Untuk Hari Raya tahun ini, sebagaimana kelaziman saya telahpun menukar sejumlah tertentu wang kepada bentuk yang kecil iaitu RM1 bagi duit raya kanak-kanak yang berkunjung ke rumah nanti. Walaupun pemberian duit raya ini bukanlah sesuatu yang wajib, tetapi dengan pemberian ini akan menceriakan dan menggembirakan kanak-kanak ini, apa salahnya. Pemberian tersebut pun atas kemampuan tanpa perlu berhutang samada sebelum dan selepas Hari Raya.
|
Goldbar 0.5 gram emas 999.9% @ 24K bebas GST keluaran Public Gold untuk edisi Hari Raya ini amat sesuai sebagai Duit Raya untuk insan-insan tersayang. |
Pada tahun ini juga, saya ada membuat sedikit kelainan. Untuk Isteri dan anak-anak duit raya saya ubah kepada bentuk emas. Public Gold pada tahun ini telah mengeluarkan goldbar edisi Hari Raya sebagai hadiah istemewa buat insan-insan tersayang.
|
Ini adalah Goldbar 1 gramemas 999.9% @ 24K bebas GST keluaran Public Gold untuk edisi Hari Raya ini telah dikeluarkan pada tahun lepas, dan hari ini telah menjadi buruan oleh penyimpan-penyimpan koleksi emas. |
Ternyata duit raya berbentuk emas ini telah menjadi alternatif baru sebagai hadiah duit raya kepada orang-orang tersayang. Beberapa hari lepas saya, dalam majlis berbuka puasa sebuah NGO, saya telah berbesar hati menyumbang sekeping goldbar edisi hari raya ini untuk dijadikan hadiah cabutan bertuah.
|
Pemenang cabutan bertuah berupa goldbar 05 gram edisi Hari Raya keluaran Public Gold yang disumbangkan oleh penulis. |
Sungguh tidak disangka apabila hadiah tersebut menjadi viral beberapa hari sebelum majlis berbuka puasa itu, saya dihujani pertanyaan melalui whats up untuk bagaimana dan berapa harga goldbar tersebut. Pada akhirnya saya hanya mampu memenuhi permintaan sebahagian sahaja permintaan dari ahli-ahli NGO tersebut untuk memilikinya memandangkan saya pun hanya memiliki stok yang amat-amat terhad. Pada hari kejadian sejumlah 21 keping goldbar edisi Hari Raya terjual. Turut terjual adalah 3 keping dinar pada malam tersebut.
|
Pelanggan ini merupakan usahawan pakain membeli sejumlah 5 keping goldbar edisi Hari Raya |
|
Pelanggan ini seorang penghafaz Al-Quran selain membeli 1 keping goldbar edisi Hari Raya, beliau juga membeli sekeping dinar |
|
Pelanggan ini masih dalam praktikal di Perbadanan Putrajaya, membeli 2 keping goldbar edisi Hari Raya untuk dihadiahkan kepada insan-insan tersayang |
|
Pelanggan termuda, masih belajar di Menara Gading, tidak melepaskan peluang membeli 2 keping goldbar ini. |
No comments:
Post a Comment