Sunday, June 9, 2019

Salam Idul Fitri, Maaf Zahir dan Batin

Assalamualaikum Wr Wbrkth,

Saya dan keluarga dengan rendah diri mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri dan Memohon Ribuan Kemaafan di atas segala salah dan silap.

Semoga Ramadhan tahun ini telah melahirkan kita semua sebagai insan yang benar-benar bertaqwa kepada Allah. Ameen
 تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
كل عام وانت بخير

Ikhlas daripada;
Mohd Rafie bin Yusof dan
Wan Norma binti Wan Mohd Nasir serta anak-anak;
Muhammad Aniq Nuwairie
Nurul Aina Nabihah
Nurul Alya Najwa
Muhammad Atif Nusairie
Nurul Asma Nabilah

Wednesday, February 27, 2019

MENYIMPAN LAH SELAGI KITA MASIH ADA PENDAPATAN

Susah macam mana hari ini untuk menyimpan, paksalah diri anda supaya meyimpan juga. Lebih baik susah kerana menyimpan dari susah kelak kerana tiada simpanan. Seperti adanya payung, semasa cuaca elok, payung tidak berguna, tapi bila cuaca hujan, baru terasa perlunya ada payung.


Simpanlah walau 10 sen sehari sebagai permulaan secara konsisten, walaupun jumlahnya sedikit tetapi apa yang penting pada pengakhirannya ia akan menjadikan kita terbiasa menyimpan. Untuk langkah seterusnya, boleh lah ditingkatkan jumlah setiap kali buat simpanan kerana kita telah terbiasa.


Baru-baru ini, saya terbaca keratan akhbar di mana seorang bekas pemain bola kebangsaan hidup merempat, menjadikan keretanya sebagai rumah dan tandas awam sebagai tempat membersihkan diri. Lebih terkesan lagi bila dia sendiri menyatakan bahawa menyesal kerana tidak menyimpan walau semasa beliau di puncak prestasi sebagai pemain bola dulu, dia tidak menyimpan.


Beliau bukan satu-satunya yang mengalami nasib seperti itu malah menimpa beberapa orang pemain bola, artis dan lain-lain yang akhirnya pengakhiran hidup mereka penuh dengan penderitaan dan air mata.


Menyimpan lah selagi kita masih ada pendapatan.

Tuesday, January 1, 2019

Muhasabah Seorang Penyimpan

Tahun 2018 Masehi sudah melabuhkan tirainya dan hari ini adalah hari pertama tahun 2019 Masehi. Banyak suka duka yang kita tempohi sepanjang tahun 2018 dan hari ini kita tutup buku lepas untuk kita corakkan dalam buku baru sepanjang 12 bulan mendatang.
Pun begitu, walau tahun 2018 telah berlalu, pelbagai perkara perlu kita ambil iktibar dan pengajaran sepanjang tempoh setahun lepas. Yang baik perlu di tambah baikkan lagi, yang tidak baik di jadikan pengajaran dan sempadan. Semoga tahun 2019 kita lebih baik dari tahun sebelumnya.


Bagi seorang penyimpan, tak kira lah menyimpan dalam bentuk wang, emas atau apa sahaja, tahun 2018 perlu dibuat muhasabah samada simpanan berjaya dibuat sebagaimana perancangan, terbantut di tengah jalan ataupun simpanan dibuat tapi bocor di tengah jalan.



Sebagai contoh, untuk tahun 2018, mengikut perancangan simpanan yang perlu dibuat adalah paling minimum adalah sebanyak RM200.00 sebulan dan setelah 12 bulan berakhir berapa jumlah simpanan yang terkumpul dalam tempoh setahun tersebut. Jika RM200.00 sebulan bermula pada Januari, semestinya sebelum berakhir Disember simpanan yang berjaya dikumpul adalah sebanyak RM2,400.00, lebih atau berkurangan.


Atau bagi seorang penyimpan emas yang telah merancang bermula Januari untuk menyimpan minimum 1 gram emas setiap bulan pada akhir bulan Disember lepas sepatutnya simpanan emas sudah ada sekurang-kurangnya emas seberat 12 gram. Cukupkan berat 12 gram, lebih ataupun berkurang.



Jika jumlah akhirnya sama sebagaimana simpanan dibuat, anda seorang penyimpan yang baik. Jika simpanan melebihi dari yang sepatutnya, anda seorang penyimpan yang hebat kerana berjaya menyimpan melebihi dari target simpanan. Manakala jika simpanan berkurangan walaupun konsisten menyimpan setiap bulan sebagaimana yang dirancang ataupun gagal menyimpan dengan istiqamah, maka anda perlu menyimpan dalam bentuk lain pula.


Tahun 2019 yang baru bermula hari ini memerlukan anda memulakan simpanan dalam bentuk baru agar impian anda pada akhir tahun nanti simpanan anda berjaya mencapai jumlah sebagaimana yang dikehendaki. Yang menyimpan dalam bentuk wang dan selalu bocor simpanan atau tidak menjadi penyimpan yang konsisten, anda boleh cuba menyimpan dalam bentuk emas. Cuba setahun macam mana. Jika diteruskan menyimpan dalam bentuk wang, keputusan akhir tahun tetap akan sama seperti tahun lepas.


Jika selama setahun lepas anda menyimpan emas tetapi simpanan tidak pernah bertambah. Sebagai contoh, anda bermula Januari dengan 1 gram kerana matlamat adalah 1 gram sebulan tetapi pada Disember lepas simpanan emas anda tidak bertambah, hanya kekal 1 gram sahaja, samada emas tidak mampu menjadikan anda seorang penyimpan yang baik ataupun anda menyimpan tanpa ilmu yang betul.


Sekiranya anda tetapkan matlamat tahun ini untuk terus menyimpan dalam bentuk emas, maka menjadi keperluan pada anda untuk mendalami ilmu sebagai penyimpan emas yang betul, baru anda berada pada landasan yang betul. Jika tidak, anda perlu mencari cara menyimpan lain kerana jika anda tetap mahu menyimpan emas, anda akan menjadi penyimpan emas yang gagal pada tahun ini sebagaimana anda gagal pada tahun lepas.