Monday, August 22, 2016

JANGAN BUAT PINJAMAN UNTUK MELABUR EMAS

Ramai orang teruja untuk memiliki emas, terutama sebagai medium pelaburan. Ini ditambah lagi dengan mendapat info yang agak kabur dan terkeliru bahawa dengan membeli emas sebagai pelaburan akan menjana keuntungan besar dan segera. Justeru itu ada sebahagian yang ghairah melabur dalam bentuk emas sanggup membuat pinjaman kewangan bagi institusi kewangan semata-mata untuk membeli emas dengan harapan akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda.

Gambar hiasan
Hakikat yang perlu difahami oleh mereka yang yang ingin melabur dalam emas, bahawa emas harganya semakin meningkat walaupun ada kalanya turun tapi kenaikan harganya melebihi penurunannya sejak dari dahulu lagi. Tetapi kenaikan harga emas ini tidak memberi impak yang besar kepada pelabur jangka pendek, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berhutang dengan bank untuk membeli emas. Akhir terpaksa menanggung bebanan bulanan bagi membayar hutang yang telah dibuat.

Kenaikan harga emas berbanding USD

Pelabur juga perlu faham, jika membeli emas dari mana-mana syarikat sekalipun, bila hendak jual kembali pasti ada spread harga yang telah ditetapkan. Jika pelaburan emas itu dalam bentuk barang kemas, maka spread harga akan lebih tinggi. Pada kebiasaanya spread harga barang kemas adalah sebanyak 25% dari harga semasa. Untuk pengetahuan tahap ketulinan barang kemas kebiasannya adalah 916. Sebab itu barang kemas amat tidak sesuai sebagai simpanan mahupun pelaburan. Harga belian adalah tinggi kerana ada kos upah dalam anggaran 15% dari harga emas, malah ada kos upah yang lebih tinggi dikenakan dan ianya juga dikenakan GST.


Spread harga Public Gold

Berbanding dengan emas fizikal seperti syiling, bar dan dinar kebiasaanya ketulinannya sebahagian besarnya adalah 999, tetapi harganya lebih murah dari barang kemas. Sebagai contoh spread harga emas Public Gold adalah antara 5% hingga 8% sahaja, antara yang termurah di pasaran. Untuk pelabur mendapat keuntungan dari pelaburan emas dari belian di Public Gold, harga emas mestilah naik melebihi 10% dari harga belian asal. Apa yang pasti harga emas bukannya hanya naik 10% tetapi sudah lebih dari 100%, tetapi ianya memerlukan masa yang agak panjang.

Graf harga emas dalam 10 tahun

Oleh itu, adalah tidak berbaloi, malah boleh membawa kepada kerugian jika membuat pinjaman kewangan bagi membeli emas sebagai medium pelaburan. Melabur dalam bentuk emas sebaiknya menggunakan wang yang sudah tersedia disimpan sebelumnya dan tidak akan digunakan dalam waktu terdekat kecuali dalam kecemasan. Gunalah duit simpanan tersebut untuk melabur dalam bentuk emas. Sesungguhnya pelaburan emas memerlukan masa dan tahap kesabaran yang tinggi. Apa yang perlu difahami, walaupun harga emas ada naik dan turun, emas tetap logam termahal dan menjadi rebutan semua orang.

No comments:

Post a Comment