Thursday, June 16, 2016

BELI ATAU TUNGGU LAGI

Hari ini, harga emas meroket lagi. Beberapa hari lepas harga telahpun meroket dan belumpun turun, hari ini kembali meroket lagi. Entah esok hari harganya naik sampai berapa.

Harga emas meroket pada 3 Jun 2016 (sumber: www.kitco.com)
Belum sempat turun meroket lagi hari ni 16 Jun 2016 (sumber: www.kitco.com)

Yang telah membeli tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ni pasti terpancar senyuman pada wajah masing-masing. Semakin banyak emas telah dibeli, semakin tinggi tukaran kepada ringgit nanti. Bagi yang bertangguh-tangguh untuk mula membeli pasti senyum dalam pahit. Satu gram pun masih tidak terbeli. Nak tunggu harga murah katanya. Saya pun tak faham harga emas berapa RM baru dikira murah. Harga Emas tidak pernah murah.

Harga emas tidak naik, tetapi nilai wang menurun menjadikan harga emas semakin mahal
  • Pada tahun 1999 harga emas pada masa tersebut adalah dalam lingkungan RM38 setiap gram, orang kata MAHAL
  • Pada tahun 2005 harga emas pada masa tersebut naik dalam lingkungan RM44 setiap gram, orang kata MAHAL
  • Pada tahun 2009 harga emas pada masa tersebut meroket naik dalam lingkungan RM104 setiap gram, orang kata KENAPA MAHAL SANGAT
  • Pada tahun 2013 harga emas pada masa tersebut naik sedikit lebih kurang RM145 setiap gram, orang kata MAHAL LAGI
  • Pada tahun 2014 harga emas pada masa tersebut turun dalam lingkungan RM129 setiap gram, orang kata MAHAL LAGI, TUNGGU TURUN LAGI
  • Tahun lepas harga emas naik kembali kepada lingkungan RM161 setiap gram, orang kata MAHAL LAH EMAS NI

Habis tu yang nak tunggu harga murah tu bila?? Menunggu dan mengharapkan harga emas murah ini tak ubah seperti "Pungguk Rindukan Bulan".



Tahun ini harga naik secara drastik pada awal tahun, ianya masih belum menampakkan akan turun. Sebagai contoh emas fizikal Public Gold pada tahun ini harga terendah adalah RM170 untuk setiap gram dan tertinggi adalah adalah rm183/gram.

Sampai bila nak tunggu harga turun lagi walau ianya tidak mustahil akan turun. Pun begitu tidak juga mustahil harga akan naik melebihi rm200/gram. Pada saat itu anda akan melopong dan terkilan kerana tidak sempat menukar wang fiat kepada emas. Bertindaklah dari sekarang. Tidak perlu beli dalam jumlah yang besar berkilogram, mulakan dulu dengan serendah 1 gram.

Produk Public Gold dari 0.5 gram hingga 1 kilogram

Wednesday, June 15, 2016

SAYA BELI EMAS SEBAGAI SIMPANAN

Biar apapun pandangan orang lain tentang emas, bagi saya emas adalah antara alternatif terbaik sebagai simpanan keluarga saya berbanding menyimpan wang fiat. Ini bukan bermakna saya tidak langsung menyimpan wang fiat. Sekarang saya dan isteri masih menyimpan sebahagian besar simpanan dalam bentuk wang di Tabung Haji. Kenapa Tabung Haji? Jawapannya mudah kerana kami tidak menggunakan kemudahan kad ATM yang disediakan. Jika hendak keluarkan maka terpaksa ke Kaunter Tabung Haji dan had pengeluaran maksima adalah sebanyak Sepuluh Ribu Ringgit setiap hari. Prosedur yang agak rumit bagi orang lain, tetapi terbaik buat saya kerana membantu saya mengurangkan kebocoran wang.

Bonus Tabung Haji Tahun Lepas
Prosedur yang agak rumit bagi orang lain, tetapi terbaik buat saya kerana membantu saya mengurangkan kebocoran wang pada tahap yang amat-amat minima. Pernah kami rancang untuk keluarkan sebahagian simpanan dalam tabung haji bila berlaku isu yang agak kontroversi melibatkannya, di tambah dengan bonus dan dividen yang diperoleh agak tidak setimpal pada pandangan kami. Bila saya mengambil pandangan beberapa orang kawan yang pakar, hasrat itu tertangguh.

