Thursday, July 21, 2016

PELANGGAN BELI DINAR UNTUK MAS KAHWIN

Dalam tahun ini, sudah ada beberapa orang pelanggan yang membeli dinar emas Public Gold dengan saya secara konsisten mengikut kemampuan masing-masing. Ada yang beli 1 dinar dan pada beberapa bulan berikutnya 1 dinar lagi. Malah ada yang letak duit untuk 3, 4 keping 1 dinar sekaligus. Pelanggan-pelanggan ini masih muda dan masih lagi bujang. Apabila diselidik tujuan utama adalah menyimpannya untuk dijadikan mas kahwin bila mereka kahwin nanti.
Gambar: Produk 1 Dinar Public Gold

Dalam bulan Ramadhan lepas seorang pelanggan menghubungi saya untuk membeli 4 keping 1 Dinar, katanya untuk dijadikan mas kahwin adiknya. Bila hari dijanjikan beliau datang dan mohon maaf kerana hanya hendak membeli 3 keping sahaja, tidak sebagaimana yang dimaklumkan pada awalnya. Menurut beliau adiknya telah membeli sekeping dari syarikat lain. Saya tiada masalah kerana orang beli atau tidak, saya tidak rugi apa-apa. Jika orang beli saya akan terus beli untuk tambah stok.

Gambar hiasan
Ketika berkira-kira untuk membayar harga 3 keping 1 Dinar tersebut, dia agak terkejut kerana harga sekeping 1 Dinar Public Gold lebih murah dari harga yang dibeli oleh adik beliau. Ini ditambah lagi dengan ketulinan Dinar Public Gold adalah 999.9 @ 24 berbanding dengan dinar yang dibeli oleh adiknya lebih rendah. Selang beberapa hari kemudian, beliau menghubungi saya untuk membeli sekeping lagi 1 Dinar Public Gold. Beliau menjelaskan bahawa setelah dibawa balik, ayahnya telah menyuruhnya menambah sekeping lagi. Oleh kerana stok saya sentiasa ada, maka hasrat dari keluarga beliau saya tunaikan dengan penuh kegembiraan dan bangga dapat membantu.

Di sini saya sertakan 2 keping gambar yang telah diberikan oleh pelanggan tersebut dan telah diberi kebenaran untuk diletakkan di sini.

Pengantin lelaki bersama Mas Kahwin berbentuk Dinar Emas
Kedua-dua pengantin bergambar bersama Mas Kahwin.
Saya berkeyakinan bahawa mas kahwin berbentuk Dinar Emas ini akan bertahan lama, tidak mudah untuk dicairkan kerana ianya akan menjadi kenangan sepanjang masa. Apa yang penting lagi nilainya akan bertambah dari setahun ke setahun. Tidak seperti mas kahwin dalam bentuk wang tunai yang amat-amat mudah untuk dibelanjakan, entah berapa bulan ianya dapat bertahan.

Sunday, July 17, 2016

MASA TERBAIK BELI EMAS

Bila masa terbaik beli emas. Soalan ini adalah antara yang popular ditanya kepada saya. Ramai yang beranggapan masa yang sesuai membeli emas adalah semasa harganya murah. Persoalannya bila harga emas pernah murah. 10 tahun lepas harga emas dalam lingkungan RM50/gram orang kata mahal juga. Di sini saya kongsikan formula bila masa terbaik untuk membeli emas.

Gambar hiasan
 Jangan beli emas di saat anda dikelilingi dan dibelenggu hutang. Selesaikan dulu semua hutang disekeliling secara berjadual dan berdisiplin, terutamanya hutang-hutang lapuk. Jangan sesekali membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk membeli emas. Sebaiknya emas dibeli dari sumber kewangan yang sepatutnya menjadi simpanan. Saya sangat-sangat bersetuju dengan pakar-pakar kewangan yang menyatakan setiap orang perlu ada simpanan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji dan yang terbaik lebih dari 6 bulan gaji. Simpanan ini penting kerana kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa hadapan yang memungkinkan kita memerlukan wang segera.

