Wednesday, June 21, 2017

GURU EMAS SAYA

Emas pada suatu ketika dahulu adalah sesuatu yang amat-amat janggal dengan saya. Dulu saya tidak berminat dengan emas. Tanggapan saya tentang emas ini adalah ianya untuk orang kaya dan berharta sahaja mampu memilikinya. Tapi itu dahulu, sekarang ianya sudah lain. Hanya dengan beberapa tahun, tanggapan saya berkaitan dengan emas telah terhakis. Saya yang dulunya tidak meminati emas tiba-tiba berubah 360 darjah. Semuanya gara-gara saya mencari alternatif menabung setelah ada sedikit lebihan duit.
Gambar hiasan
Bermula dari sini saya membaca artikel, mendapat khidmat MR GOOGLE dan sebagainya demi untuk memahami dan mendalami tentang emas. Sekurang-kurangnya saya mengkaji 4 buah syarikat emas yang dikenali ramai demi untuk mempastikan keputusan saya menyimpan dalam bentuk emas tidak silap.
Gambar Hiasan
Pun begitu, ilmu yang saya dapat amat-amat terhad, ianya hanya perkara-perkara asas sahaja, sedangkan saya memerlukan lebih lagi demi mempastikan pelaburan simpanan saya nanti tidak lebur. Maka di sini saya mesti mempunyai guru yang dapat membimbing dan menjawab persoalan-persoalan saya berkaitan emas. Bermula di sinilah saya mengambil keputusan untuk berhubung dengan  beberapa individu untuk saya mendapatkan ilmu, namun saya agak kecewa kerana individu yang saya hubungi tersebut tidak mampu memuaskan hati saya.

Buku Zero Hutang hasil tulisan Guru Emas saya
Hingga akhirnya, saya menghubungi saudara Mohd Zulkifli bin Shafie, seorang Dealer syarikat Public Gold yang dikenali ramai dengan buku tulisannya bertajuk ZERO HUTANG. Beliau juga merupakan junior saya di Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Falahiah dulu. Apa yang menarik, beliau berbeza dengan orang lain. Setelah menjawab beberapa soalan saya, beliau membuat satu kejutan bila enggan menjawab soalan saya yang seterusnya tetapi memberi link e-book yang ditulis oleh beliau untuk saya baca dan jika saya ada soalan selepas membaca e-book berkenaan baru dia akan menjawabnya.

Koleksi Dinar belian pertama saya
Pada mulanya saya agak kecewa, tetapi beberapa hari selepas itu saya buka e-book tersebut dan membaca perenggan demi perenggan, helai demi helai, tajuk demi tajuk dan pada akhirnya semua persoalan yang saya hendak tanya telah terjawab dengan membaca e-book tersebut. Saya tanpa ragu-ragu menghubungi beliau dan terus membuat pembelian pertama emas fizikal berupa 4 keping dinar dan sekeping goldbar 20 gram.

Sesi menuntut ilmu dengan guru emas saya
Pembelian pertama itu bukan pengakhirannya, kami sentiasa berhubung dan akhirnya saya mengambil keputusan mengikut jejak langkah dia menjadi seorang dealer Public Gold. Dengan bimbingan dia, saya telah sampai sejauh ini, Beliau merupakan guru emas pertama saya walaupun saya lebih tua dari beliau tetapi saya tidak malu untuk menjadikan beliau sebagai Guru Emas saya.

Bersama Guru Emas kepada Guru Emas saya, Encik Syukor Hashim
Bila berada dalam keluarga besar dealer Public Gold, saya mengenali beberapa orang lagi guru emas yang hebat antaranya adalah En Syukor Hashim. Beliau merupakan Guru Emas kepada Guru Emas saya, Perkenalan saya dengan beliau dan lain-lain guru emas lain seperti Mama Azizah Hassan memberi begitu banyak peluang kepada saya untuk berguru dengan mereka ini. Tanpa mereka semua, siapalah saya.

Bergambar bersama Dato' Louis, Mohd Zulkifli Shafie, Syukor Hashim dan Mama Azizah Hassan semasa mengikuti program Jutawan Emas Leadership Training (JLT) di Cameron Highlands 
Kini, saya telah menjadi Local Speaker Public Gold Kota Bharu hasil dari bimbingan mereka ini. Merekalah yang memberi semangat dan keyakinan kepada saya untuk menjadi salah seorang speaker dan merekalah yang telah meyakinkan pihak pengurusan Public Gold untuk menyenaraikan saya sebagai seorang speaker Public Gold. Terima kasih kepada guru emas saya.