Kami juga mempastikan wang tunai dalam akaun di bank tidak melebihi nilai yang kami telah tetapkan sepatutnya ada setiap seorang dan jika lebih dari dari jumlah itu akan dikeluarkan untuk disimpan dalam bentuk lain. Antara yang menjadi pilihan adalah meletakkannya dalam Public Mutual kerana juga prosedur pengeluarannya juga agak sukar. Semua yang dibuat adalah untuk menghalang dari kebocoran yang tidak sepatutnya.

Gambar Hiasan


Kini saya beralih pula kepada emas sebagai simpanan keluarga kami. Walaupun dikira agak terlewat tapi "BETTER LATE THAN NEVER". Kekhilafan saya tentang logam berharga ini, menjadikan saya menolak bila sesiapa memperkatakannya di depan saya. Pada pandangan saya ketika itu, emas adalah hanya untuk orang kaya, berduit dann fungsinya hanyalah sebagai barang perhiasan bagi golongan hawa.

Gambar Hiasan

Emas adalah alternatif terbaik bagi mengatasi kebocoran duit. Tak kira berapa pendapatan seseorang itu sebulan, tambah-tambah lagi jika pendapatan itu diperolehi tunai atau masuk melalui akaun bank, sebelum pendapatan akan datang, sudah kekeringan dari dalam poket mahupun dalam akaun bank. Bila sebahagian pendapatan ini ditukar kepada emas, keinginan untuk berbelanja secara berlebihan secara automatik akan berkurangan. Bukan emas itu tidak boleh digadai mahupun dijual, tapi pengalaman saya sendiri, saya tidak pernah menggadaikan emas walau seberat setengah gram. Jika jual pun bukan untuk mendapatkan tunai, tetapi hasil jualan tersebut saya terus gunakan untuk membeli balik emas.

Tukaran 1 USD berbanding Ringgit Malaysia (15 Jun 2016)

Selain itu juga emas akan tetap bertahan dari ketidaktentuan samada ekonomi mahupun politik. Krisis di Greece dan yang terkini di Zimbabwe memperlihatkan kepada kita bahawa wang fiat gagal dalam menangani suasana ketidaktentuan ekonomi. Kerajaan Zimbabwe sebagai contoh mencetak wang dalam jumlah yang sangat besar menyebabkan matawangnya amat-amat tidak bernilai. Semasa Jepun menakluki Tanah Melayu dulu, mereka memperkenalkan matawang yang dipanggil Duit Pisang. Selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu, matawang tersebut sudah tidak laku walau dengan nilai satu sen pun.

Dollar Zimbabwe: 100 billion hanya dapat membeli 3 biji telur sahaja

Setiap tahun kita berhadapan dengan inflasi di mana wang yang digunakan akan terkikis nilainya setiap tahun, tetapi tidak pada emas. Ia bersifat kalis inflasi disamping tidak boleh dimanipulasikan berbanding matawang. Dalam tulisan sebelum ni saya telah membandingkan nilai 20 sen tahun 1980 dengan nilai yang sama pada tahun ini.

Bandingan barang boleh dibeli dengan nilai RM50


Seperti yang saya perkatakan sebelum ni, nilai emas dari dulu masih kekal bertahan. Ini diperkuatkan dengan satu hadis Rasulullah SAW yang meminta seorang sahabat baginda membeli seekor kambing dengan dibekalkan dengan 1 dinar emas yang menjadi matawang pada masa tersebut. Kini 1 dinar emas masih boleh membeli seekor kambing.

Emas (Dinar) masih kekal nilainya sehingga kini

Tuesday, June 14, 2016

BILA BANYAK AR RAHNU TERIMA, BELI LAH EMAS SYKT TERSEBUT

Bukan semua produk emas fizikal seperti syiling, dinar, bar keluaran dari mana-mana syarikat pengeluar emas fizikal diterima oleh Ar Rahnu untuk digadai. Walaupun emas fizikal tersebut telah dibuktikan ketulinannya tetapi ada yang tidak diterima oleh Ar Rahnu. Tiap-tiap Ar Rahnu ada peraturan dan terma-terma yang telah digariskan oleh syarikat terbabit. Bila banyak Ar Rahnu terima produk dari mana-mana syarikat, bermakna produk syarikat itu boleh dibeli.

