Assalamualaikum Wr Wbrkth,
Saya dan keluarga dengan rendah diri mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri dan Memohon Ribuan Kemaafan di atas segala salah dan silap.
Semoga Ramadhan tahun ini telah melahirkan kita semua sebagai insan yang benar-benar bertaqwa kepada Allah. Ameen
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
كل عام وانت بخير
Ikhlas daripada;
Mohd Rafie bin Yusof dan
Wan Norma binti Wan Mohd Nasir serta anak-anak;
Muhammad Aniq Nuwairie
Nurul Aina Nabihah
Nurul Alya Najwa
Muhammad Atif Nusairie
Nurul Asma Nabilah
Sunday, June 9, 2019
Wednesday, February 27, 2019
MENYIMPAN LAH SELAGI KITA MASIH ADA PENDAPATAN
Susah macam mana hari ini untuk menyimpan, paksalah diri anda supaya meyimpan juga. Lebih baik susah kerana menyimpan dari susah kelak kerana tiada simpanan. Seperti adanya payung, semasa cuaca elok, payung tidak berguna, tapi bila cuaca hujan, baru terasa perlunya ada payung.
Simpanlah walau 10 sen sehari sebagai permulaan secara konsisten, walaupun jumlahnya sedikit tetapi apa yang penting pada pengakhirannya ia akan menjadikan kita terbiasa menyimpan. Untuk langkah seterusnya, boleh lah ditingkatkan jumlah setiap kali buat simpanan kerana kita telah terbiasa.
Baru-baru ini, saya terbaca keratan akhbar di mana seorang bekas pemain bola kebangsaan hidup merempat, menjadikan keretanya sebagai rumah dan tandas awam sebagai tempat membersihkan diri. Lebih terkesan lagi bila dia sendiri menyatakan bahawa menyesal kerana tidak menyimpan walau semasa beliau di puncak prestasi sebagai pemain bola dulu, dia tidak menyimpan.
Beliau bukan satu-satunya yang mengalami nasib seperti itu malah menimpa beberapa orang pemain bola, artis dan lain-lain yang akhirnya pengakhiran hidup mereka penuh dengan penderitaan dan air mata.
Menyimpan lah selagi kita masih ada pendapatan.

Tuesday, January 1, 2019
Muhasabah Seorang Penyimpan
Tahun 2018 Masehi sudah melabuhkan tirainya dan hari ini adalah hari pertama tahun 2019 Masehi. Banyak suka duka yang kita tempohi sepanjang tahun 2018 dan hari ini kita tutup buku lepas untuk kita corakkan dalam buku baru sepanjang 12 bulan mendatang.
Pun begitu, walau tahun 2018 telah berlalu, pelbagai perkara perlu kita ambil iktibar dan pengajaran sepanjang tempoh setahun lepas. Yang baik perlu di tambah baikkan lagi, yang tidak baik di jadikan pengajaran dan sempadan. Semoga tahun 2019 kita lebih baik dari tahun sebelumnya.
Bagi seorang penyimpan, tak kira lah menyimpan dalam bentuk wang, emas atau apa sahaja, tahun 2018 perlu dibuat muhasabah samada simpanan berjaya dibuat sebagaimana perancangan, terbantut di tengah jalan ataupun simpanan dibuat tapi bocor di tengah jalan.
Sebagai contoh, untuk tahun 2018, mengikut perancangan simpanan yang perlu dibuat adalah paling minimum adalah sebanyak RM200.00 sebulan dan setelah 12 bulan berakhir berapa jumlah simpanan yang terkumpul dalam tempoh setahun tersebut. Jika RM200.00 sebulan bermula pada Januari, semestinya sebelum berakhir Disember simpanan yang berjaya dikumpul adalah sebanyak RM2,400.00, lebih atau berkurangan.
Atau bagi seorang penyimpan emas yang telah merancang bermula Januari untuk menyimpan minimum 1 gram emas setiap bulan pada akhir bulan Disember lepas sepatutnya simpanan emas sudah ada sekurang-kurangnya emas seberat 12 gram. Cukupkan berat 12 gram, lebih ataupun berkurang.
Jika jumlah akhirnya sama sebagaimana simpanan dibuat, anda seorang penyimpan yang baik. Jika simpanan melebihi dari yang sepatutnya, anda seorang penyimpan yang hebat kerana berjaya menyimpan melebihi dari target simpanan. Manakala jika simpanan berkurangan walaupun konsisten menyimpan setiap bulan sebagaimana yang dirancang ataupun gagal menyimpan dengan istiqamah, maka anda perlu menyimpan dalam bentuk lain pula.
