Ada kawan-kawan saya bertanya dan persoalkan kenapa saya memilih dan fokus kepada emas sebagai aset bukannya hartanah seperti rumah, bangunan perniagaan, tanah dan lain-lain. Mereka berhujah aset-aset dalam bentuk hartanah harganya sentiasa naik dari masa ke semasa. Tidak seperti emas yang ada kalanya naik dan ada kalanya turun.
|
Gambar Hiasan |
Bukan saya tak berkeinginan untuk memiliki semua itu, ada rumah melebihi sebuah seperti hari ini, mempunyai lot-lot gudang serta lot-lot tanah yang luas. Saya rasa semua orang berkehendakkan memilikinya. Sayapun suatu masa nanti jika dipanjangkan umur ingin memiliki semua itu sama seperti orang lain. Biarlah jika saya tinggalkan anak dan isteri nanti, mereka sekurang-kurangnya tidak merempat.
|
Contoh Jadual Pembiayaan dan bayar balik Pinjaman |
Pada pertimbangan saya, untuk memiliki aset-aset seperti di atas memerlukan kewangan yang besar, harga hari ini tidak mampu untuk dibayar tunai, kecuali orang-orang kaya sahaja. Dengan pendapatan saya hari ini semestinya saya tidak mampu memiliki semua ini dengan bayaran tunai. Pilihan yang saya ada adalah dengan membuat Personal Loan (PL) untuk tempoh tertentu. Inilah antara cara yang amat-amat saya tidak suka. Membeli sesuatu dengan menggunakan PL. Harga hartanah yang sudah mahal akan bertambah mahal. Saya akan menambah komitmen baru iaitu membayar ansuran bulanan PL yang saya buat semata-mata untuk mendapatkan hartanah terbabit walaupun ada potensi besar untuk dibangunkan ataupun disewakan bagi mendapat sumber kewangan bagi membayar balik PL. Cukuplah saya dan isteri menanggung bayaran bulanan pinjaman perumahan bagi pembiayaan rumah yang kami sekeluarga duduki sekarang.
|
Gambar Hiasan: Lot Kedai |
Ramai orang berkata dengan adanya hartanah seperti ini, bila nak jual harganya akan naik berganda-ganda dari modal yang dikeluarkan. Pemiliknya pasti akan medapat keuntungan berlipat ganda. Saya akuinya adalah betul dan tepat sekali. Jarang sekali kedengan orang yang melabur dalam hartanah ini mengalami kerugian, jika adapun peratusannya agak kecil. Melabur dalam hartanah akan mendapat pulangan yang besar. Cuma dalam kepala saya ada satu persoalan mudah. Adakah hartanah ini boleh dijual dengan mudah dan ada pembeli "on the spot" dengan harga yang kita tawarkan dengan bayaran juga "on the spot" terutama bila pemilik memerlukan sumber kewangan segera dalam keadaan terdesak.
|
Gambar Hiasan |
Bila memikirkan dua perkara ini, saya memilih simpan emas sebagai alternatif aset saya dan keluarga. Membeli emas tidak memerlukan saya membuat pinjaman. Belian mengikut kemampuan saya. Tahun ini saya tidak pernah terlepas dari membeli emas. Tidak dapat beli dalam jumlah yang besar, saya beli juga sekurang-kurangnya 1 gram setiap bulan. Dalam tulisan yang lepas saya telah tulis dalam blog ini, jumlah simpanan emas saya hanya dalam masa 1 tahun sudah mencapai 400 gram, tidak termasuk 1.5 kilogram perak sebagai pengimbang. Saya tak nak kira lagi nilainya dalam Ringgit Malaysia, kerana saya ada target yang akan saya buat dengan simpanan emas ini nanti.
|
Gambar Hiasan: Ar-Rahnu di mana tempat untuk dapatkan wang segera dengan memajak emas di sana |
Jika berlaku kecemasan dan memerlukan kewangan segera, emas inilah yang akan menjadi cagarannya. Saya boleh bawa emas ini ke mana-mana ar-rahnu untuk digadai buat sementara waktu untuk mendapat tunai segera bagi menyelesaikan masalah kewangan tersebut dan akan ditebus kembali bila keadaan kewangan saya kembali stabil dan normal.
|
Satu Dinar hari ini masih mampu membeli seekor kambing |
Sama seperti hartanah emas sentiasa naik, walaupun ada masa turun, tapi yang pasti kenaikan melebihi penurunan. Contoh mudah saya beli sekeping Dinar Public Gold pada 18 Ogos 2015 dengan harga RM666, setahun yang lepas di mana hari ini harganya telah mencapai RM800. Ini menunjukkan ada kenaikan harga yang agak tinggi. Emas juga mudah untuk dijual. Di Public Gold sebagai contohnya, membeli balik emas jenama Public Gold dan lain-lain jenama diterima. Hanya dalam tempoh 2 hingga 3 hari bekerja, bergantung pada akaun bank penjual, bayaran akan masuk. Sebab tu saya lebih suka beli dan simpan emas berbanding membeli hartanah.
|
Gambar Hiasan |
Pun begitu, saya bercita-cita juga untuk memiliki aset-aset hartanah melalui simpanan emas ini. Pada saya emas adalah salah satu alat saya bagi mencapai hasrat memiliki aset hartanah ini.
No comments:
Post a Comment