Contoh Poster Promosi Ar Rahnu
Sebagai contoh poster promosi dari Ar Rahu Agrobank menyatakan dengan jelas jenis emas fizikal yang diterima bersama dengan keluaran dari syarikat mana. Ini menunjukkan bahawa Ar Rahnu ini yakin bukan sahaja dengan ketulinan emas tersebut tetapi juga meyakini syarikat yang mengeluarkan produk tersebut.



Ar Rahnu Pos sebagai contoh, bukan sahaja meyakini produk-produk keluaran syarikat Public Gold untuk diterima bagi gadaian, malah pergi lebih jauh dengan menjalinkan kerjasama strategik dengan Public Gold. Untuk rekod produk emas Public Gold adalah berketulinan 999.9 serta diiktiraf oleh The London Bullion Market Association (LBMA), iaitu salah satu badan pengiktiraf ketulinan emas antarabangsa. Pos Ar Rahnu kini telah menjual produk keluaran khas Public Gold untuk Ar Rahnu Pos. Semua produk dari Public Gold bila digadai di Ar Rahnu Pos tidak dibuka seal, oleh itu harganya tetap tinggi.

Produk 0.5 gram gold bar Public Gold keluaran khas untuk Ar Rahnu Pos


Produk 1 gram gold bar Public Gold keluaran khas untuk Ar Rahnu Pos
Produk 1 Dinar Public Gold keluaran khas untuk Ar Rahnu Pos

EMAS: LOGAM BERHARGA PERBAGAI KEGUNAAN

Setiap pembeli emas ada tujuan dan matlamat masing-masing untuk dicapai dengan pembelian logam paling berharga ini. Ada yang menjadikannya sebagai hobi, mengumpul sebanyak mungkin design-design yang ada dari pelbagai syarikat menjual emas samada barang kemas atau emas fizikal. Teringan zaman persekolahan dulu bila ditanya oleh guru, ada kalangan sekelas menyatakan hobi mereka mengumpul stem.


Gambar Hiasan

Sebahagian dari pembeli ini ada yang menjadikan emas sebagai hasil pendapat dengan jual dan beli, membeli ketika harga turun dan menjual balik bila harga mahal. Hasil modal jualan akan digunakan untuk membeli balik emas bila harga kembali turun. Saya pernah mencuba kaedah ini dan pernah mendapat keuntungan bila menjual balik barang kemas yang dibeli di gadaian Ar Rahnu tahun lepas. Boleh rujuk balik tulisan saya sebelum ini.


Barang kemas yang saya berjaya beli dalam lelongan Ar Rahnu
Ada juga yang ghairah membeli emas untuk dijadikan simpanan menggantikan wang ringgit kerana emas adalah kalis inflasi serta nilainya tidak boleh dimanipulasi. Contoh paling mudah adalah nilai seekor kambing sejak dari dulu hingga kini masih kekal dengan nilai 1 Dinar emas. Menyimpan wang ringgit sebagai simpanan amat-amat terdedah dengan risiko kejatuhan nilai. Saya biasa pergi ke Selatan Thailand. Jika dulu jika kita membayar dengan Ringgit Malaysia, peniaga di sana berebut-rebut, tetapi sekarang matawang kita sudah tidak diterima, perlu mencari pengurup matawang bagi menukar Ringgit Malaysia kepada Baht Thailand.

Nilai emas semakin meningkat, nilai wang kertas semakin menurun
Pembeli emas juga menjadikan emas sebagai aset, sama seperti memiliki rumah, gudang perniagaan, tanah dan sebagainya. Mereka memilih emas sebagai aset kerana beberapa sebab, antaranya emas lebih mudah dibeli walau dengan modal kecil sedikit demi sedikit, tanpa perlu membuat pinjaman disamping mudah untuk dicairkan, yakni digadai atau dijual balik dalam waktu kecemasan. Berbanding aset lain seperti disebutkan diatas semestinya memerlukan modal yang besar untuk membeli dan jika hendak dijual akan mengambil masa untuk laku dijual, hanya boleh disewakan.



Selain itu ada pula sebilangan pembeli emas yang menjadikan emas yang dibeli sebagai modal kecemasan perniagaan. Paling mudah bila masuk ke pasar-pasar dalam negeri Kelantan kelihatan ramai dari peniaga-peniaga wanita memakai barang kemas. Selain dijadikan barang perhiasan, barang kemas ini adalah plan jangkamasa panjang untuk dijadikan modal bagi membesarkan perniagaan ataupun jika berlaku musibah, senang dicairkan. 

