Wednesday, December 6, 2017

BILA HARGA EMAS TURUN

Hari ini harga emas dunia masih menurun harganya. Harga yang dicatat pada belian melalui akaun emas fizikal (GAP) Public Gold adalah RM182, turun RM2 dari kelmarin. Untuk rekod dari bulan Januari 2017 hingga November 2017 harga GAP Public Gold paling rendah adalah RM179 dan harga tertinggi dicatat adalah RM198.
Harga GAP hari ini (6 Disember 2017)
Bila situasi harga menurun, ada kedengaran suara-suara penyimpan emas dalam berhadapan dengan suasana harga emas jatuh ini. Situasi pertama penyimpan emas adalah cemas, takut, kecewa malah ada yang merasa rugi membeli emas. Manakala situasi yang kedua pula adalah sebaliknya.Mereka gembira dan teruja dengan kejatuhan harga emas ini.
Graf Harga emas di Malaysia dalam masa 30 hari
Saya teringat sifu-sifu emas pernah berkongsi cerita bila harga emas jatuh pada tahun 2013 dulu. Ramai penyimpan emas jadi panik. Ramai yang ambil tindakan drastik menjual semua aset emas yang mereka miliki kerana takut rugi, mereka jadi gelabah. Sedangkan menjual semasa harga jatuh itulah sebenarnya menjadikan mereka rugi.

Pada masa inilah, lahirnya bermacam-macam skim emas yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda. Dapat hibah setiap bulan sedangkan pelaburan emas sebenar tiada keuntungan hibah kecuali emas tersebut dijual baru keuntungan diraih. Sebahagian dari skim emas ini sudah tiada, hilang bersama jutaan ringgit modal pelabur-pelaburnya tanpa dapat dikesan. Ramai dari kalangan pelabur skim scam ini asalnya adalah penyimpan emas, tetapi bila harga emas jatuh, mereka beralih kepada pelaburan scam ini.

Pun begitu ramai dari kalangan pembeli yang bersikap bertentangan dengan situasi pertama. Bila harga emas jatuh, mereka ini sangat gembira dan teruja. Masa inilah mereka menambah pembelian melebihi kebiasaan kerana mengambil peluang harga rendah. Bagi mereka harga rendah ini adalah sebagai bonus.
Jika anda berada pada penyimpan emas situasi pertama, sebenarnya anda melihat emas hanya sebagai "BUY LOW SELL HIGH" sahaja dan saya cadangkan anda supaya laburkan sedikit masa dan kewangan untuk mendapatkan ilmu emas samada melalui blog-log, buku-buku mahupun hadiri kelas atau seminar emas. Jika di Public Gold, seminar emas ini dibuat secara percuma sahaja.
Kepada anda sebagai penyimpan emas yang berada berada dalam situasi kedua, syabas dan tahniah saya ucapkan kerana anda adalah seorang penyimpan emas yang berada pada landasan yang betul. Anda tidak peduli harga naik atau turun, fokus anda adalah jumlah simpanan emas anda sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment