Wednesday, February 27, 2019

MENYIMPAN LAH SELAGI KITA MASIH ADA PENDAPATAN

Susah macam mana hari ini untuk menyimpan, paksalah diri anda supaya meyimpan juga. Lebih baik susah kerana menyimpan dari susah kelak kerana tiada simpanan. Seperti adanya payung, semasa cuaca elok, payung tidak berguna, tapi bila cuaca hujan, baru terasa perlunya ada payung.


Simpanlah walau 10 sen sehari sebagai permulaan secara konsisten, walaupun jumlahnya sedikit tetapi apa yang penting pada pengakhirannya ia akan menjadikan kita terbiasa menyimpan. Untuk langkah seterusnya, boleh lah ditingkatkan jumlah setiap kali buat simpanan kerana kita telah terbiasa.


Baru-baru ini, saya terbaca keratan akhbar di mana seorang bekas pemain bola kebangsaan hidup merempat, menjadikan keretanya sebagai rumah dan tandas awam sebagai tempat membersihkan diri. Lebih terkesan lagi bila dia sendiri menyatakan bahawa menyesal kerana tidak menyimpan walau semasa beliau di puncak prestasi sebagai pemain bola dulu, dia tidak menyimpan.


Beliau bukan satu-satunya yang mengalami nasib seperti itu malah menimpa beberapa orang pemain bola, artis dan lain-lain yang akhirnya pengakhiran hidup mereka penuh dengan penderitaan dan air mata.


Menyimpan lah selagi kita masih ada pendapatan.

No comments:

Post a Comment