Tuesday, June 14, 2016

EMAS: LOGAM BERHARGA PERBAGAI KEGUNAAN

Setiap pembeli emas ada tujuan dan matlamat masing-masing untuk dicapai dengan pembelian logam paling berharga ini. Ada yang menjadikannya sebagai hobi, mengumpul sebanyak mungkin design-design yang ada dari pelbagai syarikat menjual emas samada barang kemas atau emas fizikal. Teringan zaman persekolahan dulu bila ditanya oleh guru, ada kalangan sekelas menyatakan hobi mereka mengumpul stem.


Gambar Hiasan

Sebahagian dari pembeli ini ada yang menjadikan emas sebagai hasil pendapat dengan jual dan beli, membeli ketika harga turun dan menjual balik bila harga mahal. Hasil modal jualan akan digunakan untuk membeli balik emas bila harga kembali turun. Saya pernah mencuba kaedah ini dan pernah mendapat keuntungan bila menjual balik barang kemas yang dibeli di gadaian Ar Rahnu tahun lepas. Boleh rujuk balik tulisan saya sebelum ini.


Barang kemas yang saya berjaya beli dalam lelongan Ar Rahnu
Ada juga yang ghairah membeli emas untuk dijadikan simpanan menggantikan wang ringgit kerana emas adalah kalis inflasi serta nilainya tidak boleh dimanipulasi. Contoh paling mudah adalah nilai seekor kambing sejak dari dulu hingga kini masih kekal dengan nilai 1 Dinar emas. Menyimpan wang ringgit sebagai simpanan amat-amat terdedah dengan risiko kejatuhan nilai. Saya biasa pergi ke Selatan Thailand. Jika dulu jika kita membayar dengan Ringgit Malaysia, peniaga di sana berebut-rebut, tetapi sekarang matawang kita sudah tidak diterima, perlu mencari pengurup matawang bagi menukar Ringgit Malaysia kepada Baht Thailand.

Nilai emas semakin meningkat, nilai wang kertas semakin menurun
Pembeli emas juga menjadikan emas sebagai aset, sama seperti memiliki rumah, gudang perniagaan, tanah dan sebagainya. Mereka memilih emas sebagai aset kerana beberapa sebab, antaranya emas lebih mudah dibeli walau dengan modal kecil sedikit demi sedikit, tanpa perlu membuat pinjaman disamping mudah untuk dicairkan, yakni digadai atau dijual balik dalam waktu kecemasan. Berbanding aset lain seperti disebutkan diatas semestinya memerlukan modal yang besar untuk membeli dan jika hendak dijual akan mengambil masa untuk laku dijual, hanya boleh disewakan.



Selain itu ada pula sebilangan pembeli emas yang menjadikan emas yang dibeli sebagai modal kecemasan perniagaan. Paling mudah bila masuk ke pasar-pasar dalam negeri Kelantan kelihatan ramai dari peniaga-peniaga wanita memakai barang kemas. Selain dijadikan barang perhiasan, barang kemas ini adalah plan jangkamasa panjang untuk dijadikan modal bagi membesarkan perniagaan ataupun jika berlaku musibah, senang dicairkan. 

Gambar Hiasan
Apapun tujuan dan matlamat saya menyimpan emas adalah dari sudut simpanan. Dengan menyimpan emas kebocoran poket boleh dibendung jika disimpan dalam bentuk emas. Emas juga tahan dari sudut ketidaktentuan ekonomi dan politik negara dan dengan menyimpan emas juga saya tidak perlu risau dengan kadar inflasi kerana emas sememangnya bersifat kalis inflasi.







No comments:

Post a Comment