Wednesday, August 31, 2016

SEMPENA HARI KEMERDEKAAN NEGARA: SAYA MAHU BEBAS

Hari ini negara kita Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan kali ke 59 setelah terjajah beratus-ratus tahun dari tangan Portugis, Belanda, British, Jepun dan British kembali. Akhirnya memperolehi kebebasan dari penjajahan British pada tanggal 31 Ogos 1957. Bebas dalam ertikata dalam mentadbir, mengurus dan sebagainya tanpa campurtangan asing.

Gambar Hiasan
Sebahagian besar dari watak-watak yang telah menjayakan agenda kemerdekaan ini telah tiada di dunia yang fana ini, samada yang berada di barisan depan mahupun yang berada disebalik tabir yang boleh kita gelarkan "wira-wira yang tidak didendang", kerana usaha mereka inilah kita telah mengecapi erti kemerdekaan ini. Al-Fatihah kita sedekahkan kepada pejuang-pejuang yang sudah tiada ini.

Empat Quadrant mengikut Robert T. Kiyosaki

Jika negara kita telah bebas dari segala bentuk penjajahan asing, adakah kita selaku warganegara telah bebas.Mengikut Robert T. Kiyosaki dalam prinsip empat Quadrant menyatakan bahawa ramai kalangan masyarakat tidak bebas dan tiada kebebasan. Majoritinya adalah dalam Quadrant 1, iaitu sebagai Employee. Punyai kerja dan pendapatan, tetapi tidak bebas. Kehidupan mereka hanya melalui tiga pintu, iaitu pintu rumah, pintu kenderaan dan pintu pejabat. Ianya diulang-ulang setiap hari, setiap minggu, setiap tahun dan hanya berhenti bila pencen.Saya pun termasuk dalam kumpulan ini sejak tahun 1997 lagi.

Gambar hiasan

Selain dari itu, hakikat yang perlu diterima oleh rata-rata masyarakat hari ini adalah timbunan hutang yang berkesudahan. Bermula dari pinjaman pendidikan semasa di universiti, kadang-kadang untuk melangsungkan perkahwinanpun terpaksa buat pinjaman peribadi, belum lagi dikira hutang ansuran kenderaan dan rumah. Dari mula bekerja hinggalah  bergelar pesara, hutang ini masih belum habis dibayar. Ibarat gali lubang, kambus lubang. Lebih malang lagi bila hutang-hutang ini tidak diuruskan dengan baik akan membawa kepada risiko muflis!



Lebih malang lagi, ada sebilangan yang walau sudah bekerja, tetapi masih gagal untuk membuat tabungan. Mengikut pakar-pakar kewangan tabungan wajib bagi setiap orang adalah sekurang-kurangnya 3 bulan gaji, lagi banyak lagi bagus. Ianya adalah bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan kecemasan yang akan ditempuhi kemudian hari. Keluar pagi, balik petang, kadang-kadang malam baru sampai ke rumah, belumpun masuk gaji bulan ini, gaji bulan lepas sudah habis dibelanjakan.

Cadangan pecahan tabungan dari pendapatan bulanan

Setakat hari ini, saya sekeluarga sudah melepasi paras simpanan yang dicadangkan oleh pakar-pakar kewangan ini. Namun begitu masih ada hutang yang belum diselesaikan sepenuhnya walaupun pembayaran konsisten setiap bulan iaitu ansuran sebuah kereta dan rumah. Untuk kereta baki bayaran ansuran hanya berbaki beberapa bulan sahaja lagi, manakala bagi rumah akan mengambil masa yang agak lama, tetapi saya dan isteri akan pertimbangkan untuk menyusun semula pembayarannya supaya tempoh bayaran adalah lebih singkat.

