Sunday, July 17, 2016

MASA TERBAIK BELI EMAS

Bila masa terbaik beli emas. Soalan ini adalah antara yang popular ditanya kepada saya. Ramai yang beranggapan masa yang sesuai membeli emas adalah semasa harganya murah. Persoalannya bila harga emas pernah murah. 10 tahun lepas harga emas dalam lingkungan RM50/gram orang kata mahal juga. Di sini saya kongsikan formula bila masa terbaik untuk membeli emas.

Gambar hiasan
 Jangan beli emas di saat anda dikelilingi dan dibelenggu hutang. Selesaikan dulu semua hutang disekeliling secara berjadual dan berdisiplin, terutamanya hutang-hutang lapuk. Jangan sesekali membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk membeli emas. Sebaiknya emas dibeli dari sumber kewangan yang sepatutnya menjadi simpanan. Saya sangat-sangat bersetuju dengan pakar-pakar kewangan yang menyatakan setiap orang perlu ada simpanan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji dan yang terbaik lebih dari 6 bulan gaji. Simpanan ini penting kerana kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa hadapan yang memungkinkan kita memerlukan wang segera.

Emas tipu, diluar kelihatan seperti emas tetapi dalamnya hanya besi
Seorang yang hendak memulakan membeli emas hendaklah mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu asas berkaitan dengan emas. Jangan beli emas jika tiada sedikit sebanyak ilmu berkaitan emas walaupun mempunyai sumber kewangan yang baik. Ini kerana dibimbangi akan mudah tertipu, terbeli emas skim cepat kaya, akhirnya modal entah ke mana, emas tak kunjung tiba. Ataupun terbeli emas palsu kerana terpengaruh dengan harga murah yang tidak masuk dek akal.
Buku tulisan Azizi Ali, seorang mentor kewangan amat baik sebagai bahan bacaan
Begitu banyak buku-buku berkaitan emas yang ditulis oleh tokoh-tokoh yang berwibawa. Begitu banyak di pasaran yang boleh dibeli untuk dibaca bagi menambah ilmu berkaitan emas. Jika yang rajin melayari internet, begitu banyak blog berkaitan dengan emas boleh diperolehi. Anda search sahaja di google "Emas", boleh pilih artikel mana yang hendak anda baca berkaitan dengan emas. Semuanya dihujung jari anda.

Jadual Seminar Emas percuma anjuran Public Gold. Diadakan setiap bulan bertempat di seluruh cawangan di Malaysia, Singapura dan Jakarta
Kini, seminar-seminar berkaitan dengan emas semakin banyak dianjurkan, samada berbayar mahupun secara percuma. Samada dianjurkan oleh kerajaan, NGOs mahupun syarikat-syarikat swasta. Syarikat Public Gold sebagai contoh, setiap bulan mengadakan seminar emas secara percuma di seluruh cawangan-cawangan dalam negara, Singapura dan Jakarta setiap bulan. Rebut lah peluang ini untuk medapatkan sedikit sebanyak ilmu berkaitan dengan emas.

Ini lah antara mentor emas berjaya....Gambar kenangan saya bersama Dato Louis (owner Public Gold), En Shukur, Mama Azizah dan Zulkifli Shafie
Perkara terbaik yang juga boleh anda lakukan adalah mendampingi individu-individu yang berjaya dengan emas. Khidmat nasihat dan aura dari mereka ini sememangnya mempercepatkan lagi proses kita memahami dan mengenali potensi emas ini. Ini penting kerana mereka ini adalah orang-orang telah berjaya dengan emas dan untuk kita juga berjaya dengan emas mereka inilah antara yang terbaik sebagai pakar rujuk kita.

Gambar hiasan
Akhir sekali jika dua perkara di atas sudah ada, perkara ketiga adalah bila anda menukar wang kepada emas, apa yang hendak kita capai dengan emas. Dalam tulisan lepas saya telah tekankan berkenaan posisi pembeli emas iaitu sebagai penyimpan, pelabur mahupun penjual. Anda yang menentukan posisi mana yang patut anda berada.


Bila ketiga-tiga pra syarat ini ada sudah ada, maka inilah masanya yang terbaik untuk anda menukar wang anda kepada emas.

No comments:

Post a Comment