Tahun 2019 yang baru bermula hari ini memerlukan anda memulakan simpanan dalam bentuk baru agar impian anda pada akhir tahun nanti simpanan anda berjaya mencapai jumlah sebagaimana yang dikehendaki. Yang menyimpan dalam bentuk wang dan selalu bocor simpanan atau tidak menjadi penyimpan yang konsisten, anda boleh cuba menyimpan dalam bentuk emas. Cuba setahun macam mana. Jika diteruskan menyimpan dalam bentuk wang, keputusan akhir tahun tetap akan sama seperti tahun lepas.
Jika selama setahun lepas anda menyimpan emas tetapi simpanan tidak pernah bertambah. Sebagai contoh, anda bermula Januari dengan 1 gram kerana matlamat adalah 1 gram sebulan tetapi pada Disember lepas simpanan emas anda tidak bertambah, hanya kekal 1 gram sahaja, samada emas tidak mampu menjadikan anda seorang penyimpan yang baik ataupun anda menyimpan tanpa ilmu yang betul.
Sekiranya anda tetapkan matlamat tahun ini untuk terus menyimpan dalam bentuk emas, maka menjadi keperluan pada anda untuk mendalami ilmu sebagai penyimpan emas yang betul, baru anda berada pada landasan yang betul. Jika tidak, anda perlu mencari cara menyimpan lain kerana jika anda tetap mahu menyimpan emas, anda akan menjadi penyimpan emas yang gagal pada tahun ini sebagaimana anda gagal pada tahun lepas.
Pun begitu, walau tahun 2018 telah berlalu, pelbagai perkara perlu kita ambil iktibar dan pengajaran sepanjang tempoh setahun lepas. Yang baik perlu di tambah baikkan lagi, yang tidak baik di jadikan pengajaran dan sempadan. Semoga tahun 2019 kita lebih baik dari tahun sebelumnya.
Bagi seorang penyimpan, tak kira lah menyimpan dalam bentuk wang, emas atau apa sahaja, tahun 2018 perlu dibuat muhasabah samada simpanan berjaya dibuat sebagaimana perancangan, terbantut di tengah jalan ataupun simpanan dibuat tapi bocor di tengah jalan.
Sebagai contoh, untuk tahun 2018, mengikut perancangan simpanan yang perlu dibuat adalah paling minimum adalah sebanyak RM200.00 sebulan dan setelah 12 bulan berakhir berapa jumlah simpanan yang terkumpul dalam tempoh setahun tersebut. Jika RM200.00 sebulan bermula pada Januari, semestinya sebelum berakhir Disember simpanan yang berjaya dikumpul adalah sebanyak RM2,400.00, lebih atau berkurangan.
Atau bagi seorang penyimpan emas yang telah merancang bermula Januari untuk menyimpan minimum 1 gram emas setiap bulan pada akhir bulan Disember lepas sepatutnya simpanan emas sudah ada sekurang-kurangnya emas seberat 12 gram. Cukupkan berat 12 gram, lebih ataupun berkurang.
Jika jumlah akhirnya sama sebagaimana simpanan dibuat, anda seorang penyimpan yang baik. Jika simpanan melebihi dari yang sepatutnya, anda seorang penyimpan yang hebat kerana berjaya menyimpan melebihi dari target simpanan. Manakala jika simpanan berkurangan walaupun konsisten menyimpan setiap bulan sebagaimana yang dirancang ataupun gagal menyimpan dengan istiqamah, maka anda perlu menyimpan dalam bentuk lain pula.
Tahun 2019 yang baru bermula hari ini memerlukan anda memulakan simpanan dalam bentuk baru agar impian anda pada akhir tahun nanti simpanan anda berjaya mencapai jumlah sebagaimana yang dikehendaki. Yang menyimpan dalam bentuk wang dan selalu bocor simpanan atau tidak menjadi penyimpan yang konsisten, anda boleh cuba menyimpan dalam bentuk emas. Cuba setahun macam mana. Jika diteruskan menyimpan dalam bentuk wang, keputusan akhir tahun tetap akan sama seperti tahun lepas.
Sekiranya anda tetapkan matlamat tahun ini untuk terus menyimpan dalam bentuk emas, maka menjadi keperluan pada anda untuk mendalami ilmu sebagai penyimpan emas yang betul, baru anda berada pada landasan yang betul. Jika tidak, anda perlu mencari cara menyimpan lain kerana jika anda tetap mahu menyimpan emas, anda akan menjadi penyimpan emas yang gagal pada tahun ini sebagaimana anda gagal pada tahun lepas.