Gambar hiasan
Sempena Hari Kemerdekaan Negara tahun ini saya berazam untuk menjadi seorang yang bebas secepat yang mungkin. Saya kini merancang untuk beralih dari Quadrant 1 (Employee) kepada Quadrant 3 (Business Owner). Saya menjangkakan tempoh transisi ini akan mengambil masa paling lama 3 tahun. Saya kini sedang mempersiapkan diri secara mental dan fizikal untuk menjadi seorang Business Owner. Penghijrahan ini penting bagi diri saya jika saya betul-betul ingin menjadi seorang yang bebas dan ada kebebasan. Bebas kewangan, bebas hutang, bebas masa, bebas bersama keluarga, kebebasan dalam menentukan apa perlu saya buat, kebebasan dari terikat dengan waktu kerja dan rakan-rakan sekerja dan lain-lain kebebasan yang akan saya perolehi kelak....

Robert T. Kiyosaki
Sebagaimana mengambil semangat dari kata-kata Robert T. Kiyosaki ini, saya akan menongkah arus, berfikiran lain dari orang lain. Jika orang lain berebut-rebut untuk menjadi seorang pekerja yang bergaji tetap yang diperolehi setiap bulan, saya pula memilih untuk menjadi Business Owner. Dikala majoriti memilih untuk melalui 3 pintu setiap hari, setiap minggu, setiap tahun sehingga tamat perkhidmatan saya memilih untuk bebas mengikut cara saya. Di saat orang gemar memilih jalan selamat, saya sebaliknya.Inilah jalan akan saya pilih nanti. Doakan saya.

Monday, August 29, 2016

BAKAL PEMBELI EMAS MESTI CEREWET MEMILIH EJEN

Sebagai bakal pembeli emas, pemilihan ejen adalah amat penting, malah bakal pembeli perlu cerewet dalam memilihnya. Pengalaman saya di awal pembelian pertama hampir setahun yang lepas berkesudahan dengan saya juga upgrade diri dari hanya sebagai pembeli semata-mata tetapi telah menjadi ejen selepas 2 bulan pembelian pertama. Di Public Gold ejen dinamakan Dealer dan bila mana-mana pembeli baru yang hendak membeli emas Public Gold, dealer inilah sebagai "Introducer". Lain-lain syarikat saya tidak pasti.
Bersama Master Dealer Mohd Zulkifli bin Syafie ketika beliau berkunjung ke rumah saya awal tahun.
Sebelum berhubung dengan En Mohd Zulkifli bin Syafie, sudah beberapa orang ejen jual beli emas menawarkan kepada saya untuk membeli emas sebagai simpanan, seingat saya sejak tahun 2008 lagi, namun hati saya tidak terbuka, mungkin saya seorang yang agak cerewet. Hahahahaha.......

Koleksi emas dan perak saya dalam 1 tahun, berapa agaknya nilaian dalam Ringgit Malaysia
Kenapa saya kata bakal pembeli emas perlu cerewet dalam memilih ejen? Jawapan santai saya ialah, saya yakin, jika saya membeli melalui ejen lain lain, saya rasa tidak ke mana-mana. Mungkin membeli kali pertama itu adalah yang terakhir pada saya. Beli emas ni kena ada matlamat, bukan seperti membeli aksesori, perabut, smartphone dan lain-lain.

Apa matlamat kita dengan emas, ejen emas yang baik akan membimbing dan memberi ilmu secara percuma pada anda.
Seorang ejen yang baik akan memberi nasihat yang baik sebelum bakal pembeli membuat pembelian pertama lagi. Setelah pembelian pertama, ejen ini akan terus follow up dan sentiasa memberi tunjuk ajar yang sangat berguna sehingga pembeli dapat berdikari. Sebab itulah saya kata perlu cerewet dalam membuat pilihan. Apa yang penting ejen tersebut hendak lah seorang yang aktif dan mudah dihubungi, Facebooknya sentiasa diupdate dengan tips-tips serta sentiasa berkongsi berita-berita semasa dan jika mempunya blog boleh menjadi nilai tambah.

