Tuesday, December 20, 2016

LABURKAN DALAM ILMU SEBELUM MELABUR EMAS

Sebelum mengambil keputusan untuk melabur dalam emas, pastikan anda sudah ada sedikit sebanyak ilmu berkaitan emas. Walaupun emas tidak pernah nilainya menjadi "kosong"  tetapi kesilapan-kesilapan kecil yang dibuat kerana ketiadaan ilmu boleh mengakibatkan emas yang dibeli walaupun sudah menjangkau 3,4 tahun lepas tidak dapat memberi keuntungan jika dijual hari ini, malah ada yang mengalami kerugian kerana harga jual tidak dapat menampung modal belian.

Gambar Hiasan
Setiap belian emas akan dikenakan "spread" jika dijual kembali. Spread emas berbeza-beza mengikut syarikat pengeluar. Malah perbezaan juga jika emas yang dibeli itu dalam katogeri barang kemas atau emas fizikal seperti Dinar, Goldbar, Syiling dan sebagainya. Malah ada syarikat yang hanya menjual emas sahaja tetapi tidak membuat pembelian semula, Ada pula syarikat yang menjual emas telah gulung tikar menyebabkan pembeli emas dari syarikat terbabit terasa tertipu kerana tidak dapat menjual balik emas.

Spread Emas Public Gold, antara yang terendah
Pembelian barang kemas sebagai simpanan dan pelaburan juga adalah kurang sesuai kerana barang kemas fungsi sebenarnya adalah untuk dijadikan barang perhiasan. Faktor harganya yang mahal kerana adanya kos upah dan GST menjadikan barang kemas amat-amat tidak berbaloi untuk dijadikan pelaburan.Semua karenah-karenah ini akan membangkitkan kekecewaan kepada pembeli dan akhirnya emas yang dipersalahkan.

Keratan Akhbar
Malah ada yang lebih malang lagi, emas yang dibeli adalah emas tipu, pada zahirnya emas tetapi kandungan dalamnya adalah bukan emas, hanyalah logam tungsten yang sukar dikesan kerana kandungan dan ketumpatannya adalah hampir sama dengan emas tulin. Bila terbeli emas ini, yang kononnya diperolehi dengan harga di bawah pasaran akan mengakibatkan kerugian buat selama-lamanya.
Antara skim emas yang menjerat pelabur

Dalam suasana ketiadaan ilmu juga memungkinkan risiko terjebak dengan skim-skim emas berleluasa yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Pelabur dijanjikan dengan keuntungan bulanan yang amat-amat menguntungkan, malah ada yang lebih berani dengan menjanjikan keuntungan harian. Akhir sekali duit yang dilaburkan lebur, manakala keuntungan yang dijanjikan entah ke mana.

Semua situasi ini berlaku kerana pembeli-pembeli dalam katogeri ini "agak malas" mencari ilmu atau bertindak beli dahulu, tanya kemudian. Situasi inilah yang menyumbang kepada timbulnya masalah-masalah yang saya sebutkan di atas di mana saya istilahkan sebagai "langgar dinding".

Keratan Akhbar

Bila berhadapan dengan situasi ini, yang dipersalahkan adalah emas, sedangkan pelabur terbabit lupa bahawa tindakan mereka membeli emas tanpa apa-apa pengetahuan lah yang menjadi penyebab kepada situasi ini berlaku. Sebelum saya mengambil keputusan membuat belian pertama dahulu, saya mulakan dengan mencari ilmu berkaitan dengan emas dahulu. Sekurang-kurangnya saya menilai 5 syarikat yang menjual emas fizikal sebelum mengambil keputusan memilih emas yang dikeluarkan oleh Syarikat Public Gold.

Keratan Akhbar
Untuk bakal-bakal pembeli atau pelabur emas, sebelum laburkan wang anda dalam emas atau apa-apa sahaja bentuk pelaburan, laburkan dahulu dalam ilmu. Anda tidak akan menyesal di masa akan datang. Bagi pelaburan dalam ilmu saya sarankan dan kongsikan di mana anda dapat mencari ilmu berkaitan emas ini.

1. Beli dan baca buku-buku berkaitan emas, kini banyak di pasaran.

Contoh buku yang baik untuk bahan bacaan
2. Layari laman-laman atau blog-blog berkaitan dengan emas. Sayapun ada blog yang boleh berbicara soal emas www.catatanibnuyusof.blogspot.my
Blog saya
3. Hadiri seminar-seminar berkaitan dengan emas, samada berbayar mahupun percuma. Di Public Gold misalnya, seminar emas percuma dibuat setiap bulan di cawangan-cawangannya seluruh Malaysia. Saya juga merupakan Local Speaker branch Kota Bharu.

Seminar Emas di mana saya adalah penceramahnya, diadakan setiap bulan
4. Carilah orang-orang yang berkelayakan dan mempunyai ilmu emas dan dapat membimbing sebelum mengambil keputusan membuat pelaburan emas.

Bersama sifu Mohd Zulkifli bin Syafie yang banyak membimbing saya

No comments:

Post a Comment