Sunday, September 9, 2018
HARI KEPUTERAAN KDYMM AGONG DAN REPUTASI PUBLIC GOLD
Hari ini seluruh rakyat menyambut Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad ke 5. Bersempena dengan hari istimewa ini seluruh negara diisytiharkan sebagai cuti umum.
Bersempena dengan Hari Keputeraan ini mengingatkan saya kepada edisi istimewa jongkong emas seberat 1 gram yang telah dikeluarkan oleh Public Gold dua tahun yang lepas yang tercetak di kadnya gambar KDYMM Sultan Muhammad ke 5, seingat saya hanya 30 ribu keping sahaja yang dicetak.
Bila di buka pre-order saya lah antara yang teruja untuk memilikinya walau harga yang ditawarkan adalah lebih mahal dari harga belian yang biasa saya perolehi untuk jongkong emas edisi lain dengan berat yang sama. Selain untuk diri sendiri, saya juga membantu beberapa orang kawan memilikinya.
Apa yang saya hendak sebut di sini, bila gambar KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong tercetak di kad jongkong emas yang dimiliki oleh Public Gold, ini menunjukkan syarikat jual beli emas ini boleh dipercayai dan mempunyai reputasi yang baik di mata Istana Negara.
Tahun ini, merupakan tahun ke 10 Public Gold ditubuhkan. Dari satu cawangan, kini sudah hampir 20 cawangan di seluruh negara, termasuk di Singapura dan Indonesia. Pernah pada tahun 2012, Bank Negara Malaysia menyenaraikan Public Gold dalam senarai "watchlist" yang dipaparkan di webnya. Dalam masa 1 bulan sahaja BNM mengeluarkan Public Gold dari senarai tersebut dalam webnya kerana dalam masa 24 jam, Public Gold terus hadir ke BNM untuk memberikan penjelasan bahawa Public Gold hanya syarikat jual beli emas sahaja.
Ini terjadi kerana pada masa tersebut, banyak syarikat-syarikat yang bertopengkan nama emas, tetapi menganjurkan pelbagai skim bagi memperdaya orang ramai. Sehingga hari ini masih ada syarikat-syarikat seumpama ini yang menipu orang ramai. Dijanjikan keuntungan sama ada harian, mingguan atau bulanan untuk menarik orang untuk menyerahkan duit mereka dengan pelbagai pakej yang menguntungkan, tetapi akhirnya duit entah ke mana.
Apabila Istana Negara sendiri memperkenankan gambar YDP Agong diletakkan pada kad jongkong emas milik Public Gold, ini bermakna syarikat ini betul-betul boleh dipercayai.Apatah lagi apabila Public Gold telah memperolehi sijil Patuh Syariah dan merupakan syarikat pertama yang memperolehinya.
Kini anda boleh membeli emas di Public Gold tanpa was-was lagi. Emasnya mudah dibeli, mudah dijual dan mudah dipajak. Produk emasnya dari jongkong emas 0.5 gram hinggalah seberat 1 kilogram, dinarnya dari 1/2 dinar hingga 10 dinar. Pilih sahaja yang mana satu. Semua orang mampu menyimpan emas.
Hubungi saya untuk memiliki emas pertama anda 019-910 3043
Selamat menyambut Hari Keputeraan Rasmi KDYMM SPB YDP Agong |
Bersempena dengan Hari Keputeraan ini mengingatkan saya kepada edisi istimewa jongkong emas seberat 1 gram yang telah dikeluarkan oleh Public Gold dua tahun yang lepas yang tercetak di kadnya gambar KDYMM Sultan Muhammad ke 5, seingat saya hanya 30 ribu keping sahaja yang dicetak.
Edisi jongkong emas sempena memperingati pertabalan KDYMM SPB YDP Agong, harga awal RM250/keping |
Bila di buka pre-order saya lah antara yang teruja untuk memilikinya walau harga yang ditawarkan adalah lebih mahal dari harga belian yang biasa saya perolehi untuk jongkong emas edisi lain dengan berat yang sama. Selain untuk diri sendiri, saya juga membantu beberapa orang kawan memilikinya.
Koleksi edisi KDYMM SPB YDP Agong milik saya dan saya masih simpan sehingga hari ini. |
Apa yang saya hendak sebut di sini, bila gambar KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong tercetak di kad jongkong emas yang dimiliki oleh Public Gold, ini menunjukkan syarikat jual beli emas ini boleh dipercayai dan mempunyai reputasi yang baik di mata Istana Negara.