Emas tipu, diluar kelihatan seperti emas tetapi dalamnya hanya besi
Seorang yang hendak memulakan membeli emas hendaklah mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu asas berkaitan dengan emas. Jangan beli emas jika tiada sedikit sebanyak ilmu berkaitan emas walaupun mempunyai sumber kewangan yang baik. Ini kerana dibimbangi akan mudah tertipu, terbeli emas skim cepat kaya, akhirnya modal entah ke mana, emas tak kunjung tiba. Ataupun terbeli emas palsu kerana terpengaruh dengan harga murah yang tidak masuk dek akal.
Buku tulisan Azizi Ali, seorang mentor kewangan amat baik sebagai bahan bacaan
Begitu banyak buku-buku berkaitan emas yang ditulis oleh tokoh-tokoh yang berwibawa. Begitu banyak di pasaran yang boleh dibeli untuk dibaca bagi menambah ilmu berkaitan emas. Jika yang rajin melayari internet, begitu banyak blog berkaitan dengan emas boleh diperolehi. Anda search sahaja di google "Emas", boleh pilih artikel mana yang hendak anda baca berkaitan dengan emas. Semuanya dihujung jari anda.

Jadual Seminar Emas percuma anjuran Public Gold. Diadakan setiap bulan bertempat di seluruh cawangan di Malaysia, Singapura dan Jakarta
Kini, seminar-seminar berkaitan dengan emas semakin banyak dianjurkan, samada berbayar mahupun secara percuma. Samada dianjurkan oleh kerajaan, NGOs mahupun syarikat-syarikat swasta. Syarikat Public Gold sebagai contoh, setiap bulan mengadakan seminar emas secara percuma di seluruh cawangan-cawangan dalam negara, Singapura dan Jakarta setiap bulan. Rebut lah peluang ini untuk medapatkan sedikit sebanyak ilmu berkaitan dengan emas.

Ini lah antara mentor emas berjaya....Gambar kenangan saya bersama Dato Louis (owner Public Gold), En Shukur, Mama Azizah dan Zulkifli Shafie
Perkara terbaik yang juga boleh anda lakukan adalah mendampingi individu-individu yang berjaya dengan emas. Khidmat nasihat dan aura dari mereka ini sememangnya mempercepatkan lagi proses kita memahami dan mengenali potensi emas ini. Ini penting kerana mereka ini adalah orang-orang telah berjaya dengan emas dan untuk kita juga berjaya dengan emas mereka inilah antara yang terbaik sebagai pakar rujuk kita.

Gambar hiasan
Akhir sekali jika dua perkara di atas sudah ada, perkara ketiga adalah bila anda menukar wang kepada emas, apa yang hendak kita capai dengan emas. Dalam tulisan lepas saya telah tekankan berkenaan posisi pembeli emas iaitu sebagai penyimpan, pelabur mahupun penjual. Anda yang menentukan posisi mana yang patut anda berada.


Bila ketiga-tiga pra syarat ini ada sudah ada, maka inilah masanya yang terbaik untuk anda menukar wang anda kepada emas.

Thursday, July 14, 2016

SELEPAS BREXIT, KINI BANK RUNS DI ITALI

Selepas dikejutkan dengan keputusan pungutan suara di Britain untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU) yang memberi kesan segera kepada negara terbabit, malah bahangnya juga melanda dunia. Pound Sterling jatuh, Dollar Amerika naik, pasaran saham hampir keseluruhannya turun serta harga emas melonjak. Ini adalah antara kesan-kesan dari terkeluarnya Britain dari Kesatuan Eropah selepas pungutan suara tersebut.

Gambar hiasan

Beberapa hari lepas berlaku pula kejutan di negara Itali, bukan pungutan suara untuk keluar dari Kesatuan Eropah tetapi berlaku apa yang dipanggil "Bank Runs". Apa yang saya faham fenomena ini berlaku bila pendeposit mengeluarkan simpanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan bank kehabisan aliran tunai. Bila ini berlaku semakin ramai yang akan mengeluarkan simpanan masing-masing dalam keadaan panik kerana sudah tidak percaya kepada institusi kewangan. Mereka takut akan kehilangan segala-galanya jika tidak mengeluarkan dalam kadar segera.

Pendeposit berebut-rebut mengeluarkan simpanan masing-masing

Kita kena faham, Institusi Kewangan (Bank) tidak menyimpan duit yang kita simpan. Duit tersebut akan digunakan untuk menjana keuntungan kepada bank terbabit. Sebagai contoh bank memberi pinjaman kepada individu mahupun syarikat untuk menjana keuntungan. Bila berlaku fenomena "Bank Runs" seperti di Itali ini di mana pendeposit hilang kepercayaan kepada bank, mereka akan beramai-ramai mengeluarkan simpanan masing-masing dan akhirnya bank terbabit kehabisan wang tunai malah ada yang tidak mampu memenuhi kehendak pendeposit untuk mengeluarkan simpanan masing-masing.

