Wednesday, December 6, 2017

BILA HARGA EMAS TURUN

Hari ini harga emas dunia masih menurun harganya. Harga yang dicatat pada belian melalui akaun emas fizikal (GAP) Public Gold adalah RM182, turun RM2 dari kelmarin. Untuk rekod dari bulan Januari 2017 hingga November 2017 harga GAP Public Gold paling rendah adalah RM179 dan harga tertinggi dicatat adalah RM198.
Harga GAP hari ini (6 Disember 2017)
Bila situasi harga menurun, ada kedengaran suara-suara penyimpan emas dalam berhadapan dengan suasana harga emas jatuh ini. Situasi pertama penyimpan emas adalah cemas, takut, kecewa malah ada yang merasa rugi membeli emas. Manakala situasi yang kedua pula adalah sebaliknya.Mereka gembira dan teruja dengan kejatuhan harga emas ini.
Graf Harga emas di Malaysia dalam masa 30 hari
Saya teringat sifu-sifu emas pernah berkongsi cerita bila harga emas jatuh pada tahun 2013 dulu. Ramai penyimpan emas jadi panik. Ramai yang ambil tindakan drastik menjual semua aset emas yang mereka miliki kerana takut rugi, mereka jadi gelabah. Sedangkan menjual semasa harga jatuh itulah sebenarnya menjadikan mereka rugi.

Pada masa inilah, lahirnya bermacam-macam skim emas yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda. Dapat hibah setiap bulan sedangkan pelaburan emas sebenar tiada keuntungan hibah kecuali emas tersebut dijual baru keuntungan diraih. Sebahagian dari skim emas ini sudah tiada, hilang bersama jutaan ringgit modal pelabur-pelaburnya tanpa dapat dikesan. Ramai dari kalangan pelabur skim scam ini asalnya adalah penyimpan emas, tetapi bila harga emas jatuh, mereka beralih kepada pelaburan scam ini.

Pun begitu ramai dari kalangan pembeli yang bersikap bertentangan dengan situasi pertama. Bila harga emas jatuh, mereka ini sangat gembira dan teruja. Masa inilah mereka menambah pembelian melebihi kebiasaan kerana mengambil peluang harga rendah. Bagi mereka harga rendah ini adalah sebagai bonus.
Jika anda berada pada penyimpan emas situasi pertama, sebenarnya anda melihat emas hanya sebagai "BUY LOW SELL HIGH" sahaja dan saya cadangkan anda supaya laburkan sedikit masa dan kewangan untuk mendapatkan ilmu emas samada melalui blog-log, buku-buku mahupun hadiri kelas atau seminar emas. Jika di Public Gold, seminar emas ini dibuat secara percuma sahaja.
Kepada anda sebagai penyimpan emas yang berada berada dalam situasi kedua, syabas dan tahniah saya ucapkan kerana anda adalah seorang penyimpan emas yang berada pada landasan yang betul. Anda tidak peduli harga naik atau turun, fokus anda adalah jumlah simpanan emas anda sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

Sunday, December 3, 2017

Iktibar Arsenal vs Manchester United

Awal pagi tadi, tergerak untuk menonton secara live perlawanan Liga Perdana Inggeris yang menemukan Arsenal selaku tuan rumah menerima kunjungan Manchester United. Tahun ni seperti beberapa tahun lepas saya jarang sangat tonton Liga Perdana Inggeris walaupun saya peminat kelab Manchester United sejak di bangku sekolah lagi.


Ketika saya mula menonton, sudah beberapa minit sepak mula berlangsung dan Manchester United sudah mendahui dengan satu gol. Tak sampai 5 minit menonton, gol kedua hadir menjadikan kedudukan semasa dua kosong.

Selepas itu, aksi atas padang sudah jadi berat sebelah, Arsenal mendominasi dan beberapa kali nyaris menjaringkan beberapa gol tetapi nasib tidak menyebelahi kerana ketangkasan penjaga gol Manchester United,  David De Gea.


Tamat separuh masa pertama saya tutup TV lalu masuk tidur dan hanya mengetahui keputusan penuh perlawanan awal pagi tadi, Manchester United 3 - 0 Arsenal. Rata-rata kawan-kawan peminat Manchester United memuji-muji kelibat David De Gea yang menjadi pemain utama yang memberi kemenangan kepada pasukannya.Tidak hairanlah penjaga gawang tersebut dinobatkan sebagai "man of the match".


Dalam pengurusan kewangan, permainan bola sepak ada banyak persamaan. Walau memperolehi banyak jaringan tetapi jika bolos lagi banyak, pasukan tetap akan kalah. Dalam kewangan pun sama. Walau pendapatan sebanyak mana pun, tetapi jika perbelanjaan melebihi pendapatan tersebut, kewangan kita akan mengalami defisit, kita tidak pandai menguruskan kewangan sebenarnya.



Bila perbelanjaan melebihi pendapatan, maka di sinilah bermulanya tragedi kewangan. Pilihan yang ada adalah berhutang. Samada dengan ibu bapa, kawan-kawan, adik beradik, sanak saudara, malah akan membuat personal loan atau memohon kad kredit. Ini adalah hanya penyelesaian sementara. hutang perlu dilangsaikan. Ianya hanya ibarat gali lubang, timbus lubang. Masalah tidak selesai, malah akan akan jadi lebih teruk lagi.


Dalam permainan bola sepak, kekuatan dan kemantapan pemain pertahanan perlu bagi membendung asakan pihak lawan. Manakala dalam aspek kewangan boleh diibaratkan sebagai tabung simpanan bagi menghadapi saat-saat yang tidak dapat dijangka di mana pada masa tersebut kita terdesak memerlukan jumlah kewangan bagi menghadapinya. Bila ada tabungan kecemasan, kita mampu menghadapi kesulitan buat sementara waktu sebelum mencari jalan menyelesaikan masalah tersebut. Buatlah tabung kecemasan sekurang-kurangnya menyamai tiga bulan gaji, lagi banyak lagi baik.


Bila pertahanan dapat ditembusi, maka benteng terakhir adalah penjaga gol. Mana-mana pasukan akan menurunkan penjaga gol terbaik mereka bagi mempastikan gawang dibolosi lawan. Maka dalam kewangan saya umpamakannya dengan pemilikan aset. Lagi banyak aset yang ada lagi terjamin kewangan seseorang.


Untuk memiliki aset seperti rumah, tanah, lot gudang dan seumpamanya, memerlukan perbelanjaan yang besar kerana harganya yang mahal dan tidak semua mampu memilikinya. Namun begitu, aset yang paling murah dan dapat dikumpul melalui pembelian sedikit demi sedikit adalah emas. Semua orang sepatutnya dapat membeli aset ini. Di Public Gold emas dapat dibeli serendah RM100 setiap kali belian dan boleh dikumpul sedikit demi sedikit sehingga menjadi berat berkilo-kilo. Dan yang paling penting, ianya Patuh Syariah.


Azizi Ali Mentor Wang dalam bukunya "Masa Untuk Emas" telah menyarankan agar setiap dari kita mempunyai simpanan emas sebanyak 10% dari nilai aset masing-masing. Saya telah telah mulakan langkah menyimpan emas dua tahun lepas, anda bila lagi.

Jom, simpan emas