Wednesday, December 6, 2017

BILA HARGA EMAS TURUN

Hari ini harga emas dunia masih menurun harganya. Harga yang dicatat pada belian melalui akaun emas fizikal (GAP) Public Gold adalah RM182, turun RM2 dari kelmarin. Untuk rekod dari bulan Januari 2017 hingga November 2017 harga GAP Public Gold paling rendah adalah RM179 dan harga tertinggi dicatat adalah RM198.
Harga GAP hari ini (6 Disember 2017)
Bila situasi harga menurun, ada kedengaran suara-suara penyimpan emas dalam berhadapan dengan suasana harga emas jatuh ini. Situasi pertama penyimpan emas adalah cemas, takut, kecewa malah ada yang merasa rugi membeli emas. Manakala situasi yang kedua pula adalah sebaliknya.Mereka gembira dan teruja dengan kejatuhan harga emas ini.
Graf Harga emas di Malaysia dalam masa 30 hari
Saya teringat sifu-sifu emas pernah berkongsi cerita bila harga emas jatuh pada tahun 2013 dulu. Ramai penyimpan emas jadi panik. Ramai yang ambil tindakan drastik menjual semua aset emas yang mereka miliki kerana takut rugi, mereka jadi gelabah. Sedangkan menjual semasa harga jatuh itulah sebenarnya menjadikan mereka rugi.

Pada masa inilah, lahirnya bermacam-macam skim emas yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda. Dapat hibah setiap bulan sedangkan pelaburan emas sebenar tiada keuntungan hibah kecuali emas tersebut dijual baru keuntungan diraih. Sebahagian dari skim emas ini sudah tiada, hilang bersama jutaan ringgit modal pelabur-pelaburnya tanpa dapat dikesan. Ramai dari kalangan pelabur skim scam ini asalnya adalah penyimpan emas, tetapi bila harga emas jatuh, mereka beralih kepada pelaburan scam ini.

Pun begitu ramai dari kalangan pembeli yang bersikap bertentangan dengan situasi pertama. Bila harga emas jatuh, mereka ini sangat gembira dan teruja. Masa inilah mereka menambah pembelian melebihi kebiasaan kerana mengambil peluang harga rendah. Bagi mereka harga rendah ini adalah sebagai bonus.
Jika anda berada pada penyimpan emas situasi pertama, sebenarnya anda melihat emas hanya sebagai "BUY LOW SELL HIGH" sahaja dan saya cadangkan anda supaya laburkan sedikit masa dan kewangan untuk mendapatkan ilmu emas samada melalui blog-log, buku-buku mahupun hadiri kelas atau seminar emas. Jika di Public Gold, seminar emas ini dibuat secara percuma sahaja.
Kepada anda sebagai penyimpan emas yang berada berada dalam situasi kedua, syabas dan tahniah saya ucapkan kerana anda adalah seorang penyimpan emas yang berada pada landasan yang betul. Anda tidak peduli harga naik atau turun, fokus anda adalah jumlah simpanan emas anda sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

Sunday, December 3, 2017

Iktibar Arsenal vs Manchester United

Awal pagi tadi, tergerak untuk menonton secara live perlawanan Liga Perdana Inggeris yang menemukan Arsenal selaku tuan rumah menerima kunjungan Manchester United. Tahun ni seperti beberapa tahun lepas saya jarang sangat tonton Liga Perdana Inggeris walaupun saya peminat kelab Manchester United sejak di bangku sekolah lagi.


Ketika saya mula menonton, sudah beberapa minit sepak mula berlangsung dan Manchester United sudah mendahui dengan satu gol. Tak sampai 5 minit menonton, gol kedua hadir menjadikan kedudukan semasa dua kosong.

Selepas itu, aksi atas padang sudah jadi berat sebelah, Arsenal mendominasi dan beberapa kali nyaris menjaringkan beberapa gol tetapi nasib tidak menyebelahi kerana ketangkasan penjaga gol Manchester United,  David De Gea.


Tamat separuh masa pertama saya tutup TV lalu masuk tidur dan hanya mengetahui keputusan penuh perlawanan awal pagi tadi, Manchester United 3 - 0 Arsenal. Rata-rata kawan-kawan peminat Manchester United memuji-muji kelibat David De Gea yang menjadi pemain utama yang memberi kemenangan kepada pasukannya.Tidak hairanlah penjaga gawang tersebut dinobatkan sebagai "man of the match".


