Tahun ini menyaksikan harga emas dunia naik, dalam istilah emas dipanggil meroket. Kenaikan harga emas dunia ini juga memberi kesan kepada harga emas dalam negara kita. Harga emas Public Gold sebagai contoh, pada tahun ini harga adalah di antara rm170 hingga 185 setiap gram. Harga hari ini dan beberapa hari lepas kekal pada paras rm180 untuk setiap gram. Semasa saya membeli emas Public Gold pada tahun lepas, harganya antara rm163 hingga rm168 untuk setiap gram. Jika harga emas turun di bawah rm163 untuk satu gram, bagi saya ianya murah kerana asas pembelian sebelum ini merupakan tanda aras saya.
Jadi, bagaimana orang yang tak pernah membeli emas boleh tahu harga emas mahal atau murah sedangkan mereka tidak pernahpun membeli walau dalam jumlah 1 gram? Semua orang kata mahal. Bila sebenarnya harga emas murah? Perkataan "murah" ini adalah sangat-sanga subjektif, bukan objektif. Bagi yang sudah memulakan membeli emas sahaja yang tahu bila harga mahal dan bila harga dikira sudah murah.
Katakanlah harga emas hari ini adalah seperti harga emas pada 10 tahun lepas, yang kata harga emas mahal tetap tidak akan beli juga emas. Kerana bagi mereka, harga emas dulu, kini dan selama-lamanya adalah mahal. Hanya mereka yang konsisten membeli sahaja yang akan terus membeli, menambah jumlah dari gram kepada kilogram.
Anda boleh layari www.kitco.com untuk memantau harga emas dunia |

Jadi, jika anda menyimpan cita-cita membeli emas bagi tujuan simpanan dan pelaburan jangka panjang, mulakanlah hari ini. Tidak kiralah harga "mahal atau murah", anda perlu memulakan membeli emas. Jika tidak diterjemahkan cita-cita tersebut dalam bentuk tindakan, simpanlah cita-cita tu sampai bila-bila. Belilah walau hanya seberat 1 gram sebagai permulaan, jadikan ianya konsisten untuk setiap bulan, bila harga rendah dari hari ini andalah orang yang mengambil peluang ini membeli dengan kuantiti yang lebih sedikit.
Bagi yang berkata akan mula membeli bila harga rendah, saya percaya 1 gram pun tidak akan terbeli kerana "harga rendah" merekapun tidak akan tahu bila harga emas akan murah. Hanya orang yang konsisten membeli emas sahaja tahu bila harga mahal dan bila harga murah.
No comments:
Post a Comment