Seringkali orang menganggap emas adalah harta di mana semakin banyak disimpan semakin banyak harta yang ada pada seseorang itu. Beberapa hari lepas saya terbaca satu posting dari sifu Zaidi Ismail menyatakan bahawa emas bukan harta dari definisi kewangan tetapi sebaliknya emas adalah sebagai penyimpan nilai. Beliau merupakan orang yang berkelayakan dan dipercayai ilmunya dan sentiasa memberi tunjuk ajar berkaitan dengan kewangan.
|
Nasihat sifu Zaidi Ismail |
Saya sangat bersetuju dengan kenyataan dari beliau. Salah anggap tentang emas sebagai harta di kalangan penyimpan mahupun yang belum menyimpan perlu diperbetulkan. Kerana hakikatnya emas bukan harta. Pada kebiasaannya majoriti daripada kita menyimpan dalam bentuk wang fiat, tetapi menyimpan dalam bentuk emas adalah sebagai alternatif. Objektif sama tetapi alat yang berbeza. Walaupun hasilnya juga sama tetapi nilainya tidak sama, wang fiat akan susut nilai dalam tempoh yang lama, manakala emas akan meningkat nilainya.
|
Tukar wang fiat kepada emas bagi mengekalkan nilai matawang |
Bila kita menyimpan emas sebenarnya kita menyimpan nilai matawang dari bentuk wang fiat kepada bentuk emas mengikut nilaian semasa dan nilaian itu akan kekal. Wang fiat yang kita guna sekarang ini jika disimpan nilainya semakin hari semakin susut nilai. Saya pernah penulis dalam posting yang lepas tentang nilaian 20 sen tahun 80-an semasa saya mula memasuki alam persekolah. Saya bandingkan dengan nilai yang sama pada tahun ini. Apa yang boleh dibuat dengan wang sebanyak tersebut hari ini. Boleh rujuk balik tulisan saya dalam bulan Jun yang lepas
|
Perbandingan nilai emas berbanding USD |
Dengan hanya bersandarkan kepada simpanan dalam bentuk wang fiat akan mengakibatkannya semakin susut nilai dari setahun ke setahun berbanding emas yang semakin tinggi nilainya setiap masa atas beberapa faktor antaranya kesan inflasi. Hakikatnya emas bukanlah semakin mahal untuk ditukarkan dengan wang fiat tetapi apa yang berlaku adalah nilai wang fiat semakin menyusut. Oleh itu tukarlah sebahagian simpanan dari bentuk wang fiat kepada emas bagi mengekalkan nilainya.
|
Aset Emas dan Perak yang saya simpan selama setahun, agak-agak berapa nilaian semasa? Gambar ini diambil sebelum saya letakkan dalam safe box |
Pengalaman saya sendiri yang baru memulakan menyimpan emas sebagai alternatif wang fiat mendapati bahawa, selain dari ianya mengekalkan nilai walaupun baru setahun menyimpan. Apa yang lebih menggembirakan saya, sebahagian dari tabiat berbelanja bukan perkara keperluan telah dapat saya bendung. Bila ada sahaja lebihan wang dengan cepat saya tukarkankepada emas. Walaupun saya menyimpan emas, saya juga imbanginya dengan simpanan dalam bentuk wang fiat sebahagian besarnya dalam Tabung Haji. Boleh sahaja menyimpannya di mana-mana sahaja. Setakat ini dengan dividen dan bonus tahunan yang diberikan sekurang-kurangnya menyerap kadar inflasi yang berlaku. Hasilnya nilai simpanan saya masih kekal.
No comments:
Post a Comment