Gambar cawangan-cawangan Public Gold di seluruh negara termasuk Singapura dan Indonesia |
Tahun ini, merupakan tahun ke 10 Public Gold ditubuhkan. Dari satu cawangan, kini sudah hampir 20 cawangan di seluruh negara, termasuk di Singapura dan Indonesia. Pernah pada tahun 2012, Bank Negara Malaysia menyenaraikan Public Gold dalam senarai "watchlist" yang dipaparkan di webnya. Dalam masa 1 bulan sahaja BNM mengeluarkan Public Gold dari senarai tersebut dalam webnya kerana dalam masa 24 jam, Public Gold terus hadir ke BNM untuk memberikan penjelasan bahawa Public Gold hanya syarikat jual beli emas sahaja.
Gambar bersejarah; Dato' Wira Louis bersama En Syukor di BNM setelah nama Public Gold tersenarai dalam "watchlist" BNM |
Sijil Patuh Syariah yang telah diterima oleh Public Gold |
Apabila Istana Negara sendiri memperkenankan gambar YDP Agong diletakkan pada kad jongkong emas milik Public Gold, ini bermakna syarikat ini betul-betul boleh dipercayai.Apatah lagi apabila Public Gold telah memperolehi sijil Patuh Syariah dan merupakan syarikat pertama yang memperolehinya.
Antara koleksi emas dalam bentuk jongkong dan dinar Public Gold |
Kini anda boleh membeli emas di Public Gold tanpa was-was lagi. Emasnya mudah dibeli, mudah dijual dan mudah dipajak. Produk emasnya dari jongkong emas 0.5 gram hinggalah seberat 1 kilogram, dinarnya dari 1/2 dinar hingga 10 dinar. Pilih sahaja yang mana satu. Semua orang mampu menyimpan emas.
Hubungi saya untuk memiliki emas pertama anda 019-910 3043
Wednesday, December 6, 2017
BILA HARGA EMAS TURUN
Hari ini harga emas dunia masih menurun harganya. Harga yang dicatat pada belian melalui akaun emas fizikal (GAP) Public Gold adalah RM182, turun RM2 dari kelmarin. Untuk rekod dari bulan Januari 2017 hingga November 2017 harga GAP Public Gold paling rendah adalah RM179 dan harga tertinggi dicatat adalah RM198.
Harga GAP hari ini (6 Disember 2017) |
Bila situasi harga menurun, ada kedengaran suara-suara penyimpan emas dalam berhadapan dengan suasana harga emas jatuh ini. Situasi pertama penyimpan emas adalah cemas, takut, kecewa malah ada yang merasa rugi membeli emas. Manakala situasi yang kedua pula adalah sebaliknya.Mereka gembira dan teruja dengan kejatuhan harga emas ini.
Graf Harga emas di Malaysia dalam masa 30 hari |
Saya teringat sifu-sifu emas pernah berkongsi cerita bila harga emas jatuh pada tahun 2013 dulu. Ramai penyimpan emas jadi panik. Ramai yang ambil tindakan drastik menjual semua aset emas yang mereka miliki kerana takut rugi, mereka jadi gelabah. Sedangkan menjual semasa harga jatuh itulah sebenarnya menjadikan mereka rugi.
Pada masa inilah, lahirnya bermacam-macam skim emas yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda. Dapat hibah setiap bulan sedangkan pelaburan emas sebenar tiada keuntungan hibah kecuali emas tersebut dijual baru keuntungan diraih. Sebahagian dari skim emas ini sudah tiada, hilang bersama jutaan ringgit modal pelabur-pelaburnya tanpa dapat dikesan. Ramai dari kalangan pelabur skim scam ini asalnya adalah penyimpan emas, tetapi bila harga emas jatuh, mereka beralih kepada pelaburan scam ini.
Pun begitu ramai dari kalangan pembeli yang bersikap bertentangan dengan situasi pertama. Bila harga emas jatuh, mereka ini sangat gembira dan teruja. Masa inilah mereka menambah pembelian melebihi kebiasaan kerana mengambil peluang harga rendah. Bagi mereka harga rendah ini adalah sebagai bonus.
Jika anda berada pada penyimpan emas situasi pertama, sebenarnya anda melihat emas hanya sebagai "BUY LOW SELL HIGH" sahaja dan saya cadangkan anda supaya laburkan sedikit masa dan kewangan untuk mendapatkan ilmu emas samada melalui blog-log, buku-buku mahupun hadiri kelas atau seminar emas. Jika di Public Gold, seminar emas ini dibuat secara percuma sahaja.
