Wednesday, June 15, 2016

SAYA BELI EMAS SEBAGAI SIMPANAN

Biar apapun pandangan orang lain tentang emas, bagi saya emas adalah antara alternatif terbaik sebagai simpanan keluarga saya berbanding menyimpan wang fiat. Ini bukan bermakna saya tidak langsung menyimpan wang fiat. Sekarang saya dan isteri masih menyimpan sebahagian besar simpanan dalam bentuk wang di Tabung Haji. Kenapa Tabung Haji? Jawapannya mudah kerana kami tidak menggunakan kemudahan kad ATM yang disediakan. Jika hendak keluarkan maka terpaksa ke Kaunter Tabung Haji dan had pengeluaran maksima adalah sebanyak Sepuluh Ribu Ringgit setiap hari. Prosedur yang agak rumit bagi orang lain, tetapi terbaik buat saya kerana membantu saya mengurangkan kebocoran wang.

Bonus Tabung Haji Tahun Lepas
Prosedur yang agak rumit bagi orang lain, tetapi terbaik buat saya kerana membantu saya mengurangkan kebocoran wang pada tahap yang amat-amat minima. Pernah kami rancang untuk keluarkan sebahagian simpanan dalam tabung haji bila berlaku isu yang agak kontroversi melibatkannya, di tambah dengan bonus dan dividen yang diperoleh agak tidak setimpal pada pandangan kami. Bila saya mengambil pandangan beberapa orang kawan yang pakar, hasrat itu tertangguh.

Kami juga mempastikan wang tunai dalam akaun di bank tidak melebihi nilai yang kami telah tetapkan sepatutnya ada setiap seorang dan jika lebih dari dari jumlah itu akan dikeluarkan untuk disimpan dalam bentuk lain. Antara yang menjadi pilihan adalah meletakkannya dalam Public Mutual kerana juga prosedur pengeluarannya juga agak sukar. Semua yang dibuat adalah untuk menghalang dari kebocoran yang tidak sepatutnya.

Gambar Hiasan


Kini saya beralih pula kepada emas sebagai simpanan keluarga kami. Walaupun dikira agak terlewat tapi "BETTER LATE THAN NEVER". Kekhilafan saya tentang logam berharga ini, menjadikan saya menolak bila sesiapa memperkatakannya di depan saya. Pada pandangan saya ketika itu, emas adalah hanya untuk orang kaya, berduit dann fungsinya hanyalah sebagai barang perhiasan bagi golongan hawa.

Gambar Hiasan

Emas adalah alternatif terbaik bagi mengatasi kebocoran duit. Tak kira berapa pendapatan seseorang itu sebulan, tambah-tambah lagi jika pendapatan itu diperolehi tunai atau masuk melalui akaun bank, sebelum pendapatan akan datang, sudah kekeringan dari dalam poket mahupun dalam akaun bank. Bila sebahagian pendapatan ini ditukar kepada emas, keinginan untuk berbelanja secara berlebihan secara automatik akan berkurangan. Bukan emas itu tidak boleh digadai mahupun dijual, tapi pengalaman saya sendiri, saya tidak pernah menggadaikan emas walau seberat setengah gram. Jika jual pun bukan untuk mendapatkan tunai, tetapi hasil jualan tersebut saya terus gunakan untuk membeli balik emas.

Tukaran 1 USD berbanding Ringgit Malaysia (15 Jun 2016)

Selain itu juga emas akan tetap bertahan dari ketidaktentuan samada ekonomi mahupun politik. Krisis di Greece dan yang terkini di Zimbabwe memperlihatkan kepada kita bahawa wang fiat gagal dalam menangani suasana ketidaktentuan ekonomi. Kerajaan Zimbabwe sebagai contoh mencetak wang dalam jumlah yang sangat besar menyebabkan matawangnya amat-amat tidak bernilai. Semasa Jepun menakluki Tanah Melayu dulu, mereka memperkenalkan matawang yang dipanggil Duit Pisang. Selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu, matawang tersebut sudah tidak laku walau dengan nilai satu sen pun.

Dollar Zimbabwe: 100 billion hanya dapat membeli 3 biji telur sahaja

Setiap tahun kita berhadapan dengan inflasi di mana wang yang digunakan akan terkikis nilainya setiap tahun, tetapi tidak pada emas. Ia bersifat kalis inflasi disamping tidak boleh dimanipulasikan berbanding matawang. Dalam tulisan sebelum ni saya telah membandingkan nilai 20 sen tahun 1980 dengan nilai yang sama pada tahun ini.

Bandingan barang boleh dibeli dengan nilai RM50


Seperti yang saya perkatakan sebelum ni, nilai emas dari dulu masih kekal bertahan. Ini diperkuatkan dengan satu hadis Rasulullah SAW yang meminta seorang sahabat baginda membeli seekor kambing dengan dibekalkan dengan 1 dinar emas yang menjadi matawang pada masa tersebut. Kini 1 dinar emas masih boleh membeli seekor kambing.

Emas (Dinar) masih kekal nilainya sehingga kini

No comments:

Post a Comment