Tuesday, July 12, 2016

KENAPA HARGA EMAS SEMAKIN MAHAL?

Ketika saya mula beli emas fizikal Public Gold hampir setahun yang lalu, harganya di sekitar RM150 hingga RM165 untuk setiap gram. Namun begitu pada bulan ini sahaja sebagai contoh harga emas semakin menghampiri RM200 untuk setiap gram. Dalam suasana harga sebegini peluang saya sendiri untuk membeli emas dengan harga sebagaimana tahun lepas semacam sudah terkubur.

Gambar hiasan
Saya terbaca satu artikel dalam sebuah akbar perdana beberapa tahun lepas, seorang pakar kewangan sebuah bank meramalkan harga emas akan terus naik dan dijangkakan pada tahun 2020, harganya boleh mencecah kepada RM503 untuk setiap gram. Jika ramalan ini menjadi kenyataan, maka akan lahir jutawan-jutawan emas. Cuba bayangkan simpanan emas pada tahun tersebut adalah 1 kilogram, ianya mencecah kepada harga lebih RM setengah juta berbanding harga hari ini dalam lingkungan RM170 ribu hingga RM180 ribu. Itu baru 1 kilogram. Dilampirkan keratan akhbar tersebut sebagai sandaran.

Keratan Akhbar: Harga Emas dijangka mencecah RM503/gram menjelang tahun 2020
Persoalan kenapa harga emas semakin mahal? Antara jawapanya adalah kerana permintaan terhadap logam berharga ini amat-amat tinggi sejak akhir-akhir ini. Sebahagian besar negara besar dunia seperti China dan India telah meningkatkan tahap simpanan emas bagi negara masing-masing, sedangkan had pengeluaran emas dunia adalah amat-amat terhad. Ianya sukar diperolehi dan tidak boleh dicipta.


Lebih menjadikan emas semakin mahal adalah disebabkan nilai matawang dunia sudah tidak diikat dengan emas fizikal. Kini nilai matawang hanya bergantung pada USD (Dollar Amerika). Keadaan ini telah menjadikan matawang tidak stabil dan mudah terkakis dengan kadar inflasi semasa. Wang fiat hari ini yang menggantikan nilai emas sebagai matawang gagal teguh sebagaimana emas. Contoh malapetaka wang fiat adalah sebagaimana berlaku di Zimbabwe baru-baru ini di mana harga tiga biji telur ayam adalah sebanyak ZD (Dollar Zimbabwe) 100 Billion!!!

100 Billion Dollar Zimbabwe untuk 3 biji telur ayam

Masih belum terlambat untuk sesiapa sahaja memulakan langkah pertama menukar sebahagian simpanan kepada bentuk emas walaupun harga emas hari ini tidak seperti harga tahun-tahun yang lepas. Bagi saya tiada istilah terlambat. Saya sendiri baru bermula tahun lepas . Bagi saya tahun lepas adalah masa terbaik untuk saya mula membeli emas. Pada ketika itulah kesedaran mula timbul perlunya saya menukar wang ringgit kepada emas. Tindakan segera yang saya lakukan adalah menukar wang yang ada untuk dijadikan simpanan kepada bentuk emas.

Gambar hiasan

Sesiapa sahaja yang hendak mengikut jejak langkah saya, bermulalah hari ini. Tidak perlu memulakan dengan pembelian yang besar. Satu gram pun sudah cukup sebagai permulaan. Bila ada lebihan wang, terus tukar kepada emas sebelum wang tersebut dibelanja untuk perkara yang tidak sepatutnya atau terbelanja tanpa sedar.

Gambar hiasan

No comments:

Post a Comment