Seminar terbaru saya pada Jumaat 30 Jun 2017 (6 Syawal 1438), 3.00 - 5.00 petang bertempat di Public Gold Kota Bharu, semua dijemput hadir

Tuesday, June 20, 2017

ZAKAT EMAS

Tahun ini merupakan tahun ke dua saya menunaikan kewajipan mengeluarkan zakat emas. Kewajipan ini hadir bila emas yang saya simpan telah cukup haul (genap 1 tahun Hijrah menyimpan) dan cukup nisab (cukup berat timbangan emas yang disimpan). Nisab zakat emas adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram). Berat yang membolehkan seseorang mengeluarkan zakat emas adalah emas yang disimpan selama setahun Hijrah dan tidak berkurang beratnya selama 1 tahun Hijrah. Kadar zakat emas yang dikenakan adalah sebanyak 2.5% dari nilai berat emas tersebut.


Dalil Wajib Zakat:

وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلاَ يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ
Maksudnya :
“Dan (ingatlah)orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya” (Surah At-Taubah : Ayat 34)


Dalam melaksanakan tanggungjawab berzakat ini, oleh kerana saya menetap di negeri Kelantan, maka saya merujuk kepada laman web Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di alamat www.e-maik.my . Pada awal dulu saya agak pening juga mencari bahagian zakat emas terutama untuk mengetahui berkaitan dengan nilai emas yang ditetapkan oleh MAIK


Dari sini saya memperolehi maklumat berkenaan dengan kadar nilaian emas bagi setiap gram. Mengikut laman web ini nilai semasa emas yang dikemaskini pada 20 Jun 2017 pada jam 9.23 pagi adalah RM181.52 untuk setiap gram sebagaimana di bawah

Untuk memudahkan lagi, saya akan buat sedikit pengiraan ringkas

Jumlah emas = 85 gram
Jumlah wajib dikeluarkan = 2.5%
Nilai harga emas 1 gram = RM181.52

85 gram darab RM181.52 = RM15,429.20

2.5 bahagi 100 = 0.025

RM15,429.20 darab 0.025 = RM385.73

Zakat emas yang wajib dikeluarkan untuk 85 gram emas adalah bersamaan dengan nilai RM385.73. Anda boleh membuat pengiraan sendiri mengikut jumlah emas dalam simpanan masing-masing. Selamat berzakat kepada semua. Berikanlah hak orang lain dari sebahagian rezeki yang dikurniakanNYA kepada kita. Semoga rezeki yang Allah kurniakan kepada kita bertambah-tambah lagi.

Aamieemm.

Monday, June 19, 2017

MUDAHNYA MENYIMPAN EMAS; 1 GRAM 1 BULAN

Bila nak mula menyimpan emas fizikal, jangan fikir untuk terus beli emas dalam jumlah yang besar. Lihat dulu bajet yang ada. Ramai yang gagal memulakan simpanan emas kerana beranggapan memerlukan kewangan yang besar bagi memulakan menyimpan emas.


Pengalaman saya sendiri ketika ingin memulakan langkah pertama menyimpan emas adalah seperti seperti ini. Saya tidak mempunyai maklumat langsung berkaitan dengan teknik menyimpan emas bagi orang yang berpendapatan tidak tinggi seperti saya. Rata-rata ejen-ejen emas pada ketika itu lebih suka menceritakan tentang simpanan emas dalam kuantiti yang besar, paling kecil adalah satu Dinar. Akhirnya saya terus tutup pintu untuk menyimpan emas kerana beranggapan orang kaya dan berduit sahaja yang mampu menyimpan dan memiliki emas.

Gambar hiasan
Sehinggalah saya dan isteri memiliki lebihan duit dari pinjaman membina rumah impian kami sekeluarga. Di situlah minat saya untuk menyimpan emas kembali. Pada masa itu saya merancang untuk menjadikan simpanan emas sebagai cabang ke tiga dari simpanan-simpanan untuk masa depan sekeluarga. Sebelum ini saya dan isteri telah membuat simpanan dalam Tabung Haji dan Public Mutual untuk dilaburkan.

Gambar hiasan

Akhirnya, dengan bantuan junior saya di sekolah dahulu dan kini merupakan guru emas saya, MD Mohd Zulkifli bin Shafie, saya memulakan langkah pertama membeli emas fizikal sebagai simpanan dari Public Gold berupa 4 keping 1 Dinar dan sekeping Goldbar 20 gram pada bulan Ogos 2015. Bermula dari sinilah, belian saya bertambah pada setiap bulan. Pada bulan November tahun yang sama, saya telah mengambil keputusan dengan menjadi Dealer Public Gold. Kini saya juga adalah pendidik emas dan juga merupakan Local Speaker Public Gold untuk cawangan Kota Bharu.

