Sunday, August 21, 2016

EMAS SEBAGAI SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Semasa zaman abang dan kakak saya belajar dulu semua free, masuk Universiti semua dapat biasasiswa. Zaman saya biasiswa telah diubah kepada pinjaman, hanya beberapa pengajian yang masih mendapat biasiswa. Zaman adik-adik saya pinjaman telah berpindah kepada Tabung PTPTN. Bila kemasukan ke Universiti yuran pengajian dan lain-lain tak perlu fikir kerana bayaran akan diambil dari pinjamin ini bila dapat, hanya sedikit bayaran segera perlu di buat.


Gambar hiasan
Hari ini, untuk masuk Universiti saya dimaklumkan perlu membayar sejumlah yang agak besar bagi yuran semester, walaupun dijanjikan untuk mendapat pinjaman PTPTN. Yuran pengajian semakin bertambah dari setahun ke setahun. Maka keluarga yang berpendapatan rendah akan mengeluh bagi mencari wang bagi bayaran wajib tersebut. Ada barang kemas digadaikan atau jual terus, ada lembu, kerbau atau kambing, terpaksa dijual, malah ada yang terpaksa menjual tanah sekangkang kera yang ada demi masa depan anak-anak.


Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang diperkenalkan oleh Kerajaan
Beberapa tahun lepas kerajaan telah melancarkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) iaitu satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pembukaan akaun melalui bank-bank terpilih. Ianya adala bertujuan untuk ibu bapa membuat tabungan dalam bentuk simpanan wang bagi pendidikan anak-anak pada masa depan.
Gambar hiasan
Selain itu, sebahagian besar takaful yang ada juga berlumba-lumba memperkenalkan takaful pendidikan anak-anak di mana disamping mendapat perlindungan yang sedia ada, manfaat tabunngan dalam bentuk wang akan diperolehi untuk pendidikan anak-anak bila ianya matang nanti. Saya antara salah seorang kalangan ibu bapa yang telah menabung dalam takaful pendidikan ini.


Kempen simpanan pendidikan dalam bentuk emas fizikal
Pada tahun ini juga, saya telah mencari alternatif baru dengan membuat tabungan pendidikan anak-anak saya dengan menyimpan emas fizikal. Hari ini kesemua anak-anak saya berjumlah 5 orang telah mempunyai sejumlah beberapa gram setiap seorang sebagai tabung pendidikan mereka nanti. Pun begitu takaful pendidikan saya teruskan.


Graf harga emas dunia berbanding USD

Kenapa saya memilih emas sebagai alternatif? Jawapan mudah adalah emas merupakan logam paling berharga yang kalis inflasi, tidak seperti wang fiat yang terdedah pada inflasi, semakin tahun semakin rendah nilainya. Berbanding dengan emas yang semakin tinggi nilainya, wang pula semakin susut nilainya, sedangkan yuran pengajian semakin tinggi atas faktor wang fiat semakin mengecil nilainya.


Gambar hiasan
Jika yuran pengajian pada hari ini telah menjangkau RM25 ribu (sebagai contoh) adakah untuk 10 tahun atau 15 tahun akan datang yuran pengajian ini kekal. Saya percaya yurannya akan meningkat beberapa kali ganda kerana faktor wang fiat yang semakin mengecil nilainya ini. Jika mengambil kira graf harga emas dunia, saya berkeyakinan menabung emas adalah alternatif yang terbaik sebagai tabung pendidikan anak-anak. Pilihan ditangan kita semua sebagai ibu bapa, yang pasti kita sebagai ibu bapa berkehendakkan tang terbaik buat anak-anak kita.

No comments:

Post a Comment