Friday, June 17, 2016

HARGA EMAS MEROKET

Sejak saya mula membeli emas untuk dijadikan simpanan, hari ni menjadi sejarah. Harga emas naik ke paras yang tertinggi iaitu RM186 bagi satu gram emas Public Gold, berbanding harga kelmari RM182/gram. Harga terbaru ini adalah seiring dengan kenaikan yang agak drastik harga emas semasa. Untuk nota, pembelian pertama saya dulu, harga emas Public Gold adalah RM156/gram.

Harga hari ini: sila layari www.publicgold.com.my
Jika anda pelabur emas, hari ini adalah antara hari yang terbaik untuk menjual emas untuk mendapatkan untung segera dalam bentuk wang ringgit. Tetapi jangan lupa untuk mengasingkan sejumlah modal untuk belian balik emas dalam masa terdekat.

Gambar Hiasan

Bagi penyimpan emas seperti saya harga naik atau turun semua ini tidak dipedulikan, kerana saya bukan pelabur. Fokus saya simpan dan terus simpan. Emas semakin banyak dan lama disimpan akan lebih bernilai.


Gambar hiasan

No comments:

Post a Comment