Kunjungan MD Zulkifli Shafie ke rumah saya, mencurahkan ilmu emas
Bila saya bermula sebagai penyimpan emas, baru saya tahu rupanya emas ini boleh dibeli sedikit demi sedikit, yakni 1 gram setiap belian. Ianya adalah amat-amat sesuai dengan saya yang berpendapatan tidak tinggi ini. Kini, setiap kali gaji masuk, saya akan pastikan sekurang-kurangnya 1 gram saya beli untuk dijadikan simpanan dan aset saya. Kadang-kadang saya fikir, alangkah baiknya jika saya tahu kaedah belian seperti ini, tetapi itu semua adalah ketentuanNYA. Teringat pepatah Inggeris "Batter Late Then Never".

Mulakan SEKARANG
Untuk yang berkeinginan menjadi penyimpan emas, mulakan langkah tersebut segera, usah bertangguh-tangguh, masa itu emas. Jangan tunggu duit banyak untuk beli dalam kuantiti banyak seperti saya. 1 gram permulaan lebih baik dari bertangguh kerana mengumpul duit. Sedikit pengiraan ringkas jika belian emas 1 gram 1 bulan

1 tahun    = 12 gram
2 tahun    = 24 gram
5 tahun    = 60 gram
10 tahun  = 120 gram

Pilihan di tangan anda.


Sunday, June 18, 2017

MENYIMPAN EMAS: DI MANA UNTUNGNYA

Harga emas ada masa naik dan ada masa turun. Ada masa meroket. ada masa menjunam. Persoalannya sekarang, di mana untungnya menyimpan emas berbanding menyimpan wang di unit trust, bank dan lain-lain yang setiap hujung tahun menjanjikan keuntungan dalam bentuk bonus dan dividen.

Gambar hiasan: Dividen tahunan ASB dari 1990 - 2015

Bila seseorang membeli emas dari tarikh pembelian dia akan menanggung spread harga dan di hujung tahun tiada imbuhan dalam bentuk bonus atau dividen yang diperolehi. Tetapi kenapa ramai orang memilih untuk membeli dan menyimpan emas. Kenapa mereka masih membeli dan menyimpan emas. Di mana untungnya menyimpan emas.
Spread harga emas Public Gold
Dalam menjawab persoalan ini, kita perlu melihat kepada sejarah harga emas dari dulu hingga kini. Ianya sentiasa naik walaupun ada kalanya turun. Trend naik dan turun ini berlaku apabila tindakan Amareka Syarikat yang telah memutuskan hubungan antara wang fiat kepada emas dalam era tahun 70-an dulu.

30 tahun Harga Emas di Malaysia
Namun ianya masih belum menjawab persoalan di mana untungnya menyimpan emas. Saya akan menjawab persoalan ini sebagai seorang penyimpan emas yang aktif. Sebagai seorang penyimpan emas, keuntungan pertama yang saya perolehi adalah berjaya membendung kebocoran kewangan saya. Emas adalah "hard" aset berbanding simpanan dalam bentuk Ringgit Malaysia. Dengan menyimpan emas, tahap simpanan kecemasan saya semakin bertambah dari sebulan ke sebulan. Yang bermasalah dalam membuat simpanan kecemasan, saya sarankan berubahlah dari menyimpan dalam bentuk ringgit kepada emas.

Gambar hiasan

Faktor yang kedua pula adalah keuntungan emas adalah bila menjualnya dalam tempoh jangka panjang. Ini kerana harga emas walau ada naik dan ada turun tetapi kenaikan harga emas adalah perkara yang pasti dan kejatuhan harga emas tidak mungkin membawa ke angka kosong. Berbanding nilai ringgit yang semakin hari semakin jatuh nilainya, disamping terkesan dengan inflasi yang melanda. Saya mula membeli emas dalam bentuk dinar dan goldbar jenama Public Gold pada bulan Ogos 2015 di mana ketika itu harga 1 dinar adalah RM666 sekeping dan jika saya berhasrat menjualnya, saya sudah mendapat keuntungan.

Ini adalah koleksi 4 keping 1 dinar Public Gold yang saya beli pada Ogos 2015, masih tersimpan

Ini belum lagi dikira dengan emas sebagai pengekal nilai sejak zaman berzaman dan sehingga hari ini ia masih boleh diterima pakai. Contoh paling mudah adalah bila membuat perbandingan 1 dinar emas dengan seekor kambing. Bersandarkan kepada satu hadis, seekor kambing pada zaman Rasulullah SAW boleh dibeli dengan harga 1 dinar. Nilai satu dinar pada hari ini masih mampu untuk membeli seekor kambing.



Gambar hiasan
Sebab itu sata memilih emas sebagai salah satu instrumen simpanan saya sekeluarga.