Wednesday, July 13, 2016

BARANG KEMAS TIDAK SESUAI SEBAGAI SIMPANAN

Budaya orang tua Kelantan dulu-dulu jika ada duit lebih dari hasil pendapatan, cepat-cepat ditukarkan kepada bentuk barang kemas. Setiap kali berlaku kelahiran, pasti ramai yang memilih untuk membeli barang kemas yang sesuai untuk anak-anak yang baru lahir ini, sejak kecil lagi dipakaikan barang kemas. Barang kemas yang dibeli ini bukan semata-mata menjadikannya sebagai barang kemas, tetapi dalam masa sama menjadikannya sebagai fix deposit.

Gambar hiasan
Pada hari ini, barang kemas semestinya sesuai untuk dijadikan barang perhiasan, tetapi amat tidak sesuai untuk dijadian simpanan, pelaburan mahupun sebagai modal beku perniagaan. Paling sesuai untuk tujuan tersebut adalah emas dalam bentuk goldbar, dinar dan syiling emas menggunakan emas tulin 999 @ 24K

Gambar hiasan

Barang kemas walaupun diperbuat dari emas tetapi ketulinannya sedikit kurang kerana dicampur dengan bahan-bahan lain bagi menguatkan dan mengelakkannya patah ataupun terhakis. Kebiasaannya barang kemas ini tahap ketulinannya adalah berkurangan kepada 916 @ 22K, malah ada sesetengah barang kemas kadar ketulinannya lebih rendah lagi.


Walaupun mutu dan ketulinannya lebih rendah dari emas fizikal 999, tetapi harganya lebih mahal, berbeza-beza mengikut kedai emas. Walaupun harga standard emas 916 lebih rendah dari harga emas 999, tetapi ada sesetengah kedai emas menjualnya lebih tinggi dari harga semasa. Di sinilah sebagai pengguna yang hendak membeli barang kemas perlu tahu dan menyemak harga semasa ini. Paling mudah taip di google "harga emas 916", akan keluar senarai harga untuk perbandingan.

Gambar hiasan

Itu baru harga, belumpun lagi di kira kos-kos lain, antaranya adalah kos upah (workmanship). Kos upah ini berbeza-beza dari satu kedai dengan kedai yang lain. Ianya juga bergantung kepada jenis barang kemas tersebut. Semakin sukar barang kemas tersebut dibuat, semakin mahal harga upahnya. Sepanjang pemerhatian saya, kos upah terendah adalah lebih kurang 15% dari harga emas, malah boleh menjangkau sehingga 40% dari harga emas. Ada juga kedai yang meletakkan harga jualan emas lebih murah tetapi menaikkan kos upah bagi meningkatkan keuntungan.

Gambar hiasan

Ini belum lagi di kira kos bagi bayaran GST sebanyak 6% yang dikenakan menambahkan lagi harga barang kemas ini. Walaupun tidak dinafikan emas fizikal pun dikenakan GST, sama seperti barang kemas, tetapi ada emas fizikal dari syarikat yang bebas GST, iaitu Public Gold. Sebab itulah harga emas fizikal Public Gold antara yang termurah jika dibandingkan dengan harga syarikat-syarikat lain. 

Harga perbandingan jenis emas di ar rahnu-ar rahnu terpilih

Barang kemas untuk tujuan pelaburan, simpanan dan modal beku perniagaan amat-amat tidak sesuai. Jika hendak digadai di mana-mana ar-rahnu, pasti jumlah yang diperolehi lebih sedikit jika dibandingkan dengan emas 999 kerana nilai marhumnya lebih rendah. Lihat sahaja harga perbandingan antara emas 999 (emas fizikal goldbar, dinar dan syiling emas) berbanding dengan emas 916 (standard barang kemas). Hasil perolehan dari gadaian barang kemas lebih sedikit dari emas 999 walaupun harga belian di kedai emas lebih tinggi.

Spread Emas Public Gold

Sebab itulah pergerakan untuk meraih keuntungan amat-amat perlahan dan mengambil masa yang agak lama berbanding dengan emas 999. Ini adalah disebabkan oleh harga belian lebih tinggi berbanding emas 999. Ditambah lagi dengan "spread" (susut nilai) barang kemas juga adalah tinggi iaitu sebanyak 25% dari harga semasa. Berbanding dengan emas fizikal 999, sebagai contoh keluaran Public Gold di mana kadar spread adalah di antara 5% hingga 8% sahaja. Dengan pergerakah harga emas terkini, membeli emas fizikal 999 dari Public Gold tahun lepas, hari ini saya sudah perolehi keuntungan jika menjualnya.

Jika membeli barang kemas pastikan ianya adalah untuk dijadikan barang kemas, tetapi jika hendak dijadikan simpanan, pelaburan mahupun modal beku perniagaan, pilihlah emas fizikal berketulinan 999.

