Bukan semua produk emas fizikal seperti syiling, dinar, bar keluaran dari mana-mana syarikat pengeluar emas fizikal diterima oleh Ar Rahnu untuk digadai. Walaupun emas fizikal tersebut telah dibuktikan ketulinannya tetapi ada yang tidak diterima oleh Ar Rahnu. Tiap-tiap Ar Rahnu ada peraturan dan terma-terma yang telah digariskan oleh syarikat terbabit. Bila banyak Ar Rahnu terima produk dari mana-mana syarikat, bermakna produk syarikat itu boleh dibeli.
|
Contoh Poster Promosi Ar Rahnu |
Sebagai contoh poster promosi dari Ar Rahu Agrobank menyatakan dengan jelas jenis emas fizikal yang diterima bersama dengan keluaran dari syarikat mana. Ini menunjukkan bahawa Ar Rahnu ini yakin bukan sahaja dengan ketulinan emas tersebut tetapi juga meyakini syarikat yang mengeluarkan produk tersebut.
Ar Rahnu Pos sebagai contoh, bukan sahaja meyakini produk-produk keluaran syarikat Public Gold untuk diterima bagi gadaian, malah pergi lebih jauh dengan menjalinkan kerjasama strategik dengan Public Gold. Untuk rekod produk emas Public Gold adalah berketulinan 999.9 serta diiktiraf oleh The London Bullion Market Association (LBMA), iaitu salah satu badan pengiktiraf ketulinan emas antarabangsa. Pos Ar Rahnu kini telah menjual produk keluaran khas Public Gold untuk Ar Rahnu Pos. Semua produk dari Public Gold bila digadai di Ar Rahnu Pos tidak dibuka seal, oleh itu harganya tetap tinggi.
|
Produk 0.5 gram gold bar Public Gold keluaran khas untuk Ar Rahnu Pos |
|
Produk 1 gram gold bar Public Gold keluaran khas untuk Ar Rahnu Pos |
|
Produk 1 Dinar Public Gold keluaran khas untuk Ar Rahnu Pos |
No comments:
Post a Comment