Dalam pengurusan kewangan, permainan bola sepak ada banyak persamaan. Walau memperolehi banyak jaringan tetapi jika bolos lagi banyak, pasukan tetap akan kalah. Dalam kewangan pun sama. Walau pendapatan sebanyak mana pun, tetapi jika perbelanjaan melebihi pendapatan tersebut, kewangan kita akan mengalami defisit, kita tidak pandai menguruskan kewangan sebenarnya.



Bila perbelanjaan melebihi pendapatan, maka di sinilah bermulanya tragedi kewangan. Pilihan yang ada adalah berhutang. Samada dengan ibu bapa, kawan-kawan, adik beradik, sanak saudara, malah akan membuat personal loan atau memohon kad kredit. Ini adalah hanya penyelesaian sementara. hutang perlu dilangsaikan. Ianya hanya ibarat gali lubang, timbus lubang. Masalah tidak selesai, malah akan akan jadi lebih teruk lagi.


Dalam permainan bola sepak, kekuatan dan kemantapan pemain pertahanan perlu bagi membendung asakan pihak lawan. Manakala dalam aspek kewangan boleh diibaratkan sebagai tabung simpanan bagi menghadapi saat-saat yang tidak dapat dijangka di mana pada masa tersebut kita terdesak memerlukan jumlah kewangan bagi menghadapinya. Bila ada tabungan kecemasan, kita mampu menghadapi kesulitan buat sementara waktu sebelum mencari jalan menyelesaikan masalah tersebut. Buatlah tabung kecemasan sekurang-kurangnya menyamai tiga bulan gaji, lagi banyak lagi baik.


Bila pertahanan dapat ditembusi, maka benteng terakhir adalah penjaga gol. Mana-mana pasukan akan menurunkan penjaga gol terbaik mereka bagi mempastikan gawang dibolosi lawan. Maka dalam kewangan saya umpamakannya dengan pemilikan aset. Lagi banyak aset yang ada lagi terjamin kewangan seseorang.


Untuk memiliki aset seperti rumah, tanah, lot gudang dan seumpamanya, memerlukan perbelanjaan yang besar kerana harganya yang mahal dan tidak semua mampu memilikinya. Namun begitu, aset yang paling murah dan dapat dikumpul melalui pembelian sedikit demi sedikit adalah emas. Semua orang sepatutnya dapat membeli aset ini. Di Public Gold emas dapat dibeli serendah RM100 setiap kali belian dan boleh dikumpul sedikit demi sedikit sehingga menjadi berat berkilo-kilo. Dan yang paling penting, ianya Patuh Syariah.


Azizi Ali Mentor Wang dalam bukunya "Masa Untuk Emas" telah menyarankan agar setiap dari kita mempunyai simpanan emas sebanyak 10% dari nilai aset masing-masing. Saya telah telah mulakan langkah menyimpan emas dua tahun lepas, anda bila lagi.

Jom, simpan emas

Monday, November 20, 2017

Bila GAP Sudah Disahkan Secara Rasmi Patuh Syariah

Sebelum GAP (lebih dikenali sebagai Akaun Emas Fizikal Public Gold) mendapat Sijil Patuh Syariah dari Amanie Advisors, pandangan saya dan beberapa sahabat yang belajar bidang syariah belian GAP wajib cukupkan 1gram baru patuh syariah. Ini kerana 1 gram goldbar boleh dikeluarkan fizikalnya melalui akaun ini bagi menepati kefahaman kami pada masa tu supaya tidak ada unsur ribawi semasa dibuat pembelian.

GAP memberi peluang kepada pelanggan yang tidak mempunyai bajet besar menyimpan emas
Bila saya mula menyimpan emas, saya libatkan semua sekali isteri dan anak-anak saya. Kesemua mereka telah mempunyai akaun emas fizikal ini (GAP). Malah anak saya paling kecil yang kini berumur hampir 2 tahun, ketika mykid dia siap, saya terus buka akaun emas ini terus atas nama beliau.

Sijil Patuh Syariah fasa satu yang diperolehi oleh Public Gold di mana GAP masih dalam proses audit.

Disebabkan ini, bajet untuk belian setiap bulan bagi semua akaun GAP saya, isteri dan anak-anak yang berjumlah 7 akaun semuanya. Jika 1 gram 1 akaun bajet untuk beli emas bulanan adalah mencecah RM1500 sebulan, memang tak mampu. Oleh itu akan ada beberapa akaun yang tidak dapat ditambah jumlah simpanan setiap bulan. Yang pasti akaun saya lah pilihan utama untuk dikorbankan.


Seminar Emas dan Shariah menampilkan 2 orang tokoh akademik muamalat yang amat berwibawa.
Ketika saya menghadiri Seminar Emas dan Shariah pada 11 November 2017 yang lepas bertempat di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya, telah diisytiharkan bahawa GAP telah mendapat sijil Patuh Syariah pada 29 September lagi.

Full House; Kehadiran pencinta emas yang amat-amat diluar jangkaan.
Berita ini sememangnya amat-amat dinanti-nantikan oleh semua pemegang GAP ini kerana begitu banyak suara-suara di luar yang mendakwa GAP Tidak Patuh Syariah. Malah, hari ini bukan sahaja belian ikut harga gram Patuh Syariah seperti yang saya fahami, malah belian RM100 pun sudah Patuh Syariah.
Sijil Patuh Syariah bertarikh 29 September 2017 yang mengesahkan pembelian GAP (Emas) dan SAP (Perak) Patuh Syariah

Dengan suasana ini saya sudah boleh senyum dan menarik nafas panjang. Yang pasti bermula bulan November 2017, 7 akaun saya sekeluarga akan dapat ditambah saetiap satu secara konsisten setiap bulan dengan belian RM100 sebulan. Apa yang saya perlu buat adalah membuat perancangan agar bajet untuk belian emas ini setiap bulan sebanyak RM700 sebulan dapat dilaksanakan.

Membeli dan menyimpan emas keluaran Public Gold sudah tiada keraguan, semuanya sudah disahkam Patuh Syariah.

Jom, simpan emas.

Tuesday, September 19, 2017

10 Tahun Public Gold Dipersada Negara

Pejam celik, pejam celik, sudah hampir 10 tahun Public Gold di persada negara. Kini syarikat ini bukan sahaja beroperasi di seluruh negara melalui cawangan-cawangan di seluruh negeri tetapi telah memasuki pasaran Singapura dan Jakarta dan dalam masa terdekat akan terus mengembangkan sayapnya ke beberapa buah negara lain.

Logo sempena 10 tahun Public Gold

Hari ini produk keluarannya yang terdiri dari emas dan peraknya diterima ramai. Pelanggannya telah melebihi 100 ribu orang dan sentiasa berkembang dari masa ke semasa.

Malah emas dan perak keluarannya mendapat sijil ketulinan dari London Bullion Market Association (LBMA) yang melayakkan keluaran emas dan perak syarikat ini dikecualikan dari dikenakan GST 6%. Sebab tu harga emas dan perak yang ditawarkan syarikat ini antara yang termurah di pasaran.
 
Public Gold adalah syarikat emas yang antara terbaik di negara Malaysia
Dalam 10 tahun ini, banyak syarikat lain yang bersilih ganti ditubuhkan, malah ada yang sudah gulung tikar, ada syarikat yang masuk senarai watchlist/blacklist Bank Negara Malaysia. Ada syarikat yang asalnya hanya untuk jual beli emas, akhirnya menjadi scam emas dan macam-macam lagi.

Pernah awal-awal dulu Public Gold masuk senarai watchlist Bank Negara Malaysia,  tetapi dengan pantas pihak pengurusan Public Gold mengadap Bank Negara Malaysia, akhirnya nama Public Gold terus bersih. Goldbar dan dinarnya walau belum dijual di Brunei tetapi ar-rahnu di sana menerimanya untuk dipajak.
 
Gambar  Sejarah: Dato' Louis bersama En Syukor di hadapan bangunan Bank Negara Malaysia
Selepas nama Public Gold tersenarai dalam Alert List BNM tahun 2012, dalam masa 24 jam pihak Publi Gold terus datang berjumpa dengan BNM berikan penjelasan.

Selepas BNM buat semakkan, nama Public Gold terus dikeluarkan dari Alert List dalam tempoh 1 bulan. Public Gold satu-satunya syarikat emas yang telah lalui proses semakan oleh BNM dan disahkan tidak terlibat sebarang aktiviti menyalahi undang-undang berkaitan pelaburan.

Public Gold adalah satu-satunya syarikat yang mempunyai panel syariah dan telah melalui proses audit di mana sebahagian besar produknya telah mendapat sijil patuh syariah, manakala sebahagian lagi dalam proses. Secara tidak rasmi berita gembira akan diumumkan tidak lama lagi setelah audit telah selesai keseluruhannya.
 
Hari ini 8 Februari 2017, bertempat di HQ Public Gold, sejarah tercipta di mana diadakan Press conference dan Majlis Penyerahan Sijil Patuh Syariah daripada Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, CEO Amanie Consulting kepada pengasas Public Gold, Dato' Wira Louis Ng.
Public Gold bukan hanya menjual dan membeli emas  sahaja, malah melalui anak syarikatnya Koperasi Dagang Emas (KDE) berfungsi sebagai ar-rahnu dan menerima emas bukan sahaja dari keluaran syarikatnya, malah keluaran mana-mana syarikat pun diterima di KDE untuk digadai, asal ianya emas.
 
Ar-Rahnu KDE menawarkan pajakan emas antara yang tertinggi nilai marhunnya
Melalui Public Safe yang beroperasi di Pulau Pinang, ia menawarkan safebox deposit kepada umum untuk menyimpan barang-barang berharga. Di situ juga emas-emas milik pelanggan Public Gold yang membeli melalui GAP disimpan. Emas dan barang berharga yang disimpan disini telah diinsurankan bagi mempastikan jika berlaku perkara yang tidak diingini, pelanggannya tetap mendapat pembelaan.


Public Safe: Pilihan ramai untuk menyimpan barang-barang berharga dalam safe box deposit

Hari ini Public Gold teruk mengorak langkah dan tidak menoleh ke belakang lagi dengan dua cabang perniagaan lagi iaitu platform jual beli online menggunakan emas iaitu PGMALL dan barang kemas standard dunia Aurora Italia.

PG Mall membuka ruang kepada penjual untuk menjadi penjual menggunakan platform PG Mall ini, di mana pelangganya kini sudah melebihi 100 ribu orang. Setakat ini pendaftaran sebagai penjual di platform ini masih dibuka secara percuma. Untuk mendaftar boleh melalui laman web www.pgmall.my
 
Jom jadi penjual atau pembeli dalam platform jual belia dalam talian menggunakan emas sebagai transaksi
Aurora Itali pula ialah koleksi barang kemas perhiasan wanita terdiri daripada gelang tangan, rantai tangan dan juga pelbagai buah-buah penyeri yang di panggil Charms. Tarikan utama  AURORA SERIES ialah pelbagai jenis charms dengan buatan yang sangat cantik dan halus. Harga setiap Charms berbeza mengikut rekaan. 
 
Barang kemas aurora dengan ketulinan 750 adalah mengikut piawaian dunia, lebih kukuh dan tahan lasak
Boleh rujuk laman web www.auroraitalia.net untuk melihat design dan harga dipaparkan terus. Pendek kata, dalam 10 tahun ini Public Gold terus berkembang dan ianya terus terkedepan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua.

Ini diitambah lagi dengan Dealer-dealer yang menjadi tulang belakang syarikat ini amat komited untuk memberi tunjuk ajar untuk seluruh masyarakat umum menyimpan emas dan perak. 
 
Saya bersama Dato' Wira Louis, En Shukor, Puan Azizah dan En Zulkifli. Mereka bertiga adalah top dealer Public Gold
Terlalu banyak lagi yang boleh dicoret di sini, antaranya Musium Emas yang menempatkan jongkong emas seberat 50KG dan jongkong perak 30KG antara yang menarik ramai orang untuk melihat dengan mata sendiri.

 
Pengalaman memegang jongkong emas 50KG dan jongkong perak 30KG amat-amat mengujakan

Wednesday, June 21, 2017

GURU EMAS SAYA

Emas pada suatu ketika dahulu adalah sesuatu yang amat-amat janggal dengan saya. Dulu saya tidak berminat dengan emas. Tanggapan saya tentang emas ini adalah ianya untuk orang kaya dan berharta sahaja mampu memilikinya. Tapi itu dahulu, sekarang ianya sudah lain. Hanya dengan beberapa tahun, tanggapan saya berkaitan dengan emas telah terhakis. Saya yang dulunya tidak meminati emas tiba-tiba berubah 360 darjah. Semuanya gara-gara saya mencari alternatif menabung setelah ada sedikit lebihan duit.
Gambar hiasan
Bermula dari sini saya membaca artikel, mendapat khidmat MR GOOGLE dan sebagainya demi untuk memahami dan mendalami tentang emas. Sekurang-kurangnya saya mengkaji 4 buah syarikat emas yang dikenali ramai demi untuk mempastikan keputusan saya menyimpan dalam bentuk emas tidak silap.
Gambar Hiasan
Pun begitu, ilmu yang saya dapat amat-amat terhad, ianya hanya perkara-perkara asas sahaja, sedangkan saya memerlukan lebih lagi demi mempastikan pelaburan simpanan saya nanti tidak lebur. Maka di sini saya mesti mempunyai guru yang dapat membimbing dan menjawab persoalan-persoalan saya berkaitan emas. Bermula di sinilah saya mengambil keputusan untuk berhubung dengan  beberapa individu untuk saya mendapatkan ilmu, namun saya agak kecewa kerana individu yang saya hubungi tersebut tidak mampu memuaskan hati saya.

Buku Zero Hutang hasil tulisan Guru Emas saya
Hingga akhirnya, saya menghubungi saudara Mohd Zulkifli bin Shafie, seorang Dealer syarikat Public Gold yang dikenali ramai dengan buku tulisannya bertajuk ZERO HUTANG. Beliau juga merupakan junior saya di Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Falahiah dulu. Apa yang menarik, beliau berbeza dengan orang lain. Setelah menjawab beberapa soalan saya, beliau membuat satu kejutan bila enggan menjawab soalan saya yang seterusnya tetapi memberi link e-book yang ditulis oleh beliau untuk saya baca dan jika saya ada soalan selepas membaca e-book berkenaan baru dia akan menjawabnya.

Koleksi Dinar belian pertama saya
Pada mulanya saya agak kecewa, tetapi beberapa hari selepas itu saya buka e-book tersebut dan membaca perenggan demi perenggan, helai demi helai, tajuk demi tajuk dan pada akhirnya semua persoalan yang saya hendak tanya telah terjawab dengan membaca e-book tersebut. Saya tanpa ragu-ragu menghubungi beliau dan terus membuat pembelian pertama emas fizikal berupa 4 keping dinar dan sekeping goldbar 20 gram.

Sesi menuntut ilmu dengan guru emas saya
Pembelian pertama itu bukan pengakhirannya, kami sentiasa berhubung dan akhirnya saya mengambil keputusan mengikut jejak langkah dia menjadi seorang dealer Public Gold. Dengan bimbingan dia, saya telah sampai sejauh ini, Beliau merupakan guru emas pertama saya walaupun saya lebih tua dari beliau tetapi saya tidak malu untuk menjadikan beliau sebagai Guru Emas saya.

Bersama Guru Emas kepada Guru Emas saya, Encik Syukor Hashim
Bila berada dalam keluarga besar dealer Public Gold, saya mengenali beberapa orang lagi guru emas yang hebat antaranya adalah En Syukor Hashim. Beliau merupakan Guru Emas kepada Guru Emas saya, Perkenalan saya dengan beliau dan lain-lain guru emas lain seperti Mama Azizah Hassan memberi begitu banyak peluang kepada saya untuk berguru dengan mereka ini. Tanpa mereka semua, siapalah saya.

Bergambar bersama Dato' Louis, Mohd Zulkifli Shafie, Syukor Hashim dan Mama Azizah Hassan semasa mengikuti program Jutawan Emas Leadership Training (JLT) di Cameron Highlands 
Kini, saya telah menjadi Local Speaker Public Gold Kota Bharu hasil dari bimbingan mereka ini. Merekalah yang memberi semangat dan keyakinan kepada saya untuk menjadi salah seorang speaker dan merekalah yang telah meyakinkan pihak pengurusan Public Gold untuk menyenaraikan saya sebagai seorang speaker Public Gold. Terima kasih kepada guru emas saya.

Seminar terbaru saya pada Jumaat 30 Jun 2017 (6 Syawal 1438), 3.00 - 5.00 petang bertempat di Public Gold Kota Bharu, semua dijemput hadir

Tuesday, June 20, 2017

ZAKAT EMAS

Tahun ini merupakan tahun ke dua saya menunaikan kewajipan mengeluarkan zakat emas. Kewajipan ini hadir bila emas yang saya simpan telah cukup haul (genap 1 tahun Hijrah menyimpan) dan cukup nisab (cukup berat timbangan emas yang disimpan). Nisab zakat emas adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram). Berat yang membolehkan seseorang mengeluarkan zakat emas adalah emas yang disimpan selama setahun Hijrah dan tidak berkurang beratnya selama 1 tahun Hijrah. Kadar zakat emas yang dikenakan adalah sebanyak 2.5% dari nilai berat emas tersebut.