Tuesday, July 12, 2016

KENAPA HARGA EMAS SEMAKIN MAHAL?

Ketika saya mula beli emas fizikal Public Gold hampir setahun yang lalu, harganya di sekitar RM150 hingga RM165 untuk setiap gram. Namun begitu pada bulan ini sahaja sebagai contoh harga emas semakin menghampiri RM200 untuk setiap gram. Dalam suasana harga sebegini peluang saya sendiri untuk membeli emas dengan harga sebagaimana tahun lepas semacam sudah terkubur.

Gambar hiasan
Saya terbaca satu artikel dalam sebuah akbar perdana beberapa tahun lepas, seorang pakar kewangan sebuah bank meramalkan harga emas akan terus naik dan dijangkakan pada tahun 2020, harganya boleh mencecah kepada RM503 untuk setiap gram. Jika ramalan ini menjadi kenyataan, maka akan lahir jutawan-jutawan emas. Cuba bayangkan simpanan emas pada tahun tersebut adalah 1 kilogram, ianya mencecah kepada harga lebih RM setengah juta berbanding harga hari ini dalam lingkungan RM170 ribu hingga RM180 ribu. Itu baru 1 kilogram. Dilampirkan keratan akhbar tersebut sebagai sandaran.

Keratan Akhbar: Harga Emas dijangka mencecah RM503/gram menjelang tahun 2020
Persoalan kenapa harga emas semakin mahal? Antara jawapanya adalah kerana permintaan terhadap logam berharga ini amat-amat tinggi sejak akhir-akhir ini. Sebahagian besar negara besar dunia seperti China dan India telah meningkatkan tahap simpanan emas bagi negara masing-masing, sedangkan had pengeluaran emas dunia adalah amat-amat terhad. Ianya sukar diperolehi dan tidak boleh dicipta.


Lebih menjadikan emas semakin mahal adalah disebabkan nilai matawang dunia sudah tidak diikat dengan emas fizikal. Kini nilai matawang hanya bergantung pada USD (Dollar Amerika). Keadaan ini telah menjadikan matawang tidak stabil dan mudah terkakis dengan kadar inflasi semasa. Wang fiat hari ini yang menggantikan nilai emas sebagai matawang gagal teguh sebagaimana emas. Contoh malapetaka wang fiat adalah sebagaimana berlaku di Zimbabwe baru-baru ini di mana harga tiga biji telur ayam adalah sebanyak ZD (Dollar Zimbabwe) 100 Billion!!!

100 Billion Dollar Zimbabwe untuk 3 biji telur ayam

Masih belum terlambat untuk sesiapa sahaja memulakan langkah pertama menukar sebahagian simpanan kepada bentuk emas walaupun harga emas hari ini tidak seperti harga tahun-tahun yang lepas. Bagi saya tiada istilah terlambat. Saya sendiri baru bermula tahun lepas . Bagi saya tahun lepas adalah masa terbaik untuk saya mula membeli emas. Pada ketika itulah kesedaran mula timbul perlunya saya menukar wang ringgit kepada emas. Tindakan segera yang saya lakukan adalah menukar wang yang ada untuk dijadikan simpanan kepada bentuk emas.

Gambar hiasan

Sesiapa sahaja yang hendak mengikut jejak langkah saya, bermulalah hari ini. Tidak perlu memulakan dengan pembelian yang besar. Satu gram pun sudah cukup sebagai permulaan. Bila ada lebihan wang, terus tukar kepada emas sebelum wang tersebut dibelanja untuk perkara yang tidak sepatutnya atau terbelanja tanpa sedar.

Gambar hiasan

Monday, July 4, 2016

EMAS SEBAGAI DUIT RAYA

Untuk Hari Raya tahun ini, sebagaimana kelaziman saya telahpun menukar sejumlah tertentu wang kepada bentuk yang kecil iaitu RM1 bagi duit raya kanak-kanak yang berkunjung ke rumah nanti. Walaupun pemberian duit raya ini bukanlah sesuatu yang wajib, tetapi dengan pemberian ini akan menceriakan dan menggembirakan kanak-kanak ini, apa salahnya. Pemberian tersebut pun atas kemampuan tanpa perlu berhutang samada sebelum dan selepas Hari Raya.
Goldbar 0.5 gram emas 999.9% @ 24K bebas GST keluaran Public Gold untuk edisi Hari Raya ini amat sesuai sebagai Duit Raya untuk insan-insan tersayang.