Kepada anda sebagai penyimpan emas yang berada berada dalam situasi kedua, syabas dan tahniah saya ucapkan kerana anda adalah seorang penyimpan emas yang berada pada landasan yang betul. Anda tidak peduli harga naik atau turun, fokus anda adalah jumlah simpanan emas anda sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.
Sunday, December 3, 2017
Iktibar Arsenal vs Manchester United
Awal pagi tadi, tergerak untuk menonton secara live perlawanan Liga Perdana Inggeris yang menemukan Arsenal selaku tuan rumah menerima kunjungan Manchester United. Tahun ni seperti beberapa tahun lepas saya jarang sangat tonton Liga Perdana Inggeris walaupun saya peminat kelab Manchester United sejak di bangku sekolah lagi.
Ketika saya mula menonton, sudah beberapa minit sepak mula berlangsung dan Manchester United sudah mendahui dengan satu gol. Tak sampai 5 minit menonton, gol kedua hadir menjadikan kedudukan semasa dua kosong.
Selepas itu, aksi atas padang sudah jadi berat sebelah, Arsenal mendominasi dan beberapa kali nyaris menjaringkan beberapa gol tetapi nasib tidak menyebelahi kerana ketangkasan penjaga gol Manchester United, David De Gea.
Tamat separuh masa pertama saya tutup TV lalu masuk tidur dan hanya mengetahui keputusan penuh perlawanan awal pagi tadi, Manchester United 3 - 0 Arsenal. Rata-rata kawan-kawan peminat Manchester United memuji-muji kelibat David De Gea yang menjadi pemain utama yang memberi kemenangan kepada pasukannya.Tidak hairanlah penjaga gawang tersebut dinobatkan sebagai "man of the match".
Dalam pengurusan kewangan, permainan bola sepak ada banyak persamaan. Walau memperolehi banyak jaringan tetapi jika bolos lagi banyak, pasukan tetap akan kalah. Dalam kewangan pun sama. Walau pendapatan sebanyak mana pun, tetapi jika perbelanjaan melebihi pendapatan tersebut, kewangan kita akan mengalami defisit, kita tidak pandai menguruskan kewangan sebenarnya.
Bila perbelanjaan melebihi pendapatan, maka di sinilah bermulanya tragedi kewangan. Pilihan yang ada adalah berhutang. Samada dengan ibu bapa, kawan-kawan, adik beradik, sanak saudara, malah akan membuat personal loan atau memohon kad kredit. Ini adalah hanya penyelesaian sementara. hutang perlu dilangsaikan. Ianya hanya ibarat gali lubang, timbus lubang. Masalah tidak selesai, malah akan akan jadi lebih teruk lagi.
Dalam permainan bola sepak, kekuatan dan kemantapan pemain pertahanan perlu bagi membendung asakan pihak lawan. Manakala dalam aspek kewangan boleh diibaratkan sebagai tabung simpanan bagi menghadapi saat-saat yang tidak dapat dijangka di mana pada masa tersebut kita terdesak memerlukan jumlah kewangan bagi menghadapinya. Bila ada tabungan kecemasan, kita mampu menghadapi kesulitan buat sementara waktu sebelum mencari jalan menyelesaikan masalah tersebut. Buatlah tabung kecemasan sekurang-kurangnya menyamai tiga bulan gaji, lagi banyak lagi baik.
Bila pertahanan dapat ditembusi, maka benteng terakhir adalah penjaga gol. Mana-mana pasukan akan menurunkan penjaga gol terbaik mereka bagi mempastikan gawang dibolosi lawan. Maka dalam kewangan saya umpamakannya dengan pemilikan aset. Lagi banyak aset yang ada lagi terjamin kewangan seseorang.
Untuk memiliki aset seperti rumah, tanah, lot gudang dan seumpamanya, memerlukan perbelanjaan yang besar kerana harganya yang mahal dan tidak semua mampu memilikinya. Namun begitu, aset yang paling murah dan dapat dikumpul melalui pembelian sedikit demi sedikit adalah emas. Semua orang sepatutnya dapat membeli aset ini. Di Public Gold emas dapat dibeli serendah RM100 setiap kali belian dan boleh dikumpul sedikit demi sedikit sehingga menjadi berat berkilo-kilo. Dan yang paling penting, ianya Patuh Syariah.