Gambar Hiasan
Apapun tujuan dan matlamat saya menyimpan emas adalah dari sudut simpanan. Dengan menyimpan emas kebocoran poket boleh dibendung jika disimpan dalam bentuk emas. Emas juga tahan dari sudut ketidaktentuan ekonomi dan politik negara dan dengan menyimpan emas juga saya tidak perlu risau dengan kadar inflasi kerana emas sememangnya bersifat kalis inflasi.







Monday, June 13, 2016

BELI EMAS FIZIKAL ADA JAMIN BELI BALIK?

Sejak dulu kedai emas tumbuh melata dan subur kerana manusia tidak boleh dipisahkan dengan emas sebagai perhiasan. Dari syarikat warisan anak beranak kepada syarikat yang mempunyai cawangan hampir di seluruh pelusuk tanah air. Kenapa syarikat atau kedai emas ini terus tumbuh? Jawapannya adalah kerana adanya permintaan yang tinggi kepada barang kemas ini. Semasa saya nak kahwin dulu, berapa banyak kedai emas yang saya keluar masuk sehingga design cincin yang saya kehendaki diperolehi. Setelah semua kedai emas di Machang saya masuk, tiada yang berkenan di hati, lalu terpaksa ke Kota Bharu menjelajah kedai-kedai emas. Selepas hampir berputus asa baru dijumpai apa yang berkenan di hati.

Gambar Hiasan

Hari ini selain dari hidup dan suburnya syarikat menjual barang kemas, telah tumbuh pula syarikat yang menawarkan emas fizikal seperti syiling emas, dinar emas, bar emas dan lain-lain. Syarikat menjual emas fizikal telah menjadi alternarif kepada penggemar emas membeli emas dalam bentuk baru menggantikan barang kemas. Selain disimpan sebagai aset kewangan, emas fizikal ini boleh menjadi pelaburan yang menguntungkan untuk tempoh jangka panjang.


Dalam tempoh sepuluh tahun ini, ada syarikat menjual emas fizikal yang sudah gulung tikar, ada yang hidup segan mati tak mahu, ada yang baru berkembang dan ada yang terus melonjak naik dan kukuh sejak ditubuhkan. Ada syarikat yang hanya menjual sahaja emas dan ada yang menjual dan dalam masa yang sama memberi jaminan membeli balik.


Sebagai bakal pembeli emas fizikal, carilah syarikat yang kukuh serta ada jaminan beli balik jika anda ingin menjual kembali. Walaupun emas yang dijual oleh semua syarikat ini berharga kerana emas ini diukur dengan ketumpatannya 24k, 22k dan sebagainya tetapi brand atau produk dari syarikat yang menjual juga perlu diteliti. Tak usah memeningkan kepala, beli lah dari syarikat yang yang asasnya seperti saya sebut di atas iaitu syarikat tersebut menjual dan dalam masa yang sama ada jaminan untuk membeli balik.


HQ Public Gold di Pulau Pinang

Di antara syarikat yang memenuhi kretiria jual dan beli balik adalah Public Gold. Untuk rekod, syarikat ini tidak pernah mempunyai masalah kehabisan stok jualan dan dalam masa yang sama jaminan membeli balik tidak pernah dimungkiri. Public Gold kukuh sejak ianya ditubuhkan pada 2008 dengan memenangi beberapa anugerah serta tersenarai dalam "Malaysia book of records" dalam beberapa katogeri serta semestinya menjamin akan membeli balik. Emas fizikal keluaran syarikat ini di datangkan dalam dua jenis iaitu dinar emas dan bar emas. Dari setengah dinar kepada 10 dinar dan dari sekecil 0.5 gram bar kepada 1 kilogram bar emas. Ketumpatannya adalah 24k atau 999.9 dan diiktiraf oleh The London Bullion Market Association (LBMA), iaitu salah satu badan pengiktiraf ketulinan emas antarabangsa Setakat ini rekod beli balik di Public Gold amat-amat baik dan memberansangkan. Dengan asas ini tidak hairanlah syarikat ini berada dalam kelasnya yang tersendiri dalam dunia bisnes berasaskan emas.

Antara anugerah yang diterima Public Gold

Sunday, June 12, 2016

EMAS FIZIKAL VS AR RAHNU



Baru-baru ini agak panas diperkatan samada dalam group facebook, telegram mahupun whats up pembeli dan penjual emas berkenaan adanya emas fizikal dari beberapa syarikat tidak diterima oleh beberapa syarikat Ar Rahnu untuk dipajak. Keengganan Ar Rahnu ini bukan disebabkan oleh ketulinan emas fizikal tersebut dipertikaikan tetapi disebabkan keyakinan Ar Rahnu terhadap syarikat penjual emas tersebut.