Pada tahun ini juga, saya ada membuat sedikit kelainan. Untuk Isteri dan anak-anak duit raya saya ubah kepada bentuk emas. Public Gold pada tahun ini telah mengeluarkan goldbar edisi Hari Raya sebagai hadiah istemewa buat insan-insan tersayang.

Ini adalah Goldbar 1 gramemas 999.9% @ 24K bebas GST keluaran Public Gold untuk edisi Hari Raya ini telah dikeluarkan pada tahun lepas, dan hari ini telah menjadi buruan oleh penyimpan-penyimpan koleksi emas. 

Ternyata duit raya berbentuk emas ini telah menjadi alternatif baru sebagai hadiah duit raya kepada orang-orang tersayang. Beberapa hari lepas saya, dalam majlis berbuka puasa sebuah NGO, saya telah berbesar hati menyumbang sekeping goldbar edisi hari raya ini untuk dijadikan hadiah cabutan bertuah.

Pemenang cabutan bertuah berupa goldbar 05 gram edisi Hari Raya keluaran Public Gold yang disumbangkan oleh penulis.
Sungguh tidak disangka apabila hadiah tersebut menjadi viral beberapa hari sebelum majlis berbuka puasa itu, saya dihujani pertanyaan melalui whats up untuk bagaimana dan berapa harga goldbar tersebut. Pada akhirnya saya hanya mampu memenuhi permintaan sebahagian sahaja permintaan dari ahli-ahli NGO tersebut untuk memilikinya memandangkan saya pun hanya memiliki stok yang amat-amat terhad. Pada hari kejadian sejumlah 21 keping goldbar edisi Hari Raya terjual. Turut terjual adalah 3 keping dinar pada malam tersebut.

Pelanggan ini merupakan usahawan pakain membeli sejumlah 5 keping goldbar edisi Hari Raya
Pelanggan ini seorang penghafaz Al-Quran selain membeli 1 keping goldbar edisi Hari Raya, beliau juga membeli sekeping dinar

Pelanggan ini masih dalam praktikal di Perbadanan Putrajaya, membeli 2 keping goldbar edisi Hari Raya untuk dihadiahkan kepada insan-insan tersayang

Pelanggan termuda, masih belajar di Menara Gading, tidak melepaskan peluang membeli 2 keping goldbar ini.

Sunday, July 3, 2016

TUKAR DUIT RAYA KEPADA EMAS

Sejak saya kanak-kanak lagi Hari Raya amat-amat dinantikan, bukan saya sahaja malah bagi keseluruhan kanak-kanak. Selain dari dapat berpakaian baru, perkara paling utama adalah mendapat duit raya. Saya dan kawan-kawan akan mengunjungi rumah jiran-jiran bukannya untuk ziarah dan makan-makan tetapi matlamat utama adalah untuk mendapatkan sebanyak mungkin duit raya. Dulu dapat 20 sen setiap rumah sudah besar nilainya, apatah lagi mendapat duit raya dalam jumlah RM1, mesti senyum sampai ke telinga.

Gambar hiasan

Kini amalan pemberian duit raya sudah menjadi kebiasaan pada masyarakat. Duit raya ini biasanya dimasukkan ke dalam sampul duit sekurang-kurangnya dalam jumlah RM1. Zaman saya dulu dapat kumpul paling banyak pun sekitar RM30, itu pun di kira jumlah yang cukup besar. Hari ini, sebagai contoh anak-anak saya, jumlah terkumpul duit raya hampir RM200. Yang jadi persoalan ke mana duit ini akan pergi atau dibelanjakan. Tambah-tambah lagi ianya bentuk wang tunai, amat-amat mudah untuk dibelanjakan ataupun terbelanja.

Gambar hiasan

Kebiasaan bagi saya dan isteri, bagi mengelak dari terbelanja duit raya anak-anak, cepat-cepat masukkan dalam akaun Tabung Haji. Kami membuka akaun Tabung Haji seawal anak-anak dilahirkan dan jumlah simpanan telah melayakkan anak-anak didaftarkan untuk menunaikan ibadah Haji.

Gambar hiasan

Setelah terlibat dengan membeli emas ini, satu idea baru tiba-tiba datang. Untuk duit raya anak-anak saya pada tahun ini akan saya tukarkan kepada emas. Jika perolehan kebiasaannya adalah RM200, maka setiap seorang anak sudah memperolehi simpanan emas sebanyak 1 gram seorang. Itu sebagai permulaan.

Melalui Program Akumulasi Emas (GAP) pembelian emas boleh dilakukan serendah 1 gram setiap kali pembelian, amat-amat praktikal kepada golongan sederhana kebanyakan rakyat Malaysia