Dalil Wajib Zakat:

وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلاَ يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ
Maksudnya :
“Dan (ingatlah)orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya” (Surah At-Taubah : Ayat 34)


Dalam melaksanakan tanggungjawab berzakat ini, oleh kerana saya menetap di negeri Kelantan, maka saya merujuk kepada laman web Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di alamat www.e-maik.my . Pada awal dulu saya agak pening juga mencari bahagian zakat emas terutama untuk mengetahui berkaitan dengan nilai emas yang ditetapkan oleh MAIK


Dari sini saya memperolehi maklumat berkenaan dengan kadar nilaian emas bagi setiap gram. Mengikut laman web ini nilai semasa emas yang dikemaskini pada 20 Jun 2017 pada jam 9.23 pagi adalah RM181.52 untuk setiap gram sebagaimana di bawah

Untuk memudahkan lagi, saya akan buat sedikit pengiraan ringkas

Jumlah emas = 85 gram
Jumlah wajib dikeluarkan = 2.5%
Nilai harga emas 1 gram = RM181.52

85 gram darab RM181.52 = RM15,429.20

2.5 bahagi 100 = 0.025

RM15,429.20 darab 0.025 = RM385.73

Zakat emas yang wajib dikeluarkan untuk 85 gram emas adalah bersamaan dengan nilai RM385.73. Anda boleh membuat pengiraan sendiri mengikut jumlah emas dalam simpanan masing-masing. Selamat berzakat kepada semua. Berikanlah hak orang lain dari sebahagian rezeki yang dikurniakanNYA kepada kita. Semoga rezeki yang Allah kurniakan kepada kita bertambah-tambah lagi.

Aamieemm.

Monday, June 19, 2017

MUDAHNYA MENYIMPAN EMAS; 1 GRAM 1 BULAN

Bila nak mula menyimpan emas fizikal, jangan fikir untuk terus beli emas dalam jumlah yang besar. Lihat dulu bajet yang ada. Ramai yang gagal memulakan simpanan emas kerana beranggapan memerlukan kewangan yang besar bagi memulakan menyimpan emas.


Pengalaman saya sendiri ketika ingin memulakan langkah pertama menyimpan emas adalah seperti seperti ini. Saya tidak mempunyai maklumat langsung berkaitan dengan teknik menyimpan emas bagi orang yang berpendapatan tidak tinggi seperti saya. Rata-rata ejen-ejen emas pada ketika itu lebih suka menceritakan tentang simpanan emas dalam kuantiti yang besar, paling kecil adalah satu Dinar. Akhirnya saya terus tutup pintu untuk menyimpan emas kerana beranggapan orang kaya dan berduit sahaja yang mampu menyimpan dan memiliki emas.

Gambar hiasan
Sehinggalah saya dan isteri memiliki lebihan duit dari pinjaman membina rumah impian kami sekeluarga. Di situlah minat saya untuk menyimpan emas kembali. Pada masa itu saya merancang untuk menjadikan simpanan emas sebagai cabang ke tiga dari simpanan-simpanan untuk masa depan sekeluarga. Sebelum ini saya dan isteri telah membuat simpanan dalam Tabung Haji dan Public Mutual untuk dilaburkan.

Gambar hiasan

Akhirnya, dengan bantuan junior saya di sekolah dahulu dan kini merupakan guru emas saya, MD Mohd Zulkifli bin Shafie, saya memulakan langkah pertama membeli emas fizikal sebagai simpanan dari Public Gold berupa 4 keping 1 Dinar dan sekeping Goldbar 20 gram pada bulan Ogos 2015. Bermula dari sinilah, belian saya bertambah pada setiap bulan. Pada bulan November tahun yang sama, saya telah mengambil keputusan dengan menjadi Dealer Public Gold. Kini saya juga adalah pendidik emas dan juga merupakan Local Speaker Public Gold untuk cawangan Kota Bharu.

