Pun begitu, walau tahun 2018 telah berlalu, pelbagai perkara perlu kita ambil iktibar dan pengajaran sepanjang tempoh setahun lepas. Yang baik perlu di tambah baikkan lagi, yang tidak baik di jadikan pengajaran dan sempadan. Semoga tahun 2019 kita lebih baik dari tahun sebelumnya.
Bagi seorang penyimpan, tak kira lah menyimpan dalam bentuk wang, emas atau apa sahaja, tahun 2018 perlu dibuat muhasabah samada simpanan berjaya dibuat sebagaimana perancangan, terbantut di tengah jalan ataupun simpanan dibuat tapi bocor di tengah jalan.
Sebagai contoh, untuk tahun 2018, mengikut perancangan simpanan yang perlu dibuat adalah paling minimum adalah sebanyak RM200.00 sebulan dan setelah 12 bulan berakhir berapa jumlah simpanan yang terkumpul dalam tempoh setahun tersebut. Jika RM200.00 sebulan bermula pada Januari, semestinya sebelum berakhir Disember simpanan yang berjaya dikumpul adalah sebanyak RM2,400.00, lebih atau berkurangan.
Atau bagi seorang penyimpan emas yang telah merancang bermula Januari untuk menyimpan minimum 1 gram emas setiap bulan pada akhir bulan Disember lepas sepatutnya simpanan emas sudah ada sekurang-kurangnya emas seberat 12 gram. Cukupkan berat 12 gram, lebih ataupun berkurang.
Jika jumlah akhirnya sama sebagaimana simpanan dibuat, anda seorang penyimpan yang baik. Jika simpanan melebihi dari yang sepatutnya, anda seorang penyimpan yang hebat kerana berjaya menyimpan melebihi dari target simpanan. Manakala jika simpanan berkurangan walaupun konsisten menyimpan setiap bulan sebagaimana yang dirancang ataupun gagal menyimpan dengan istiqamah, maka anda perlu menyimpan dalam bentuk lain pula.
Tahun 2019 yang baru bermula hari ini memerlukan anda memulakan simpanan dalam bentuk baru agar impian anda pada akhir tahun nanti simpanan anda berjaya mencapai jumlah sebagaimana yang dikehendaki. Yang menyimpan dalam bentuk wang dan selalu bocor simpanan atau tidak menjadi penyimpan yang konsisten, anda boleh cuba menyimpan dalam bentuk emas. Cuba setahun macam mana. Jika diteruskan menyimpan dalam bentuk wang, keputusan akhir tahun tetap akan sama seperti tahun lepas.
Sekiranya anda tetapkan matlamat tahun ini untuk terus menyimpan dalam bentuk emas, maka menjadi keperluan pada anda untuk mendalami ilmu sebagai penyimpan emas yang betul, baru anda berada pada landasan yang betul. Jika tidak, anda perlu mencari cara menyimpan lain kerana jika anda tetap mahu menyimpan emas, anda akan menjadi penyimpan emas yang gagal pada tahun ini sebagaimana anda gagal pada tahun lepas.
No comments:
Post a Comment