Gambar hiasan |
Beberapa hari lepas berlaku pula kejutan di negara Itali, bukan pungutan suara untuk keluar dari Kesatuan Eropah tetapi berlaku apa yang dipanggil "Bank Runs". Apa yang saya faham fenomena ini berlaku bila pendeposit mengeluarkan simpanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan bank kehabisan aliran tunai. Bila ini berlaku semakin ramai yang akan mengeluarkan simpanan masing-masing dalam keadaan panik kerana sudah tidak percaya kepada institusi kewangan. Mereka takut akan kehilangan segala-galanya jika tidak mengeluarkan dalam kadar segera.
Pendeposit berebut-rebut mengeluarkan simpanan masing-masing |
Kita kena faham, Institusi Kewangan (Bank) tidak menyimpan duit yang kita simpan. Duit tersebut akan digunakan untuk menjana keuntungan kepada bank terbabit. Sebagai contoh bank memberi pinjaman kepada individu mahupun syarikat untuk menjana keuntungan. Bila berlaku fenomena "Bank Runs" seperti di Itali ini di mana pendeposit hilang kepercayaan kepada bank, mereka akan beramai-ramai mengeluarkan simpanan masing-masing dan akhirnya bank terbabit kehabisan wang tunai malah ada yang tidak mampu memenuhi kehendak pendeposit untuk mengeluarkan simpanan masing-masing.
No comments:
Post a Comment