja untuk memilikinya walau harga yang ditawarkan adalah lebih mahal dari harga belian yang biasa saya perolehi untuk jongkong emas edisi lain dengan berat yang sama. Selain untuk diri sendiri, saya juga membantu beberapa orang kawan memilikinya.

Koleksi edisi KDYMM SPB YDP Agong milik saya dan saya masih simpan sehingga hari ini.

Apa yang saya hendak sebut di sini, bila gambar KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong tercetak di kad jongkong emas yang dimiliki oleh Public Gold, ini menunjukkan syarikat jual beli emas ini boleh dipercayai dan mempunyai reputasi yang baik di mata Istana Negara.

Gambar cawangan-cawangan Public Gold di seluruh negara termasuk Singapura dan Indonesia

Tahun ini, merupakan tahun ke 10 Public Gold ditubuhkan. Dari satu cawangan, kini sudah hampir 20 cawangan di seluruh negara, termasuk di Singapura dan Indonesia. Pernah pada tahun 2012, Bank Negara Malaysia menyenaraikan Public Gold dalam senarai "watchlist" yang dipaparkan di webnya. Dalam masa 1 bulan sahaja BNM mengeluarkan Public Gold dari senarai tersebut dalam webnya kerana dalam masa 24 jam, Public Gold terus hadir ke BNM untuk memberikan penjelasan bahawa Public Gold hanya syarikat jual beli emas sahaja.

Gambar bersejarah; Dato' Wira Louis bersama En Syukor di BNM setelah nama Public Gold tersenarai dalam "watchlist" BNM
Ini terjadi kerana pada masa tersebut, banyak syarikat-syarikat yang bertopengkan nama emas, tetapi menganjurkan pelbagai skim bagi memperdaya orang ramai. Sehingga hari ini masih ada syarikat-syarikat seumpama ini yang menipu orang ramai. Dijanjikan keuntungan sama ada harian, mingguan atau bulanan untuk menarik orang untuk menyerahkan duit mereka dengan pelbagai pakej yang menguntungkan, tetapi akhirnya duit entah ke mana.

Sijil Patuh Syariah yang telah diterima oleh Public Gold

Apabila Istana Negara sendiri memperkenankan gambar YDP Agong diletakkan pada kad jongkong emas milik Public Gold, ini bermakna syarikat ini betul-betul boleh dipercayai.Apatah lagi apabila Public Gold telah memperolehi sijil Patuh Syariah dan merupakan syarikat pertama yang memperolehinya.

Antara koleksi emas dalam bentuk jongkong dan dinar Public Gold


Kini anda boleh membeli emas di Public Gold tanpa was-was lagi. Emasnya mudah dibeli, mudah dijual dan mudah dipajak. Produk emasnya dari jongkong emas 0.5 gram hinggalah  seberat 1 kilogram, dinarnya dari 1/2 dinar hingga 10 dinar. Pilih sahaja yang mana satu. Semua orang mampu menyimpan emas.

Hubungi saya untuk memiliki emas pertama anda 019-910 3043