Sunday, June 18, 2017

MENYIMPAN EMAS: DI MANA UNTUNGNYA

Harga emas ada masa naik dan ada masa turun. Ada masa meroket. ada masa menjunam. Persoalannya sekarang, di mana untungnya menyimpan emas berbanding menyimpan wang di unit trust, bank dan lain-lain yang setiap hujung tahun menjanjikan keuntungan dalam bentuk bonus dan dividen.

Gambar hiasan: Dividen tahunan ASB dari 1990 - 2015

Bila seseorang membeli emas dari tarikh pembelian dia akan menanggung spread harga dan di hujung tahun tiada imbuhan dalam bentuk bonus atau dividen yang diperolehi. Tetapi kenapa ramai orang memilih untuk membeli dan menyimpan emas. Kenapa mereka masih membeli dan menyimpan emas. Di mana untungnya menyimpan emas.
Spread harga emas Public Gold
Dalam menjawab persoalan ini, kita perlu melihat kepada sejarah harga emas dari dulu hingga kini. Ianya sentiasa naik walaupun ada kalanya turun. Trend naik dan turun ini berlaku apabila tindakan Amareka Syarikat yang telah memutuskan hubungan antara wang fiat kepada emas dalam era tahun 70-an dulu.

30 tahun Harga Emas di Malaysia
Namun ianya masih belum menjawab persoalan di mana untungnya menyimpan emas. Saya akan menjawab persoalan ini sebagai seorang penyimpan emas yang aktif. Sebagai seorang penyimpan emas, keuntungan pertama yang saya perolehi adalah berjaya membendung kebocoran kewangan saya. Emas adalah "hard" aset berbanding simpanan dalam bentuk Ringgit Malaysia. Dengan menyimpan emas, tahap simpanan kecemasan saya semakin bertambah dari sebulan ke sebulan. Yang bermasalah dalam membuat simpanan kecemasan, saya sarankan berubahlah dari menyimpan dalam bentuk ringgit kepada emas.

Gambar hiasan

Faktor yang kedua pula adalah keuntungan emas adalah bila menjualnya dalam tempoh jangka panjang. Ini kerana harga emas walau ada naik dan ada turun tetapi kenaikan harga emas adalah perkara yang pasti dan kejatuhan harga emas tidak mungkin membawa ke angka kosong. Berbanding nilai ringgit yang semakin hari semakin jatuh nilainya, disamping terkesan dengan inflasi yang melanda. Saya mula membeli emas dalam bentuk dinar dan goldbar jenama Public Gold pada bulan Ogos 2015 di mana ketika itu harga 1 dinar adalah RM666 sekeping dan jika saya berhasrat menjualnya, saya sudah mendapat keuntungan.

Ini adalah koleksi 4 keping 1 dinar Public Gold yang saya beli pada Ogos 2015, masih tersimpan

Ini belum lagi dikira dengan emas sebagai pengekal nilai sejak zaman berzaman dan sehingga hari ini ia masih boleh diterima pakai. Contoh paling mudah adalah bila membuat perbandingan 1 dinar emas dengan seekor kambing. Bersandarkan kepada satu hadis, seekor kambing pada zaman Rasulullah SAW boleh dibeli dengan harga 1 dinar. Nilai satu dinar pada hari ini masih mampu untuk membeli seekor kambing.



Gambar hiasan
Sebab itu sata memilih emas sebagai salah satu instrumen simpanan saya sekeluarga.

No comments:

Post a Comment