Sunday, July 3, 2016

TUKAR DUIT RAYA KEPADA EMAS

Sejak saya kanak-kanak lagi Hari Raya amat-amat dinantikan, bukan saya sahaja malah bagi keseluruhan kanak-kanak. Selain dari dapat berpakaian baru, perkara paling utama adalah mendapat duit raya. Saya dan kawan-kawan akan mengunjungi rumah jiran-jiran bukannya untuk ziarah dan makan-makan tetapi matlamat utama adalah untuk mendapatkan sebanyak mungkin duit raya. Dulu dapat 20 sen setiap rumah sudah besar nilainya, apatah lagi mendapat duit raya dalam jumlah RM1, mesti senyum sampai ke telinga.

Gambar hiasan

Kini amalan pemberian duit raya sudah menjadi kebiasaan pada masyarakat. Duit raya ini biasanya dimasukkan ke dalam sampul duit sekurang-kurangnya dalam jumlah RM1. Zaman saya dulu dapat kumpul paling banyak pun sekitar RM30, itu pun di kira jumlah yang cukup besar. Hari ini, sebagai contoh anak-anak saya, jumlah terkumpul duit raya hampir RM200. Yang jadi persoalan ke mana duit ini akan pergi atau dibelanjakan. Tambah-tambah lagi ianya bentuk wang tunai, amat-amat mudah untuk dibelanjakan ataupun terbelanja.

Gambar hiasan

Kebiasaan bagi saya dan isteri, bagi mengelak dari terbelanja duit raya anak-anak, cepat-cepat masukkan dalam akaun Tabung Haji. Kami membuka akaun Tabung Haji seawal anak-anak dilahirkan dan jumlah simpanan telah melayakkan anak-anak didaftarkan untuk menunaikan ibadah Haji.

Gambar hiasan

Setelah terlibat dengan membeli emas ini, satu idea baru tiba-tiba datang. Untuk duit raya anak-anak saya pada tahun ini akan saya tukarkan kepada emas. Jika perolehan kebiasaannya adalah RM200, maka setiap seorang anak sudah memperolehi simpanan emas sebanyak 1 gram seorang. Itu sebagai permulaan.

Melalui Program Akumulasi Emas (GAP) pembelian emas boleh dilakukan serendah 1 gram setiap kali pembelian, amat-amat praktikal kepada golongan sederhana kebanyakan rakyat Malaysia


No comments:

Post a Comment