Sunday, June 12, 2016

BELI EMAS JUGA BERISIKO DITIPU

Pembeli emas juga berisiko tertipu bila membeli emas. Sebab itu sebelum membeli apa-apap produk dari mana-mana syarikat pentingnya untuk pembeli  menyelidik serba sedikit berkenaan dengan syarikat dan produk syarikat terbabit. Ketika saya mula-mula hendak membeli emas dulu, sekurang-kurangnya saya menyelidik dan seterusnya menyenarai pendek syarikat-syarikat yang berpotensi. Dari senarai pendek saya hanya memilih satu sahaja yang terbaik. Ini adalah untuk mengelak risiko di kemudian hari. Paling asas bila hendak beli emas, pastikan datap emas, jika hanya dapat kertas dan janji mulut, risiko ditipu adalah cukup tinggi. 


Keratan akhbar sindiket penipuan pelaburan emas

Jangan terlalu ghairah membeli emas yang ditawarkan dengan harga rendah yang "gila-gila", tak masuk dek akal, kelak akan menanggung rugi, duit habis, emas tah ke mana. Pembeli kena faham bahawa harga emas tidak boleh dimanipulasi kerana logam berharga ini amat-amat susah untuk diperolehi. Jika ditawarkan dengan harga yang terlampau rendah dari pasaran, biasanya akan mengundang kerugian oleh pembeli jika membelinya. Sudah banyak berlaku kes di mana pelanggan terbeli emas palsu, luarnya seperti emas tetapi di dalamnya hanya kandungan besi biasa. Sebelum mengambil keputusan membeli, pastikan mendapat maklumat yang tepat berkenaan dengan emas dari orang yang tepat.


Emas Palsu: hanya kandungan besi di dalamnya

Penyelesaiannya adalah pilihlah syarikat yang betul-betul menjual emas. Pembeli bayar, emas pun dapat. Begitu banyak syarikat yang berwibawa, yang mempunyai sejarah yang baik, cubalah hindari syarikat2 yang disenarai hitam oleh Bank Negara Malaysia, apatah lagi syarikat yang menjual emas tetapi emasnya tiada, yang ada hanya janji dapat pulangan dalam bentuk wang ringgit setiap bulan.

No comments:

Post a Comment