Pejam celik, pejam celik, sudah hampir 10 tahun Public Gold
di persada negara. Kini syarikat ini bukan sahaja beroperasi di seluruh negara
melalui cawangan-cawangan di seluruh negeri tetapi telah memasuki pasaran
Singapura dan Jakarta dan dalam masa terdekat akan terus mengembangkan sayapnya
ke beberapa buah negara lain.
Logo sempena 10 tahun Public Gold |
Hari ini produk keluarannya yang terdiri dari emas dan
peraknya diterima ramai. Pelanggannya telah melebihi 100 ribu orang dan
sentiasa berkembang dari masa ke semasa.
Malah
emas dan perak keluarannya mendapat sijil ketulinan dari London Bullion Market
Association (LBMA) yang melayakkan keluaran emas dan perak syarikat ini
dikecualikan dari dikenakan GST 6%. Sebab tu harga emas dan perak yang
ditawarkan syarikat ini antara yang termurah di pasaran.
Dalam
10 tahun ini, banyak syarikat lain yang bersilih ganti ditubuhkan, malah ada
yang sudah gulung tikar, ada syarikat yang masuk senarai watchlist/blacklist
Bank Negara Malaysia. Ada syarikat yang asalnya hanya untuk jual beli emas,
akhirnya menjadi scam emas dan macam-macam lagi.
Pernah awal-awal dulu Public Gold masuk senarai watchlist Bank Negara Malaysia, tetapi dengan pantas pihak pengurusan Public Gold mengadap Bank Negara Malaysia, akhirnya nama Public Gold terus bersih. Goldbar dan dinarnya walau belum dijual di Brunei tetapi ar-rahnu di sana menerimanya untuk dipajak.
Selepas nama Public Gold tersenarai dalam Alert List BNM
tahun 2012, dalam masa 24 jam pihak Publi Gold terus datang berjumpa dengan BNM
berikan penjelasan.
Selepas BNM buat semakkan, nama Public Gold terus dikeluarkan dari Alert List dalam tempoh 1 bulan. Public Gold satu-satunya syarikat emas yang telah lalui proses semakan oleh BNM dan disahkan tidak terlibat sebarang aktiviti menyalahi undang-undang berkaitan pelaburan.
Public Gold adalah satu-satunya syarikat yang mempunyai panel syariah dan telah melalui proses audit di mana sebahagian besar produknya telah mendapat sijil patuh syariah, manakala sebahagian lagi dalam proses. Secara tidak rasmi berita gembira akan diumumkan tidak lama lagi setelah audit telah selesai keseluruhannya.
Public
Gold bukan hanya menjual dan membeli emas sahaja, malah melalui anak
syarikatnya Koperasi Dagang Emas (KDE) berfungsi sebagai ar-rahnu dan menerima
emas bukan sahaja dari keluaran syarikatnya, malah keluaran mana-mana syarikat
pun diterima di KDE untuk digadai, asal ianya emas.
Melalui
Public Safe yang beroperasi di Pulau Pinang, ia menawarkan safebox deposit
kepada umum untuk menyimpan barang-barang berharga. Di situ juga emas-emas
milik pelanggan Public Gold yang membeli melalui GAP disimpan. Emas dan barang
berharga yang disimpan disini telah diinsurankan bagi mempastikan jika berlaku
perkara yang tidak diingini, pelanggannya tetap mendapat pembelaan.
Public Safe: Pilihan ramai untuk menyimpan barang-barang berharga dalam safe box deposit |
Hari
ini Public Gold teruk mengorak langkah dan tidak menoleh ke belakang lagi
dengan dua cabang perniagaan lagi iaitu platform jual beli online menggunakan
emas iaitu PGMALL dan barang kemas standard dunia Aurora Italia.
PG Mall membuka ruang kepada penjual untuk menjadi penjual menggunakan platform PG Mall ini, di mana pelangganya kini sudah melebihi 100 ribu orang. Setakat ini pendaftaran sebagai penjual di platform ini masih dibuka secara percuma. Untuk mendaftar boleh melalui laman web www.pgmall.my
Jom jadi penjual atau pembeli dalam platform jual belia dalam talian menggunakan emas sebagai transaksi |
Aurora
Itali pula ialah koleksi barang kemas
perhiasan wanita terdiri daripada gelang tangan, rantai tangan dan juga
pelbagai buah-buah penyeri yang di panggil Charms. Tarikan utama
AURORA SERIES ialah pelbagai jenis charms dengan buatan yang sangat
cantik dan halus. Harga setiap Charms berbeza mengikut rekaan.
Barang kemas aurora dengan ketulinan 750 adalah mengikut piawaian dunia, lebih kukuh dan tahan lasak |
Boleh rujuk laman web www.auroraitalia.net
untuk melihat design dan harga dipaparkan terus. Pendek kata, dalam 10
tahun ini Public Gold terus berkembang dan ianya terus terkedepan dalam
memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua.
Ini diitambah lagi dengan Dealer-dealer
yang menjadi tulang belakang syarikat ini amat komited untuk memberi tunjuk
ajar untuk seluruh masyarakat umum menyimpan emas dan perak.
Saya bersama Dato' Wira Louis, En Shukor, Puan Azizah dan En Zulkifli. Mereka bertiga adalah top dealer Public Gold |
Terlalu banyak lagi yang boleh dicoret di
sini, antaranya Musium Emas yang menempatkan jongkong emas seberat 50KG dan
jongkong perak 30KG antara yang menarik ramai orang untuk melihat dengan mata
sendiri.
No comments:
Post a Comment