Kunjungan MD Zulkifli Shafie ke rumah saya, mencurahkan ilmu emas
Bila saya bermula sebagai penyimpan emas, baru saya tahu rupanya emas ini boleh dibeli sedikit demi sedikit, yakni 1 gram setiap belian. Ianya adalah amat-amat sesuai dengan saya yang berpendapatan tidak tinggi ini. Kini, setiap kali gaji masuk, saya akan pastikan sekurang-kurangnya 1 gram saya beli untuk dijadikan simpanan dan aset saya. Kadang-kadang saya fikir, alangkah baiknya jika saya tahu kaedah belian seperti ini, tetapi itu semua adalah ketentuanNYA. Teringat pepatah Inggeris "Batter Late Then Never".

Mulakan SEKARANG
Untuk yang berkeinginan menjadi penyimpan emas, mulakan langkah tersebut segera, usah bertangguh-tangguh, masa itu emas. Jangan tunggu duit banyak untuk beli dalam kuantiti banyak seperti saya. 1 gram permulaan lebih baik dari bertangguh kerana mengumpul duit. Sedikit pengiraan ringkas jika belian emas 1 gram 1 bulan

1 tahun    = 12 gram
2 tahun    = 24 gram
5 tahun    = 60 gram
10 tahun  = 120 gram

Pilihan di tangan anda.


Sunday, June 18, 2017

MENYIMPAN EMAS: DI MANA UNTUNGNYA

Harga emas ada masa naik dan ada masa turun. Ada masa meroket. ada masa menjunam. Persoalannya sekarang, di mana untungnya menyimpan emas berbanding menyimpan wang di unit trust, bank dan lain-lain yang setiap hujung tahun menjanjikan keuntungan dalam bentuk bonus dan dividen.

Gambar hiasan: Dividen tahunan ASB dari 1990 - 2015

Bila seseorang membeli emas dari tarikh pembelian dia akan menanggung spread harga dan di hujung tahun tiada imbuhan dalam bentuk bonus atau dividen yang diperolehi. Tetapi kenapa ramai orang memilih untuk membeli dan menyimpan emas. Kenapa mereka masih membeli dan menyimpan emas. Di mana untungnya menyimpan emas.
Spread harga emas Public Gold
Dalam menjawab persoalan ini, kita perlu melihat kepada sejarah harga emas dari dulu hingga kini. Ianya sentiasa naik walaupun ada kalanya turun. Trend naik dan turun ini berlaku apabila tindakan Amareka Syarikat yang telah memutuskan hubungan antara wang fiat kepada emas dalam era tahun 70-an dulu.

30 tahun Harga Emas di Malaysia
Namun ianya masih belum menjawab persoalan di mana untungnya menyimpan emas. Saya akan menjawab persoalan ini sebagai seorang penyimpan emas yang aktif. Sebagai seorang penyimpan emas, keuntungan pertama yang saya perolehi adalah berjaya membendung kebocoran kewangan saya. Emas adalah "hard" aset berbanding simpanan dalam bentuk Ringgit Malaysia. Dengan menyimpan emas, tahap simpanan kecemasan saya semakin bertambah dari sebulan ke sebulan. Yang bermasalah dalam membuat simpanan kecemasan, saya sarankan berubahlah dari menyimpan dalam bentuk ringgit kepada emas.

Gambar hiasan

Faktor yang kedua pula adalah keuntungan emas adalah bila menjualnya dalam tempoh jangka panjang. Ini kerana harga emas walau ada naik dan ada turun tetapi kenaikan harga emas adalah perkara yang pasti dan kejatuhan harga emas tidak mungkin membawa ke angka kosong. Berbanding nilai ringgit yang semakin hari semakin jatuh nilainya, disamping terkesan dengan inflasi yang melanda. Saya mula membeli emas dalam bentuk dinar dan goldbar jenama Public Gold pada bulan Ogos 2015 di mana ketika itu harga 1 dinar adalah RM666 sekeping dan jika saya berhasrat menjualnya, saya sudah mendapat keuntungan.

Ini adalah koleksi 4 keping 1 dinar Public Gold yang saya beli pada Ogos 2015, masih tersimpan

Ini belum lagi dikira dengan emas sebagai pengekal nilai sejak zaman berzaman dan sehingga hari ini ia masih boleh diterima pakai. Contoh paling mudah adalah bila membuat perbandingan 1 dinar emas dengan seekor kambing. Bersandarkan kepada satu hadis, seekor kambing pada zaman Rasulullah SAW boleh dibeli dengan harga 1 dinar. Nilai satu dinar pada hari ini masih mampu untuk membeli seekor kambing.



Gambar hiasan
Sebab itu sata memilih emas sebagai salah satu instrumen simpanan saya sekeluarga.