Thursday, June 9, 2016

CERITA SEORANG SISWI DI SEBUAH IPTA

Sampai cerita pada saya, ada sorang siswi sebuah universiti telah mengejutkan semua ketika mana beliau melangkah kaki keluar dari kampus, beliau bukan keluar dengan segulung ijazah seperti mana penuntut lain. Beliau berjaya mengumpul hampir setengah kilogram emas berupa barang kemas, dinar dan goldbar. Beliau merupakan seorang anak dari golongan agak miskin, membiayai pengajiannya hanya berbekalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Negara (PTPTN) dan sedikit bekalan dari keluarganya di kampung.

Gambar Hiasan
Setiap kali pinjaman masuk dalam akaun setiap semester, beliau membuat pembahagian dan salah satu bahagian adalah membeli beberapa gram emas fizikal. Selain itu beliau aktif berjual beli emas. Bila harga mahal beliau menjual dan bila harga murah modal dari jualan digunakan untuk membeli yang lain. Begitulah yang beliau lakukan sepanjang 4 tahun berada di kampus. Beliau melupakan untuk menggunakan lebihan wang yang ada untuk membeli aksesori orang2 muda, terutama smartphone yang canggih2 dan lain-lain kegilaan muda mudi seperti sebahagian penuntut lain. Tidak hairanlah beliau berjaya mengumpul setengah kilogram emas selepas menghabiskan pengajian.

Untuk yg masih di kampus, ambil lah iktibar dari cerita siswi ini. Merancanglah sedikit kewangan untuk masa depan kerana peluang pekerjaan semakin sukar untuk diperolehi kini. Kumpulkan sedikit tabung kewangan semasa dalam kampus untuk kegunaan selepas bergelar siswazah. Emas lah yang paling praktikal kerana sifatnya yang kalis inflasi disamping susah untuk cair, tidak seperti wang ringgit yang mudah untuk bocor. Saya cadangkan gunakan sebahagian kecil duit ptptn masing2 utk membeli sedikit emas setiap kali pinjaman PTPTN masuk akaun. Lupakanlah seketika untuk menjadi seperti sebahagian yang lain.

No comments:

Post a Comment