Friday, June 17, 2016

MANA LEBIH BAIK, SIMPAN DUIT ATAU EMAS

Dalam pengurusan kewangan sendiri atau keluarga memerlukan setiap orang menyimpan sebahagian pendapatan sebagai tabung bagi kegunaan semasa berlaku kegawatan pada diri dan keluarga. Simpanan ini boleh dikeluarkan bagi tujuan menyelesaikan kegawatan tersebut. Pakar-pakar kewangan rata-rata berpendapat simpanan wajib yang perlu ada mestilah sekurang-kurangnya 3 bulan hingga 6 bulan gaji, lagi banyak lagi baik.

Gambar hiasan

Persoalan sekarang di mana perlu disimpan wang tersebut. Jika silap tempat simpan pasti kebocoran tidak dapat dielak. Menyimpan dalam bank semua simpanan adalah kurang bijak kerana mudah untuk dikeluarkan pada bila-bila masa walaupun situasi kita tidak tersesak memerlukan wang pada masa tersebut, lagipun kadar dividen amat-amat rendah dan tidak berbaloi.  Sebab tu saya dan isteri hanya meletakkan sebahagian sahaja wang dalam bank untuk tujuan jangka pendek. Sebab itu ramai kalangan penyimpan memilih menyimpan wang dalam unit-unit amanah seperti ASN dan lain-lain ataupun Tabung Haji.

Gambar Hiasan

Dalam situasi ini saya lebih memilih untuk menyimpan di Tabung Haji. Bila menyimpan di sini, jangan sesekali memohon Kad ATM kerana ianya akan memudahkan pengambilan dari simpanan dan akhirnya simpanan akan terbocor dan susut tanpa disedari. Ini ditambah lagi dengan had keluaran maksima harian di Tabung Haji tidak lebih dari RM10,000,00 sahaja, menjadikan simpanan di sini boleh dikatakan agak selamat sebagai alat untuk melindungi simpanan kewangan.

Gambar Hiasan:Jongkong Emas

Perkembangan hari ini, kita melihat semakin ramai menukar simpanan dari bentuk wang ringgit kepada emas fizikal seperti syiling emas, dinar dan goldbar, termasuk lah saya. Menyimpan emas lebih susah untuk dicairkan kecuali dalam keadaan terdesak. Situasi ini memberi nilai tambah kepada emas sebagai pelindung kewangan menjadikan simpanan anda terjamin dan amat-amat berguna semasa amat-amat memerlukan.

Gambar Hiasan

Menabung duit adalah sama sahaja dengan menabung emas. Objektif tabungan juga adalah sama cuma alat sahaja yg berbeza.

Nilai USD semakin mengecil sedangkan nilai emas semakin tinggi

Apa yang membezakan antara kedua-dua alat ini adalah duit fiat akan terkalis dengan inflasi manakala emas kalis inflasi. Kebiasaan kadar inflasi di negara kita paling rendah adalah 3% dan pernah naik sehingga 8%. Sebab itu tahun 80 dan 90an dengan rm50 hampir penuh satu troli barang-barang dapat dibeli berbanding kini berapa barang boleh dapat dengan nilai tersebut. Memiliki simpanan dalam bentuk duit sebanyak seratus ribu ringgit tahun 2000 dengan hari ini sudah tidak sama. Nilai seratus ribu ringgit hari ini semakin menyusut nilainya.

Gambar Hiasan
Berbanding emas yang kalis inflasi, serta nilainya semakin meningkat berbanding dengan wang ringgit. mengambil contoh 1 dinar emas lebih 1400 tahun dahulu boleh ditukar dengan seekor kambing, kini dengan 1 dinar emas masih mampu membeli seekor kambing. Kenapa tidak ditukar sebahagian simpanan ini dalam bentuk emas supaya nilainya nanti akan makin tinggi dan bertambah berbanding menyimpan dalam bentuk wang yang semakin hari semakin terhakis.

No comments:

Post a Comment