Pengalaman berkunjung ke HQ Public Gold di Pulau Pinang
Pengalaman saya sendiri, ada beberapa pembeli, samada yang lama mahupun yang baru berjinak-jinak membeli emas telah menghubungi saya untuk mendapatkan nasihat dan pandangan berkaitan dengan emas. Ada satu kes di mana seorang pembeli baru membeli emas dengan ejen lain, selesai saja transaksi pembelian terus hubungi saya untuk dapat bimbingan dari saya. Dalam hal ini saya tiada masalah untuk berkongsi, kerana matlamat peribadi saya adalah untuk berkongsi dengan seramai mungkin sesiapa sahaja tentang kebaikan dan kelebihan menyimpan emas. Cuma yang terlebih baik adalah yang membimbing mereka ini adalah ejen masing-masing. Malah ada yang mohon untuk menjadikan saya sebagai introducer, sedangkan ianya tidak dibolehkan. Saya percaya ramai juga ejen-ejen lain yang menghadapi suasana yang sama seperti apa yang saya alami ini.

Gambar Hiasan: Mulakan langkah pertama membeli emas dengan memilih ejen yang terbaik
Buat bakal pembeli emas, buatlah pemilihan yang tepat. Di luar sana ramai ejen-ejen yang aktif. Mereka ini boleh menjadi pembimbing yang baik. Saya percaya semua yang membeli emas mempuyai matlamat dan harapan yang tinggi dan biarlah matlamat dan harapan yang tinggi itu betul-betul menjadi realiti. Itulah yang saya rasa kini walaupun baru setahun menjadi pembeli emas.

Monday, August 22, 2016

JANGAN BUAT PINJAMAN UNTUK MELABUR EMAS

Ramai orang teruja untuk memiliki emas, terutama sebagai medium pelaburan. Ini ditambah lagi dengan mendapat info yang agak kabur dan terkeliru bahawa dengan membeli emas sebagai pelaburan akan menjana keuntungan besar dan segera. Justeru itu ada sebahagian yang ghairah melabur dalam bentuk emas sanggup membuat pinjaman kewangan bagi institusi kewangan semata-mata untuk membeli emas dengan harapan akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda.

Gambar hiasan
Hakikat yang perlu difahami oleh mereka yang yang ingin melabur dalam emas, bahawa emas harganya semakin meningkat walaupun ada kalanya turun tapi kenaikan harganya melebihi penurunannya sejak dari dahulu lagi. Tetapi kenaikan harga emas ini tidak memberi impak yang besar kepada pelabur jangka pendek, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berhutang dengan bank untuk membeli emas. Akhir terpaksa menanggung bebanan bulanan bagi membayar hutang yang telah dibuat.

Kenaikan harga emas berbanding USD

Pelabur juga perlu faham, jika membeli emas dari mana-mana syarikat sekalipun, bila hendak jual kembali pasti ada spread harga yang telah ditetapkan. Jika pelaburan emas itu dalam bentuk barang kemas, maka spread harga akan lebih tinggi. Pada kebiasaanya spread harga barang kemas adalah sebanyak 25% dari harga semasa. Untuk pengetahuan tahap ketulinan barang kemas kebiasannya adalah 916. Sebab itu barang kemas amat tidak sesuai sebagai simpanan mahupun pelaburan. Harga belian adalah tinggi kerana ada kos upah dalam anggaran 15% dari harga emas, malah ada kos upah yang lebih tinggi dikenakan dan ianya juga dikenakan GST.


Spread harga Public Gold

Berbanding dengan emas fizikal seperti syiling, bar dan dinar kebiasaanya ketulinannya sebahagian besarnya adalah 999, tetapi harganya lebih murah dari barang kemas. Sebagai contoh spread harga emas Public Gold adalah antara 5% hingga 8% sahaja, antara yang termurah di pasaran. Untuk pelabur mendapat keuntungan dari pelaburan emas dari belian di Public Gold, harga emas mestilah naik melebihi 10% dari harga belian asal. Apa yang pasti harga emas bukannya hanya naik 10% tetapi sudah lebih dari 100%, tetapi ianya memerlukan masa yang agak panjang.

