Sunday, June 12, 2016

EMAS FIZIKAL VS AR RAHNU



Baru-baru ini agak panas diperkatan samada dalam group facebook, telegram mahupun whats up pembeli dan penjual emas berkenaan adanya emas fizikal dari beberapa syarikat tidak diterima oleh beberapa syarikat Ar Rahnu untuk dipajak. Keengganan Ar Rahnu ini bukan disebabkan oleh ketulinan emas fizikal tersebut dipertikaikan tetapi disebabkan keyakinan Ar Rahnu terhadap syarikat penjual emas tersebut.

Contoh surat gadaian


Kemungkinan disebabkan syarikat pembekal emas itu disenarai hitam atau dalam senarai perhatian Bank Negara Malaysia menyebabkan Ar Rahnu berwaspada. Perlu di ingat bahawa Ar Rahnu adalah seperti syarikat-syarikat lain yang juga mahukan keuntungan dalam urusniaga menjadikannya berhati-hati supaya tidak mengalamai kerugian. Jadi jalan selamat adalah dengan mengelak dari sebarang kontroversi.
Kebanyakan emas fizikal dibuka seal untuk diuji ketulinan oleh Ar Rahnu menyebabkan spread harga
akan tinggi sedikit bila dijual kembali tetapi semua produk emas Public Gold
tidak dibuka seal di Ar Rahnu Pos 

Akhirnya emas sudah hilang fungsinya sebagai alternatif simpanan kecemasan bila ianya tidak boleh dipajak untuk mendapatkan wang segera. Jalan terakhir adalah menjual, yang mana pemiliknya akan berdepan dengan risiko kerugian serta merta bila emas tersebut baru dibeli dalam jangka pendek dan pergerakan harga masih perlahan, ditambah lagi dengan "spread" harga. Akhirnya pembeli akan rasa tertipu dan terkikis keyakinan kepada emas, sedangkan pilihan pembeli tersebutlah sebenarnya yang menjadikan situasi emas dipersalahkan



Nasihat saya, sebelum membeli mana-mana produk emas fizikal dari mana-mana syarikat adalah menjadi keutamaan untuk survey Ar Rahnu dulu, pastikan produk mana yang mudah digadai dan diterima majoriti ar rahnu di seluruh negara, maka pilihlah produk dari syarikat tersebut.

Jangan membeli mengikut trend semasa atau terikut-ikut dengan ajakan kawan semata-mata tetapi sebaiknya carilah orang-orang yang berkelayakan dalam bidang ini untuk memberi nasihat serta anda sendiri perlu ada ilmu berkaitan emas. 

No comments:

Post a Comment