Wednesday, June 8, 2016

KENAPA SAYA PILIH EMAS PUBLIC GOLD


Belian Pertama 4 Dinar Emas
Setelah saya yakin dengan emas, maka persoalan di mana saya perlu dapatkan emas ini. Oleh kerana terdapat banyak syarikat yang menawarkan emas fizikal, masa saya telah membuat sedikit "homework" mengenali syarikat-syarikat tersebut. Akhirnya 4 syarikat telah disenarai pendek termasuklah Public Gold.
Belian Pertama 20g Bar

Syarikat pertama ini sudah lama bertapak di sebuah negeri, produk utamanya adalah Dinar dan yang terkini juga mengeluarkan produk bar. Produk Dinarnya pernah menjadi antara produk terlaris pada satu ketika dahulu. Hasil survey yang telah saya buat mendapati bahawa syarikat ini ada sedikit masalah, iaitu bila harga emas turun sukar untuk pembeli mendapatkan bekalan, manakala bila harga emas mahal pelanggan susah untuk menjual kembali, malah kadang2 mengambil masa untuk mendapatkan bayaran hasil jualan.

Syarikat ke dua pula beroperasi di Lembah Kelang, produk utamanya adalah syiling emas. Dealer/ejen syarikat ini juga ada di seluruh negara. Yang jadi masalahnya adalah jika membuat pembelian penghantaran emas tersebut adalah melalui Pos. Begitu juga jika hendak menjual balik kepada syarikat, pembeli terpaksa poskan kepada syarikat dan pembayaran akan dibuat selepas emas sampai kepada syarikat. Jika berlaku risiko kehilangan emas dalam masa pos, pihak syarikat tidak akan bertanggung jawab.

Syarikat yang ke tiga juga bertapak di sebuah negeri di mana produknya meliputi dinar dan bar, juga barang kemas. Syarikat ini mempunyai rangkaian yang agak kukuh kerana terdapat ramai ejen/dealer seluruh pelusuk tanah air. Hati saya agak terpikat dengan syarikat ini tetapi sistem yang digunapakai oleh syarikat ini pula yang membantutkan hasrat saya. Ini ditambah lagi dengan hasil carian saya pada masa tersebut di web Bank Negara Malaysia mendapati nama syarikat ini tersenarai dalam "watchlist" BNM.

Syarikat ke empat adalah Public Gold yang berpusat di Pulau Pinang. Syarikat ini pernah ada dalam senarai "watchlist" BNM suatu ketika dahulu dan telah dikeluarkan dari senarai tersebut bila pemilik syarikat ini berjaya menyelesaikan isu-isu berbangkit. Produk dari syarikat ini adalah dinar dan bar yang berketulinan 24k @ 999.9 yang diiktiraf oleh London Bullion Market Associatian (LBMA), iaitu sebuah badan pengiktiraf emas berkelas dunia, menjadikan produk dari Public Gold bebas dari GST.Ia juga mengeluarkan produk perak dalam bentuk dirham.

Syarikat ini mempunyai 17 cawangan di seluruh Malaysia tidak termasuk Singapura dan Jakarta. Ditambah lagi dengan individu yang saya hubungi adalah En Zulkifli bin Syafie yang terkenal dengan buku "Zero Hutang" meyakinkan lagi saya untuk membeli produk emas dari syarikat ini, tambah-tambah lagi saya mengenalinya sejak di bangku sekolah dan pernah rapat dengan beliau semasa beliau menuntut di UiTM cawangan Machang, Kelantan. Pembelian pertama saya adalah berupa 4 keping dinar dan sekeping gold bar. Beliau juga telah membekalkan saya dengan ebook percuma http://www.bit.ly/5minit emas. Akhirnya pembelian pertama tersebut telah membawa saya lebih jauh dalam dunia emas.

Kunjungan En Zulkifli bin Shafie ke Teratak Hijau kediaman saya awal tahun ini.

No comments:

Post a Comment