Graf harga emas dalam 10 tahun

Oleh itu, adalah tidak berbaloi, malah boleh membawa kepada kerugian jika membuat pinjaman kewangan bagi membeli emas sebagai medium pelaburan. Melabur dalam bentuk emas sebaiknya menggunakan wang yang sudah tersedia disimpan sebelumnya dan tidak akan digunakan dalam waktu terdekat kecuali dalam kecemasan. Gunalah duit simpanan tersebut untuk melabur dalam bentuk emas. Sesungguhnya pelaburan emas memerlukan masa dan tahap kesabaran yang tinggi. Apa yang perlu difahami, walaupun harga emas ada naik dan turun, emas tetap logam termahal dan menjadi rebutan semua orang.

Sunday, August 21, 2016

EMAS SEBAGAI SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Semasa zaman abang dan kakak saya belajar dulu semua free, masuk Universiti semua dapat biasasiswa. Zaman saya biasiswa telah diubah kepada pinjaman, hanya beberapa pengajian yang masih mendapat biasiswa. Zaman adik-adik saya pinjaman telah berpindah kepada Tabung PTPTN. Bila kemasukan ke Universiti yuran pengajian dan lain-lain tak perlu fikir kerana bayaran akan diambil dari pinjamin ini bila dapat, hanya sedikit bayaran segera perlu di buat.


Gambar hiasan
Hari ini, untuk masuk Universiti saya dimaklumkan perlu membayar sejumlah yang agak besar bagi yuran semester, walaupun dijanjikan untuk mendapat pinjaman PTPTN. Yuran pengajian semakin bertambah dari setahun ke setahun. Maka keluarga yang berpendapatan rendah akan mengeluh bagi mencari wang bagi bayaran wajib tersebut. Ada barang kemas digadaikan atau jual terus, ada lembu, kerbau atau kambing, terpaksa dijual, malah ada yang terpaksa menjual tanah sekangkang kera yang ada demi masa depan anak-anak.


Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang diperkenalkan oleh Kerajaan
Beberapa tahun lepas kerajaan telah melancarkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) iaitu satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pembukaan akaun melalui bank-bank terpilih. Ianya adala bertujuan untuk ibu bapa membuat tabungan dalam bentuk simpanan wang bagi pendidikan anak-anak pada masa depan.
Gambar hiasan
Selain itu, sebahagian besar takaful yang ada juga berlumba-lumba memperkenalkan takaful pendidikan anak-anak di mana disamping mendapat perlindungan yang sedia ada, manfaat tabunngan dalam bentuk wang akan diperolehi untuk pendidikan anak-anak bila ianya matang nanti. Saya antara salah seorang kalangan ibu bapa yang telah menabung dalam takaful pendidikan ini.


Kempen simpanan pendidikan dalam bentuk emas fizikal
Pada tahun ini juga, saya telah mencari alternatif baru dengan membuat tabungan pendidikan anak-anak saya dengan menyimpan emas fizikal. Hari ini kesemua anak-anak saya berjumlah 5 orang telah mempunyai sejumlah beberapa gram setiap seorang sebagai tabung pendidikan mereka nanti. Pun begitu takaful pendidikan saya teruskan.


Graf harga emas dunia berbanding USD

Kenapa saya memilih emas sebagai alternatif? Jawapan mudah adalah emas merupakan logam paling berharga yang kalis inflasi, tidak seperti wang fiat yang terdedah pada inflasi, semakin tahun semakin rendah nilainya. Berbanding dengan emas yang semakin tinggi nilainya, wang pula semakin susut nilainya, sedangkan yuran pengajian semakin tinggi atas faktor wang fiat semakin mengecil nilainya.


Gambar hiasan
Jika yuran pengajian pada hari ini telah menjangkau RM25 ribu (sebagai contoh) adakah untuk 10 tahun atau 15 tahun akan datang yuran pengajian ini kekal. Saya percaya yurannya akan meningkat beberapa kali ganda kerana faktor wang fiat yang semakin mengecil nilainya ini. Jika mengambil kira graf harga emas dunia, saya berkeyakinan menabung emas adalah alternatif yang terbaik sebagai tabung pendidikan anak-anak. Pilihan ditangan kita semua sebagai ibu bapa, yang pasti kita sebagai ibu bapa berkehendakkan tang terbaik buat anak-anak kita.