Wednesday, June 8, 2016

EMAS SATU ANUGERAH AMAT BERNILAI; BAGAIMANA SAYA MULA MENYIMPAN EMAS

Saya memulakan langkah pertama sebagai penyimpan emas pada tahun lepas, lebih tepat lagi pada bulan Ogos 2015, walaupun ramai kawan2 mengajak & menawarkan kepada saya utk sama2 menyimpan emas sebagai simpanan dan aset beberapa tahun lebih awal. 

Sememangnya saya amat-amat cerewet bila melibatkan wang, saya perlu betul-betul faham ke mana duit ini diposisikan dan apa manfaat saya dapat dengan membelanjakan sebahagian dari gaji saya dan isteri. Saya bukan sahaja melihat, malah telah memegang emas fizikal dalam bentuk dinar, pada masa itu yang popular adalah dari Syarikat Kelantan Gold Trade (KGT) yang baru dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Hati agak tertarik, tetapi kerana beberapa persoalan tentang emas yang saya tanya tidak mampu dijawab dengan baik oleh si penjual maka saya tidak membelinya. Pada ketika itu kalau tak silap 1 Dinar emas KGT baru berharga dalam lingkungan RM300 sahaja.

Pengalaman melanggan takaful melalui seorang individu, yang akhirnya "mati" sebelum tempoh matang bila ejen tersebut sukar dihubungi dan kemudiaannya dia telah tidak aktif telah banyak mengajar saya. Bila saya mahu memulakan melanggan takaful lain, pelbagai soalan saya timbulkan kepada bakal ejen baru Jawapan yang diberi amat-amat tidak memuaskan hati saya, lalu saya minta beliau balik dan cari jawapan dan dalam masa satu minggu dia datang kembali bertemu saya bersama jawapan. Akhirnya persoalan yang tersebut saya ajukan kepada beberapa kawan-kawan lain yang terlibat dalam bidang takaful, baru saya mendapat jawapan yang memuaskan lalu 2 hari selepasnya saya menghubungi ejen terbabit untuk mengisi borang persetujuan.

Bila skim-skim emas seperti KONTRA, ETA dan sebagainya popular pada lewat 2012 atau tahun 2013, saya hanya menjadi pemerhati. Dari sini mula timbul keinginan untuk mengenali emas serta potensi-potensi emas. Jka dulu bila sebut emas bagi saya ianya hanya berkisar kepada barang kemas dan kedai emas sahaja. Bila skim-skim ini jatuh dan ramai yang tersontot, saya lebih bersemangat untuk mengenali EMAS ini, kerana pepatah Melayu ada menyebut, Tak Kenal Maka Tak Cinta. Emas merupakan matawang antara terawal dunia, termasuk Islam. Antara banyak-banyak artikal yang saya baca, satu hadis Rasulullah mengkisahkan bagaimana beliau meminta seorang sahabat membeli seekor kambing dengan menggunakan sekeping Dinar emas amat memberi kesan kepada saya. Lalu pandangan awal saya bahawa emas hanya untuk barang perhiasan dan layak dimiliki oleh orang kaya telah berubah. Misi seterusnya adalah saya perlu membeli emas

No comments:

Post a Comment