Azizi Ali Mentor Wang dalam bukunya "Masa Untuk Emas" telah menyarankan agar setiap dari kita mempunyai simpanan emas sebanyak 10% dari nilai aset masing-masing. Saya telah telah mulakan langkah menyimpan emas dua tahun lepas, anda bila lagi.
Jom, simpan emas
Monday, November 20, 2017
Bila GAP Sudah Disahkan Secara Rasmi Patuh Syariah
Sebelum GAP (lebih dikenali sebagai Akaun Emas Fizikal Public Gold) mendapat Sijil Patuh Syariah dari Amanie Advisors, pandangan saya dan beberapa sahabat yang belajar bidang syariah belian GAP wajib cukupkan 1gram baru patuh syariah. Ini kerana 1 gram goldbar boleh dikeluarkan fizikalnya melalui akaun ini bagi menepati kefahaman kami pada masa tu supaya tidak ada unsur ribawi semasa dibuat pembelian.
Bila saya mula menyimpan emas, saya libatkan semua sekali isteri dan anak-anak saya. Kesemua mereka telah mempunyai akaun emas fizikal ini (GAP). Malah anak saya paling kecil yang kini berumur hampir 2 tahun, ketika mykid dia siap, saya terus buka akaun emas ini terus atas nama beliau.
Disebabkan ini, bajet untuk belian setiap bulan bagi semua akaun GAP saya, isteri dan anak-anak yang berjumlah 7 akaun semuanya. Jika 1 gram 1 akaun bajet untuk beli emas bulanan adalah mencecah RM1500 sebulan, memang tak mampu. Oleh itu akan ada beberapa akaun yang tidak dapat ditambah jumlah simpanan setiap bulan. Yang pasti akaun saya lah pilihan utama untuk dikorbankan.
Ketika saya menghadiri Seminar Emas dan Shariah pada 11 November 2017 yang lepas bertempat di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya, telah diisytiharkan bahawa GAP telah mendapat sijil Patuh Syariah pada 29 September lagi.
Berita ini sememangnya amat-amat dinanti-nantikan oleh semua pemegang GAP ini kerana begitu banyak suara-suara di luar yang mendakwa GAP Tidak Patuh Syariah. Malah, hari ini bukan sahaja belian ikut harga gram Patuh Syariah seperti yang saya fahami, malah belian RM100 pun sudah Patuh Syariah.
Dengan suasana ini saya sudah boleh senyum dan menarik nafas panjang. Yang pasti bermula bulan November 2017, 7 akaun saya sekeluarga akan dapat ditambah saetiap satu secara konsisten setiap bulan dengan belian RM100 sebulan. Apa yang saya perlu buat adalah membuat perancangan agar bajet untuk belian emas ini setiap bulan sebanyak RM700 sebulan dapat dilaksanakan.
Jom, simpan emas.
GAP memberi peluang kepada pelanggan yang tidak mempunyai bajet besar menyimpan emas |
Sijil Patuh Syariah fasa satu yang diperolehi oleh Public Gold di mana GAP masih dalam proses audit. |
Disebabkan ini, bajet untuk belian setiap bulan bagi semua akaun GAP saya, isteri dan anak-anak yang berjumlah 7 akaun semuanya. Jika 1 gram 1 akaun bajet untuk beli emas bulanan adalah mencecah RM1500 sebulan, memang tak mampu. Oleh itu akan ada beberapa akaun yang tidak dapat ditambah jumlah simpanan setiap bulan. Yang pasti akaun saya lah pilihan utama untuk dikorbankan.
Seminar Emas dan Shariah menampilkan 2 orang tokoh akademik muamalat yang amat berwibawa. |
Full House; Kehadiran pencinta emas yang amat-amat diluar jangkaan. |
Sijil Patuh Syariah bertarikh 29 September 2017 yang mengesahkan pembelian GAP (Emas) dan SAP (Perak) Patuh Syariah |
Dengan suasana ini saya sudah boleh senyum dan menarik nafas panjang. Yang pasti bermula bulan November 2017, 7 akaun saya sekeluarga akan dapat ditambah saetiap satu secara konsisten setiap bulan dengan belian RM100 sebulan. Apa yang saya perlu buat adalah membuat perancangan agar bajet untuk belian emas ini setiap bulan sebanyak RM700 sebulan dapat dilaksanakan.
Membeli dan menyimpan emas keluaran Public Gold sudah tiada keraguan, semuanya sudah disahkam Patuh Syariah. |
Jom, simpan emas.
Subscribe to:
Posts (Atom)