Contoh surat gadaian


Kemungkinan disebabkan syarikat pembekal emas itu disenarai hitam atau dalam senarai perhatian Bank Negara Malaysia menyebabkan Ar Rahnu berwaspada. Perlu di ingat bahawa Ar Rahnu adalah seperti syarikat-syarikat lain yang juga mahukan keuntungan dalam urusniaga menjadikannya berhati-hati supaya tidak mengalamai kerugian. Jadi jalan selamat adalah dengan mengelak dari sebarang kontroversi.
Kebanyakan emas fizikal dibuka seal untuk diuji ketulinan oleh Ar Rahnu menyebabkan spread harga
akan tinggi sedikit bila dijual kembali tetapi semua produk emas Public Gold
tidak dibuka seal di Ar Rahnu Pos 

Akhirnya emas sudah hilang fungsinya sebagai alternatif simpanan kecemasan bila ianya tidak boleh dipajak untuk mendapatkan wang segera. Jalan terakhir adalah menjual, yang mana pemiliknya akan berdepan dengan risiko kerugian serta merta bila emas tersebut baru dibeli dalam jangka pendek dan pergerakan harga masih perlahan, ditambah lagi dengan "spread" harga. Akhirnya pembeli akan rasa tertipu dan terkikis keyakinan kepada emas, sedangkan pilihan pembeli tersebutlah sebenarnya yang menjadikan situasi emas dipersalahkan



Nasihat saya, sebelum membeli mana-mana produk emas fizikal dari mana-mana syarikat adalah menjadi keutamaan untuk survey Ar Rahnu dulu, pastikan produk mana yang mudah digadai dan diterima majoriti ar rahnu di seluruh negara, maka pilihlah produk dari syarikat tersebut.

Jangan membeli mengikut trend semasa atau terikut-ikut dengan ajakan kawan semata-mata tetapi sebaiknya carilah orang-orang yang berkelayakan dalam bidang ini untuk memberi nasihat serta anda sendiri perlu ada ilmu berkaitan emas. 

BELI EMAS JUGA BERISIKO DITIPU

Pembeli emas juga berisiko tertipu bila membeli emas. Sebab itu sebelum membeli apa-apap produk dari mana-mana syarikat pentingnya untuk pembeli  menyelidik serba sedikit berkenaan dengan syarikat dan produk syarikat terbabit. Ketika saya mula-mula hendak membeli emas dulu, sekurang-kurangnya saya menyelidik dan seterusnya menyenarai pendek syarikat-syarikat yang berpotensi. Dari senarai pendek saya hanya memilih satu sahaja yang terbaik. Ini adalah untuk mengelak risiko di kemudian hari. Paling asas bila hendak beli emas, pastikan datap emas, jika hanya dapat kertas dan janji mulut, risiko ditipu adalah cukup tinggi. 


Keratan akhbar sindiket penipuan pelaburan emas

Jangan terlalu ghairah membeli emas yang ditawarkan dengan harga rendah yang "gila-gila", tak masuk dek akal, kelak akan menanggung rugi, duit habis, emas tah ke mana. Pembeli kena faham bahawa harga emas tidak boleh dimanipulasi kerana logam berharga ini amat-amat susah untuk diperolehi. Jika ditawarkan dengan harga yang terlampau rendah dari pasaran, biasanya akan mengundang kerugian oleh pembeli jika membelinya. Sudah banyak berlaku kes di mana pelanggan terbeli emas palsu, luarnya seperti emas tetapi di dalamnya hanya kandungan besi biasa. Sebelum mengambil keputusan membeli, pastikan mendapat maklumat yang tepat berkenaan dengan emas dari orang yang tepat.


Emas Palsu: hanya kandungan besi di dalamnya

Penyelesaiannya adalah pilihlah syarikat yang betul-betul menjual emas. Pembeli bayar, emas pun dapat. Begitu banyak syarikat yang berwibawa, yang mempunyai sejarah yang baik, cubalah hindari syarikat2 yang disenarai hitam oleh Bank Negara Malaysia, apatah lagi syarikat yang menjual emas tetapi emasnya tiada, yang ada hanya janji dapat pulangan dalam bentuk wang ringgit setiap bulan.