Akhirnya bila anak-anak asyik duk ulang-ulang bila nak beli aquarium, awal tahun ni saya membawa mereka ke kedai aquarium yang berhampiran dengan rumah. Semua anak-anak bersorak kegembiraan. Semasa sampai sayapun mula survey harga dengan pekerja kedai. Dari yang mahal berharga beribu-ribu Ringgit Malaysia kepada yang biasa berharga ratusan Ringgit Malaysia. Akhirnya kami balik tangan kosong juga. Saya ambil sedikit masa untuk buat keputusan.
Dua hari kemudian saya buat keputusan untuk betul-betul membeli aquarium lalu sekali lagi bersama anak-anak bertandang ke kedai tersebut lalu membeli sebuah aquarium sebagaimana permintaan anak-anak. Bezanya aquarium yang saya beli ini bukan harga beribu-ribu mahupun beratus-ratus ringgit tetapi yang hanya berharga tak sampaipun 40 ringgit. Aquarium yang dibeli diperbuat dari plastik dan dengan menambah semua aksesori bagi sebuah aquarium dan ikan guppy 5 pasang, sepasang untuk setiap orang anak, tak habispun 100 ringgit.
Aquarium milik keluarga saya |
Hari ni ambil peluang gotong royong dengan anak-anak menukar air, dan membasuh aqurium nampak berkilau-kilau seperti baru beli. Rumah orang lain ada aquarium, rumah sayapun ada juga aquarium. Orang lain berhabisan beribu-ribu Ringgit Malaysia ,saya hanya habiskan tak sampaipun 100 Ringgit Malaysia untuk sebuah aquarium. Akhirnya duit lebihan yang saya kumpulkan pada asalnya untuk membeli sebuah aquarium telah saya tukarkan pada emas.
Koleksi Dinar Public Gold didatangkan dengan produk 1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar |
No comments:
Post a Comment