Wednesday, July 13, 2016

BARANG KEMAS TIDAK SESUAI SEBAGAI SIMPANAN

Budaya orang tua Kelantan dulu-dulu jika ada duit lebih dari hasil pendapatan, cepat-cepat ditukarkan kepada bentuk barang kemas. Setiap kali berlaku kelahiran, pasti ramai yang memilih untuk membeli barang kemas yang sesuai untuk anak-anak yang baru lahir ini, sejak kecil lagi dipakaikan barang kemas. Barang kemas yang dibeli ini bukan semata-mata menjadikannya sebagai barang kemas, tetapi dalam masa sama menjadikannya sebagai fix deposit.

Gambar hiasan
Pada hari ini, barang kemas semestinya sesuai untuk dijadikan barang perhiasan, tetapi amat tidak sesuai untuk dijadian simpanan, pelaburan mahupun sebagai modal beku perniagaan. Paling sesuai untuk tujuan tersebut adalah emas dalam bentuk goldbar, dinar dan syiling emas menggunakan emas tulin 999 @ 24K

Gambar hiasan

Barang kemas walaupun diperbuat dari emas tetapi ketulinannya sedikit kurang kerana dicampur dengan bahan-bahan lain bagi menguatkan dan mengelakkannya patah ataupun terhakis. Kebiasaannya barang kemas ini tahap ketulinannya adalah berkurangan kepada 916 @ 22K, malah ada sesetengah barang kemas kadar ketulinannya lebih rendah lagi.


Walaupun mutu dan ketulinannya lebih rendah dari emas fizikal 999, tetapi harganya lebih mahal, berbeza-beza mengikut kedai emas. Walaupun harga standard emas 916 lebih rendah dari harga emas 999, tetapi ada sesetengah kedai emas menjualnya lebih tinggi dari harga semasa. Di sinilah sebagai pengguna yang hendak membeli barang kemas perlu tahu dan menyemak harga semasa ini. Paling mudah taip di google "harga emas 916", akan keluar senarai harga untuk perbandingan.

Gambar hiasan

Itu baru harga, belumpun lagi di kira kos-kos lain, antaranya adalah kos upah (workmanship). Kos upah ini berbeza-beza dari satu kedai dengan kedai yang lain. Ianya juga bergantung kepada jenis barang kemas tersebut. Semakin sukar barang kemas tersebut dibuat, semakin mahal harga upahnya. Sepanjang pemerhatian saya, kos upah terendah adalah lebih kurang 15% dari harga emas, malah boleh menjangkau sehingga 40% dari harga emas. Ada juga kedai yang meletakkan harga jualan emas lebih murah tetapi menaikkan kos upah bagi meningkatkan keuntungan.

Gambar hiasan

Ini belum lagi di kira kos bagi bayaran GST sebanyak 6% yang dikenakan menambahkan lagi harga barang kemas ini. Walaupun tidak dinafikan emas fizikal pun dikenakan GST, sama seperti barang kemas, tetapi ada emas fizikal dari syarikat yang bebas GST, iaitu Public Gold. Sebab itulah harga emas fizikal Public Gold antara yang termurah jika dibandingkan dengan harga syarikat-syarikat lain. 

Harga perbandingan jenis emas di ar rahnu-ar rahnu terpilih

Barang kemas untuk tujuan pelaburan, simpanan dan modal beku perniagaan amat-amat tidak sesuai. Jika hendak digadai di mana-mana ar-rahnu, pasti jumlah yang diperolehi lebih sedikit jika dibandingkan dengan emas 999 kerana nilai marhumnya lebih rendah. Lihat sahaja harga perbandingan antara emas 999 (emas fizikal goldbar, dinar dan syiling emas) berbanding dengan emas 916 (standard barang kemas). Hasil perolehan dari gadaian barang kemas lebih sedikit dari emas 999 walaupun harga belian di kedai emas lebih tinggi.

Spread Emas Public Gold

Sebab itulah pergerakan untuk meraih keuntungan amat-amat perlahan dan mengambil masa yang agak lama berbanding dengan emas 999. Ini adalah disebabkan oleh harga belian lebih tinggi berbanding emas 999. Ditambah lagi dengan "spread" (susut nilai) barang kemas juga adalah tinggi iaitu sebanyak 25% dari harga semasa. Berbanding dengan emas fizikal 999, sebagai contoh keluaran Public Gold di mana kadar spread adalah di antara 5% hingga 8% sahaja. Dengan pergerakah harga emas terkini, membeli emas fizikal 999 dari Public Gold tahun lepas, hari ini saya sudah perolehi keuntungan jika menjualnya.

Jika membeli barang kemas pastikan ianya adalah untuk dijadikan barang kemas, tetapi jika hendak dijadikan simpanan, pelaburan mahupun modal beku perniagaan, pilihlah emas fizikal berketulinan 999.

No comments:

Post a Comment