Thursday, July 21, 2016

PELANGGAN BELI DINAR UNTUK MAS KAHWIN

Dalam tahun ini, sudah ada beberapa orang pelanggan yang membeli dinar emas Public Gold dengan saya secara konsisten mengikut kemampuan masing-masing. Ada yang beli 1 dinar dan pada beberapa bulan berikutnya 1 dinar lagi. Malah ada yang letak duit untuk 3, 4 keping 1 dinar sekaligus. Pelanggan-pelanggan ini masih muda dan masih lagi bujang. Apabila diselidik tujuan utama adalah menyimpannya untuk dijadikan mas kahwin bila mereka kahwin nanti.
Gambar: Produk 1 Dinar Public Gold

Dalam bulan Ramadhan lepas seorang pelanggan menghubungi saya untuk membeli 4 keping 1 Dinar, katanya untuk dijadikan mas kahwin adiknya. Bila hari dijanjikan beliau datang dan mohon maaf kerana hanya hendak membeli 3 keping sahaja, tidak sebagaimana yang dimaklumkan pada awalnya. Menurut beliau adiknya telah membeli sekeping dari syarikat lain. Saya tiada masalah kerana orang beli atau tidak, saya tidak rugi apa-apa. Jika orang beli saya akan terus beli untuk tambah stok.

Gambar hiasan
Ketika berkira-kira untuk membayar harga 3 keping 1 Dinar tersebut, dia agak terkejut kerana harga sekeping 1 Dinar Public Gold lebih murah dari harga yang dibeli oleh adik beliau. Ini ditambah lagi dengan ketulinan Dinar Public Gold adalah 999.9 @ 24 berbanding dengan dinar yang dibeli oleh adiknya lebih rendah. Selang beberapa hari kemudian, beliau menghubungi saya untuk membeli sekeping lagi 1 Dinar Public Gold. Beliau menjelaskan bahawa setelah dibawa balik, ayahnya telah menyuruhnya menambah sekeping lagi. Oleh kerana stok saya sentiasa ada, maka hasrat dari keluarga beliau saya tunaikan dengan penuh kegembiraan dan bangga dapat membantu.

Di sini saya sertakan 2 keping gambar yang telah diberikan oleh pelanggan tersebut dan telah diberi kebenaran untuk diletakkan di sini.

Pengantin lelaki bersama Mas Kahwin berbentuk Dinar Emas
Kedua-dua pengantin bergambar bersama Mas Kahwin.
Saya berkeyakinan bahawa mas kahwin berbentuk Dinar Emas ini akan bertahan lama, tidak mudah untuk dicairkan kerana ianya akan menjadi kenangan sepanjang masa. Apa yang penting lagi nilainya akan bertambah dari setahun ke setahun. Tidak seperti mas kahwin dalam bentuk wang tunai yang amat-amat mudah untuk dibelanjakan, entah berapa bulan ianya dapat bertahan.

No comments:

Post a Comment